Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Properties Discussions

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 01-12-2016, 11:40 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,415
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8212
Active Level
My Mood:
Default Harga hartanah dijangka susut pada 2017

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Trend kejatuhan harga rumah sudah berakhir


PENGURUS Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez. - Foto Rosela Ismail

PASARAN hartanah kediaman di Malaysia berpotensi untuk kembali mencatatkan arah aliran kenaikan harganya pada tahun ini, susulan sentimen keseluruhan yang bertambah baik, demikian menurut kaji selidik terbaharu Indeks Pasaran PropertyGuru (PMI).

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata arah aliran kejatuhan harga hartanah kediaman yang bermula sejak suku ketiga 2015 dilihat sudah menemui penamatnya pada awal tahun ini.

Katanya, berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh portal carian hartanah itu, terdapat peningkatan sebanyak 0.2 peratus harga hartanah kediaman di negara ini pada suku pertama 2017, berbanding suku keempat 2016.

Beliau berkata, ia sekali gus mengakhiri arah aliran kejatuhan harga hartanah sejak kemuncak 2015 yang berpunca daripada penyusutan nilai mata wang tempatan sehingga menjejaskan sentimen pasaran keseluruhannya.

"Kita akan mendapat bayangan yang lebih jelas sama ada arah aliran kenaikan harga hartanah akan kekal untuk jangka panjang menjelang akhir tahun ini.

"Adalah menarik untuk melihat keadaan ini berlaku selepas pasaran melalui tempoh yang suram sejak lebih setahun lalu," katanya kepada media selepas membentangkan hasil kaji selidik PMI suku pertama 2017 di Kuala Lumpur, hari ini.

PMI diperoleh daripada data meluas PropertyGuru, termasuk harga 250,000 hartanah kediaman yang disenaraikan di portal carian PropertyGuru.com.my.

Data itu kemudiannya dianalisis, dibahagi dan diindeks bagi memberikan gambaran pergerakan harga pada setiap suku tahun. Indeks berkenaan turut mengambil kira jumlah bekalan rumah kediaman sama ada daripada pasaran primer mahu pun jualan semula.

Mengenai pembiayaan akhir kepada pengguna, Sheldon berkata, terdapat persekitaran yang lebih positif di dalam pasaran hartanah sekarang ini memandangkan pembeli mendapat lebih banyak pilihan untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan.

"Isu utama pemilikan rumah masih lagi mengenai kemampuan untuk membeli dan dalam hal ini, pembeli dilihat mempunyai lebih banyak pilihan (pembiayaan) untuk memiliki hartanah impian, terutama daripada pihak pemaju," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PMI adalah pandangan yang realistik mengenai sentimen pasaran kerana ia mengukur paras harga rumah yang diyakini oleh pemilik rumah atau pemaju akan mendapat perhatian daripada pasaran.

"Kami percaya pandangan yang diberokan oleh indeks ini boleh membantu pengguna lebih memahami pasaran hartanah, sekali gus membantu merancang tempoh pembelian hartanah dengan lebih baik selain memberikan kesedaran mengenai pergerakan harga pasaran," katanya.

Kaji selidik terbaharu PMI mendapati tiga pasaran hartanah kediaman utama di negara ini iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor semuanya mencatatkan pergerakan meningkat dari segi harga pada suku pertama 2017.

Pasaran hartanah kediaman di Pulau Pinang pula mencatatkan penurunan sebanyak 0.7 peratus disebabkan kejatuhan harga rumah serta lambakan bekalan.

Menuju ke hadapan, Sheldon berkata, harga hartanah kediaman akan dipengaruhi oleh tekanan inflasi disebabkan kenaikan kos sara hidup, akses kepada pembiayaan dan persekitaran ekonomi makro.


http://www.bharian.com.my/node/288714
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Pakar: Harga hartanah belum cecah paras terendah, akan turun lagi



KUALA LUMPUR: Seorang pakar hartanah menolak pandangan harga hartanah sudah mencecah paras terendah.


Bercakap kepada FMT, juruukur bertauliah Ernest Chong meramalkan harga akan terus menurun untuk 2-3 tahun lagi.

Beliau menjawab kenyataan pengarah pengurusan syarikat perunding hartanah Knight Frank, Sarkunan Subramaniam baru-baru ini.

Subramaniam dalam temubual baru-baru ini berkata pasaran hartanah sekarang ini berada di tahap terendah dan dijangka pulih hujung tahun ini.

