Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-05-2018, 10:58 PM
oldtbone oldtbone is online now
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 10,232
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 1566
Active Level
My Mood:
Default AKSEM Rampas ketum RM50,000 di Tanah Merah


Hasanuddin bersama Komander AKSEM Pengkalan Kubor, Wan Zakaria Hamzah (kanan) menunjukkan sebahagian 1000kg daun ketum yang dianggarkan bernilai RM50,0000 serta dua kenderaan yang dirampas dari Operasi berasingan AKSEM. FOTO - Faris Zainuldin




SEBANYAK 1,000 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarkan bernilai RM50,000 dirampas dalam dua rampasan berasingan di Tanah Merah, semalam.

Rampasan dibuat pada 3 petang oleh pasukan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan tiga lelaki berusia antara 22 hingga 34 tahun ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata dalam rampasan pertama di simpang tiga Jalan Panglima Bayu, pihak berkuasa menahan kereta Mercedes Benz yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, anggota AKSEM menahan kereta dinaiki dua lelaki namun pemandunya terus memecut dan menghimpit kenderaan pihak berkuasa.

“Anggota AKSEM terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang kereta Mercedes Benz itu supaya berhenti.

“Pemeriksaan di dalam but kereta menemui 300kg daun hijau disyaki ketum dengan anggaran harga nilaian semasa RM15,000,” katanya pada sidang media di markas Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor, hari ini.

Dua suspek yang berusia 26 dan 34 tahun itu masing-masing memiliki empat dan tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Sementara itu, dalam rampasan kedua pula iaitu di lokasi lampu isyarat Batu 11, Bukit Bunga, pasukan AKSEM menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Hasanuddin berkata, kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun berasal dari Pasir Puteh.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu mendapati kira-kira 700kg daun hijau disyaki ketum dimuatkan dengan anggaran nilai RM35,000.

“Suspek tidak memiliki rekod lampau dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, daun ketum itu dipercayai dibawa masuk dari Kedah untuk pasaran di negeri ini.











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-ketum-rm50000







.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-05-2018, 11:01 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 29,216
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2022
Active Level
My Mood:
Default

rm50k nilai daun ketum yg dirampas tu
syabas aksem
Reply With Quote
  #3  
Old 16-05-2018, 11:40 PM
matten02 matten02 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2009
Posts: 1,033
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 357
Active Level
Default

taktik bawak dengan kenderaan mewah

biasa jumpa atas jln tgk kenderaan berat semacam tp xda penumpang pn
__________________
Surah Al-Hujurat Ayat 6
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Blog DIY Servis Motosikal
Reply With Quote
  #4  
Old 17-05-2018, 01:13 AM
pecot85 pecot85 is offline
CG Top Poster Club

pecot85's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2009
Location: kuching
Posts: 27,617
Thanks (Received): 241
Likes (Received): 438
Active Level
Default

bulan posa orang duk meniaga kurma.. Hangpa dok merapu apa
__________________
Time after time
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump