BTC USD 62,239.7 Gold USD 2,384.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri Restoran Adik Manja, Kuantan, Pahang (Gambor dah update!!)

Bro_Izantie

Legendary Member
gem
Messages
17,073
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
928
Points
161
Salam...

Dah lama aku perhatikan...sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini..:-?:-?:-? Anehnya 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri...


Pengalaman pertama...

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..
Ramai cgrians yg komplen saiz gambar besar gedabak loading berat,lama dan makan bandwidth yg besar, so skrg aku dh resize kasi kecik skit. Sorry la sbb aku ni x pandai sgt bab edit mengedit pictures ni :(, alhamdulillah jadi pun resize guna microsoft office picture manager. Harap TT dapat quote gambar yg dah diedit ni untuk diletakkan kat first page. :)


21vK4df1cd5554836.jpg


FzxO4df1cd55ea89a.jpg


NDX84df1cd561a8d7.jpg


ixgj4df1cd563eb5b.jpg


vm8S4df1ce3cc4109.jpg


I3zR4df1ce3dcfb64.jpg


zLJS4df1ce3df3a00.jpg


LcRd4df1ce3e25f0e.jpg


X8kN4df1cf28e71dc.jpg


CSAk4df1cf29d77fc.jpg


YWIL4df1cf2a0acf8.jpg



Restoran ni kalau orang dari arah Kuantan agak susah nak pergi sebab u-turn agak jauh dan kalau dari arah Gambang orang jarang nak berhenti bcoz dah dekat sangat dengan bandar Kuantan.

Sebelum siap dual carriageway agak senang nak parking depan restoran ni dan ia tidak ditanggalkan kosong sebab pemiliknya masih menjaga persekitarannya dan menjadikan restoran ni tempat simpanan barang dan tempat memasak jika ada tempahan.


.
 
Last edited:
Sponsored Post

Pengalaman, rumours dan testimoni CGrians...

yg aku tau, ada 1 restoran kat jalan kuantan-gambang ni cam keras sikit..malam2 tertentu ada orang tengok kedai tu meriah sangat, tapi sebenarnya xde orang bniaga pun kat kedai tu..maybe kedai ni kot..org2 kuantan yg tau,xkan singgah la kalau nampak..yang datang dari jauh tu n x tau cerita, memang dpt makan mee yang best la kalau singgah kat kedai tu..hehehe
kalau btol la kedai yg aku ckp nie kedai nie ade jer org niaga tp custerme xde baru 3-4 bulan lepas aku g makan tp dah tutup pon kedai tue

owner last (nz boyz cafe kalu x silap aku)
1)makanan x sedap
2)harga mahal (bg org kg mcm mkn kat dlm pub)haha
bg aku lg sedap kedai makan kat area2 shell tue
3)suasana x best memekak dengan org kg yg gila kareoke
oh restoran tu aku tau... selalu la nmpk kalau g bandar kuantan,kat seberang jalan belah kanan jalan raya jalan menuju ke KL ada satu banglo buruk dulu,penuh semak samun tp sekarang sekitar tempat banglo tu dah dibersihkan dan dibuka ladang tanaman buah naga. dulu team uncle seeker pernah buat siasatan kat rumah banglo tu.
Ada kisahnya tentang banglo tu, difahamkan dulu banglo tu milik seorang peguam bangsa cina kalau x silap la, dipendekkan cerita satu hari kesemua ahli keluarga termasuk peguam tu ditemui mati ditembak, disyaki kes rompakan atau balas dendam dan kes tu x selesai lg smpi skrg, mungkin hantu @ roh penghuni banglo yg mati dibunuh tu x aman kot jd mengganggu restoran tu... andaian aku sahaja. Tentang restoran tu nnt aku tanya orang2 lama.
ceh..tertipu sume dgn cite misteri TT.~X(

bro..rilek dulu...kaji fakta2 ni k..

- aku menetap di pahang sejak 1983..dan di felda aku sejak 1985.
- restoran ni aku rasa muncul pada 1990..masa tu aku baru dajah pat..
- bandar utama kami kalau nak shopping hanya di kuantan paling peberet.
- sbelum dinaiktaraf jalan hingga skrg ni...permulaan jalan 2 hala dari gambang ke bandar kuantan dibina betul2 di hadapan restoran ni...so, setiap kali aku naik bas ke kuantan, aku mesti ingat restoran ni.
- masa berlalu...sesekali ke bandar, aku mula perasan...kedai ni kurang laku rasanya sbb slalu tutup...
- bila smpai masa aku berhijrah ke KL sejak 2001, sesekali pulang aku perhatikan restoran ni tetap dalam keadaan yg sama..

persoalannya..

kenapa bole jadi camni?
takder ke sapa yg nak handle lg?
ada misteri ker?
sekian...

aku baru teringat baru ni,dlm pukul 10 mlm aku balik dari maran,au lapar dan nampak restoran nie bukak,dan ada pelanggan sdg makan ,niat hati nak berhenti tapi tertiba hati jadi keberatan je,so aku terus berlalu tapi yg peliknya esok masa ku lalu kawasan tu kelihatan restoran tu dah lama ditinggalkan,pelik jugakk.
giler ko nk aku demam seminggu ke? :))yg ambik gambar disiang hari ni pun aku dah meremang bulu roma aku td, apatah lagi malam...#:-S suatu masa dulu bertahun lama dah pernah aku nmpk restoran ni buka waktu mlm dlm kul 11 lebih, masa tu aku dlm perjlnn dari bandar nk balik kg. aku... aku dh rasa pelik tgk org ramai mkn kt gerai tu padahal dah lama tutup... esoknya pagi aku g tgk semula kedai tu kosong berhabuk mcm x pernah meniaga pun mlm td...:-? mungkinkah??? :D
biar btul..aku hari isnin lepas (30/6/2011) dlm kul 10mlm duk area restoran nih dlm pjlanan ke JB..aku tgk kdai tu bukak jer lampu pun terang bnderang..aku nk singgah mkn situ sbnrnya sbb trtarik ngn nm restoran tu 'adik manja' tp xjadi sbb tkut lewat smpai JB..mgkin skrg dh ada owner kot..cuba tt g update blik tgk restoran tu..
 
Last edited:
Salam...

Dah lama aku perhatikan...sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini..:-?:-?:-? Anehnya 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri...

gambo mana bro...x best citer xda gambo ni...:">
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register