Tetapi Ernest berpendapat harga pasaran boleh turun ke paras lebih rendah daripada paras Krisis Kewangan Asia 1997/1998.

“Kos kehidupan ketika itu masih terurus,” katanya. “Rakyat tidak bergelut seperti sekarang ini malah masih boleh menyimpan duit. Masa itu bank yang tertekan,” katanya.

Beliau berkata pada masa krisis itu, nilai hartanah perumahan turun 36% manakala nilai hartanan komersil turun 43.9%.

Beliau akui paras itu mengatasi kejatuhan 25% dan 30% harga sesetengah hartanah dalam pasaran ketika ini. Bagaimanapun, beliau menambah: “Saya percaya peratusan harga hartanah akan turun ke paras lebih rendah daripada paras ketika Krisis Kewangan Asia disebabkan oleh penguncupan kuasa membeli pengguna, gaji bergenang, iklim ekonomi semasa, cukai barangan dan perkhidmatan, dan tentu sekali lebihan bekalan hartanah.”

Beliau tidak pasti bila harga akan mencapai paras terendah tetapi dijangka lebih rendah dari paras 1997/1998 pada pertengahan 2018.

Beliau berkata spekulator yang membeli hartanah antara 2010 dan 2014 akan paling terkesan.

“Kalau kamu mencari rumah, saya nasihatkan tunggu tahun depan. Tapi pastikan tidak melebihi kemampuan kewangan kamu. Kalau kamu mampu ambil pinjaman, mungkin itu masa yang sesuai untuk membeli rumah.

“Tapi kalau kamu tak terdesak, mungkin lebih baik tunggu sehingga 2019 atau 2020. Pada masa itu, kalau harga tak cecah paras terendah, ia akan berada pada harga yang amat rendah.”


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...aras-terendah/

Pengerusi Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez.

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Hartanah PropertyGuru meramalkan harga hartanah akan menyusut antara RM35 sekaki persegi hingga RM40 sekaki persegi pada 2017.

Pengerusi Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata keadaan itu amat ketara bagi kediaman bertingkat, khususnya segmen tertentu yang berdepan lebihan tawaran pasaran.

Beliau berkata, harga kediaman dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM700,000 pula berkemungkinan besar berdepan kadar penolakan permohonan pinjaman yang lebih tinggi, justeru menyebabkan aktiviti jualannya agak perlahan.

"Berdasarkan data terkumpul diperoleh daripada statistik rasmi dan Indeks Harga Hartanah PropertyGuru, pasaran hartanah dijangka akan terus lembap pada 2017.

"Dengan siapnya pembangunan kediaman baharu yang membanjiri pasaran pada 2017, dijangkakan berlaku kejatuhan harga jualan disebabkan kekurangan permintaan.

"Pemilik kediaman juga dilihat lebih cenderung menjual unit mereka secepat mungkin ekoran kurangnya kuasa pemegangan," katanya.

Beliau mendedahkan hasil kaji selidik Indeks Harga Hartanah PropertyGuru itu pada Forum Tinjauan Pasaran Hartanah PropertyGuru 2017, di sini, hari ini.


http://www.bharian.com.my/node/219119
Quote:
Originally Posted by TT View Post


Tahun ini adalah tahun 2016 adakah tahun ini sesuai melabur hartanah atau tidak?

Jawapan ya atau tidak kita kena cari melalui sejarah,sebab sejarah akan beritahu kita cerita cerita.

Tahun ini 2016 pasaran hartanah agak slow terutamanya pasaran subsales,juga dalam subsales market kita dapat banyak listing jual below market value tidak kira bumi atau non bumi lot, ini bermaksud ramai orang nak jual hartanah mereka dengan cepat.

- Tahun 2016 adalah tahun yang agak teruk dalam hartanah,pandangan dari saya tahun 2017 nanti pasaran hartanah akan lebih teruk daripada tahun ini,sesiapa yang ingin beli hartanah untuk duduk sendiri,boleh beli rumah subsales pada tahun depan 2017.Sebab tahun depan adalah harga yang paling rendah.

- Pulang balik kepada soalah adakah tahun ini sesuai beli hartanah untuk melabur? Jawapan saya ialah YES, bagi sesiapa yang ingin melabur dalam hartanah tahun ini dan tahun depan adalah peluang yang baik,kalau anda mempunyai modal yang banyak boleh beli rumah subsales,kalau anda baru bekerja tidak lama,boleh melabur dalam project undercon.

- Sebab project akan ambil 3tahun untuk siap,kalau awak beli hartanah pada 2017,estimate siap 3tahun kemudian tahun 2020, di klang valley populasi akan menambah sampai 10juta orang pada tahun 2020.Permintaan sewa& beli adalah tinggi.

- Mungkin awak akan tanya adakah sesuai melabur hartanah dalam waktu economics downturn? Kalau kita baca balik sejarah kredit crisis berlaku pada tahun 2007-2008 semua harga property turun,harga share turun.Pada masa itu banyak project dah siap tidak dapat jual,developer buat offer / discount untuk rumah dia. Pada masa itu ramai orang tidak berani beli,sebab mereke rasa risiko terlalu tinggi. Kalau sesiapa ada beli hartanah pada tahun 2008 di klang valley,sampai tahun 2010-2011 hartanah mereka dah naik harga 30-50%.

- Ada juga orang ramai yang beli hartanah condo pada tahun 2009 di klang valley pada masa itu cuma harga rm200k-230k,dalam tempoh 2tahun sahaja,sampai tahun 2011 harga dah naik sampai rm320k,untungan adalah RM100k dalam tempoh 2tahun.

- Harga hartanah di klang valley paling tinggi pada tahun 2013-2014, pada masa itu property market sangat HOT,jadi ramai orang pilih beli project pada tahun 2013,3 tahun kemudian rumah dah siap pada tahun 2016 tapi malangnya pasaran hartanah slow, susah nak jual dan sewa untungan pun tidak banyak.

- Kesimpulan saya rasa tahun depan adalah timing yang paling bagus untuk melabur hartanah sebab harga adalah paling rendah ,jadi apa yang anda perlu buat sekarang adalah kumpul modal anda untuk tahun depan.

Selamat belajar

Financial Coach
Mr Tee

https://www.facebook.com/14052662230...type=3&theater
Quote:
Originally Posted by TT View Post
5 perkara dijangka berlaku dalam industri hartanah 2017

1. Tahun yang bagus untuk penyewa.


Tahun 2017 akan menyaksikan banyak rumah baharu siap. Ramai pemilik rumah akan berada dalam keadaan terdesak untuk bersaing mencari penyewa. Ketika rumah sewa lebih banyak daripada penyewa, tuan rumah terpaksa memberikan harga yang lebih rendah.

Malah ada yang menawarkan sewa pada harga yang lebih rendah daripada apa yang tuan rumah perlu bayar kepada bank. Penyewa akan ada lebih banyak pilihan dan peluang untuk berunding kadar sewa dengan tuan rumah.

2. Rumah mampu milik akan menjadi trend


Apabila pasaran hartanah naik pada tahun 2010 hingga 2014, hampir apa saja yang dijual oleh pemaju akan habis direbut. Melihat kepada pasaran ekonomi yang baik ketika itu, banyak pemaju membina rumah High End yang berharga lebih RM1 juta sebuah.

Tetapi malangnya apabila rumah-rumah High End ini siap pada 2015 dan 2016, ekonomi tidak lagi sihat seperti sebelum*nya. Akibatnya berlaku lambakan rumah-rumah High End sehinggakan ada projek yang sudah siap dengan CCC (Sijil Kelaya*kan Menduduki) tetapi masih ada unit yang tidak terjual lagi.

Melihat kepada fenomena ini, pemaju akan beralih arah membina lebih banyak rumah mampu milik yang mendapat permintaan tinggi berbanding segmen produk yang lain. Ini ditambah pula dengan galakan daripada kerajaan untuk pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik.

3. Saiz rumah lebih kecil

Apabila pemaju menyediakan rumah mampu milik deng*an harga yang lebih murah, berlakunya tekanan kepada pemaju untuk mengurangkan kos. Salah satu daripada tindakan yang akan diambil oleh pemaju untuk mengurangkan kos dan membuatkan unit-unit mereka lebih mampu milik ialah dengan menawarkan rumah yang kecil.

Sebelum 2009, saiz apartmen yang berukuran 1,100 kaki persegi menjadi kelaziman. Pada tahun 2010-2015, saiz 900 kaki persegi pula sudah boleh diterima oleh pembeli. Tahun 2017 ke atas akan menyaksikan lebih banyak unit yang ditawarkan dengan keluasan antara 700 hingga 900 kaki persegi.

4. Selatan Greater KL lebih menjadi tumpuan

Melihat kepada harga harta*nah yang semakin tinggi di Kuala Lumpur, pembeli akan mencari rumah di kawasan lain. Bagi pembeli yang inginkan rumah-rumah bertanah seperti rumah teres, mereka ada pilihan yang banyak di kawasan Selatan Greater KL.

Kawasan Selatan Greater KL ini meliputi selatan lebuhraya SILK dan SKVE seperti di kawasan Kajang, Semenyih, Ba*ngi, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Nilai. Banyak projek hartanah di situ akan siap pada tahun 2017.

Kemudahan infrastruktur baharu yang akan siap dan mula dibina akan menarik pembeli untuk memiliki rumah di kawasan Selatan Greater KL. Antara infrastruktur yang akan siap ialah MRT SBK Sungai Buloh-Kajang yang akan siap pada pertengahan 2017 dan MRT SSP Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang akan siap pada tahun 2022.

5. Peminjam rumah perlu prihatin kepada perubahan kadar faedah

Semenjak 2009 kadar faedah telah naik dan naik seperti tidak mahu jatuh. Sehinggalah Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim mengambil alih jawatan tersebut. Perkara pertama yang beliau lakukan menurunkan OPR (Overnight Policy Rate) kepada 3 peratus menyebabkan kadar faedah mula turun sedikit setelah sekian lama.

Tahun 2017 sangat sukar diramal sama ada Bank Negara akan mengubah OPR atau tidak ekoran ketidaktentuan dalam politik negara. Ini telah terbukti berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di mana terdapatnya khabar angin bank pusat akan mengubah OPR, tetapi akhirnya tidak menjadi kenyataan sehinggalah selesai PRU ke-13.

AZIZ AHMAD merupakan pakar hartanah dan Pengasas Hartanahguru.


https://www.utusan.com.my/bisnes/kor...-2017-1.425899

Last edited by TT; 01-06-2017 at 06:26 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 01-12-2016, 11:51 PM
simplest_box simplest_box is offline
Active Plus

simplest_box's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Posts: 4,435
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 11
Active Level
Default

Aku dgr harga property nk turun dari 2010 lg. Bubble burst la...ekonomi lembap la... Hakikatnya haramjad
Reply With Quote
  #3  
Old 01-12-2016, 11:52 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,415
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8212
Active Level
My Mood:
Default

Pasaran hartanah dijangka kekal lembap pada 2017


Dibelenggu isu ketidakmampuan, penolakan permohonan pinjaman yang tinggi, peningkatan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang kecil

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah dijangka kekal lembap pada 2017 dibelenggu isu-isu seperti ketidakmampuan, penolakan permohonan pinjaman yang tinggi serta isu-isu makro-ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang kecil.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, berkata trend yang mencabar dari tahun lepas, yang menyaksikan penurunan ketara dalam penawaran hartanah, dijangka berterusan sekurang-kurangnya pada separuh pertama tahun depan.

“Kami tidak melihat sebarang peningkatan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2017,” katanya pada Forum Prospek PropertyGuru 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata pasaran hartanah yang lemah menyaksikan jumlah penawaran hartanah turun sebanyak 30% pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Fateh Iskandar berkata jualan juga susut dengan ketara kepada kira-kira 30% daripada penawaran pada separuh pertama tahun ini daripada 52% pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pengurus portal hartanah dalam talian PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandes, berkata dengan siapnya banyak projek-projek baru tahun depan, pasaran hartanah dijangka kekal mendatar dan turun sedikit tahun depan.

Beliau berkata kesukaran mendapatkan pinjaman juga satu lagi halangan dalam pemilikan hartanah seperti yang dilihat dalam penurunan kelulusan pinjaman kepada 42% tahun ini daripada lebih 50% pada tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata, ini akan memberi laluan kepada pertumbuhan dalam pasaran sewa yang merupakan satu alternatif kepada mereka yang tidak mampu membeli rumah.

“Pasaran sewa dijangka kekal kukuh, dipacu oleh peningkatan golongan muda, pembeli pertama yang menangguhkan keputusan pembelian rumah mereka, yang akan melihat pasaran sewa di samping terus menyimpan untuk rumah masa depan mereka, ” katanya.

Sementara itu, Fateh Iskandar menggesa kerajaan agar membuka skim pinjaman penuh (PR1MA) bagi rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia, yang diumumkan dalam Bajet 2017, kepada pemaju swasta yang membina rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah.

Beliau berkata pemaju swasta boleh melengkapkan usaha Perbadanan PR1MA Malaysia, badan yang menyelia pembangunan PR1MA, di kawasan yang agensi itu tidak menjalankan projek.

“Anggota Rehda adalah dari Perlis hingga ke Sabah. Kami boleh membantu membina rumah-rumah PR1MA di kawasan di mana Perbadanan PR1MA Malaysia tidak dapat melaksanakannya,” katanya.

Forum sehari itu dianjurkan oleh PropertyGuru, membincangkan trend pasaran hartanah tahun ini dan ramalan untuk tahun depan dan juga perkembangan terkini serta cabaran masa depan.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...bap-pada-2017/
Reply With Quote
  #4  
Old 02-12-2016, 12:08 AM
naning naning is offline
Active Plus

naning's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2013
Posts: 3,238
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 58
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by simplest_box View Post
Aku dgr harga property nk turun dari 2010 lg. Bubble burst la...ekonomi lembap la... Hakikatnya haramjad

Betul tu. Tapi bila nak beli harga makin naik adalah.
__________________
Gold is the money of kings
Silver is the money of gentleman
Barter Is the money of peasants
Debt is the money of slaves
Reply With Quote
  #5  
Old 02-12-2016, 12:11 AM
afiqnan afiqnan is offline
Regular

afiqnan's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Oct 2007
Posts: 452
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

sekejap 2017 sekejap 2018. last tak turun. makin naik ada la kot
Reply With Quote
  #6  
Old 02-12-2016, 12:20 AM
jackstan jackstan is offline
Active Member

jackstan's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2011
Posts: 1,396
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 14
Active Level
Default

Yes akan jatuh sedikit untuk subsale tetapi prop investor tetap akan untung, cuma x banyak..

Daripada harga developer pula pasti akan jatuh untuk meet demand tetapi harus diingat, harga bahan binaan tetap mahal dan kalau developer jual murah, pastinya rumah tu kurang kualiti.. Guna pintu plywood, mozek dan tile kualiti rendah, pakai sand brick, sanitaryware murah dan semestinya rumah kecil amat..18x60 je lah..
Reply With Quote
  #7  
Old 02-12-2016, 12:25 AM
Ahmad07 Ahmad07 is offline
Super Active

Ahmad07's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2007
Posts: 9,658
Thanks (Received): 404
Likes (Received): 134
Active Level
My Mood:
Default

utk segmen atas 500k, kat tempat2 yg banyak penawaran... yg bawah 500k payah nak jatuh... kalo jatuh pun, majority mark up loan, jadi, rekod transaksi tetap kat market price...
Reply With Quote
  #8  
Old 02-12-2016, 01:33 AM
Zahar Julietbravo Zahar Julietbravo is offline
Active Member

Zahar Julietbravo's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2012
Location: Johor-Perlis
Posts: 2,461
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 65
Active Level
My Mood:
Default

Sekarang pun bank takut2 nak luluskan loan dengan keadaan ekonomi Negara yang mcm ni.
Reply With Quote
  #9  
Old 02-12-2016, 07:49 AM
ifanonline ifanonline is offline
Junior

ifanonline's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Posts: 92
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

kalau turun pun tak banyak...sape2 yg mampu beli rumah, cepat2 beli...cuma rumah2 dlm lingkungan 600k-700k keatas payah jual skit...rumah2 di bawah 500k senang jual...

Last edited by ifanonline; 02-12-2016 at 07:55 AM..
Reply With Quote
  #10  
Old 02-12-2016, 08:26 AM
a2zextra a2zextra is offline
Legendary Member

a2zextra's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2013
Posts: 14,358
Thanks (Received): 78
Likes (Received): 84
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Zahar Julietbravo View Post
Sekarang pun bank takut2 nak luluskan loan dengan keadaan ekonomi Negara yang mcm ni.
Personal loan sahaja kot, pinjaman perumahan masih macam biasa.
__________________
Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal
BIMB 080590 2004 8153 MBB 55818 100 2814 :MAAHAD TAHFIZ QIAM
MBB 55829 360 6057 :KOMPLEKS AT-TAALIM
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold