BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najwa Latif Pernah Bertumbuk Di Sekolah

customys

Active Member
Messages
1,520
Joined
Aug 22, 2010
Messages
1,520
Reaction score
97
Points
40
Najwa-Latif.jpg

Melihat penampilan Najwa Latif yang lemah-lembut pasti ramai yang tidak menyangka penyanyi ini pernah menumbuk seorang rakan lelaki gara-gara bersikap tidak sopan terhadapnya. Selain itu, Najwa juga seorang yang ‘gila gajet’. Kalau boleh semua gajet yang ada di pasaran dia mahu beli.

Hendak tahu apa lagi perkara menarik tentang Najwa? Sila semak senarai berikut!

1) Sering mengigau ketika tidur. Sama ada tidur siang mahu pun malam.

2) Fobia dengan eskalator sebab pernah berlaku insiden di mana selipar yang dipakainya terputus gara-gara tersangkut di eskalator. Najwa lebih selesa naik tangga atau naik lif.

3) Seorang yang kuat makan. Tidak pernah risau tentang berat badan.

4) Pernah menaiki bas dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM20 sahaja.

5)Suka menghendap orang di laman sosial seperti di Instagram dan Twitter.

najwa-latif.jpg

6) Memiliki beberapa gajet seperti telefon bimbit Blackberry, Samsung SIII, PlayStation 3, DVD mudah alih dan IPod.

7) Tidak suka makan ubat atau mengambil sebarang vitamin. Selalu kena paksa dengan pengurus supaya makan vitamin untuk elak kelesuan.

8) Pernah tumbuk rakan lelaki di sekolah kerana pelajar terbabit menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

NAJWA+LATIF+SEKOLAH.jpg

9) Untuk menjaga suara, Najwa minum madu pada setiap pagi.*

10) Selepas setahun bergelar penyanyi, Najwa sudah mampu membeli sebuah kereta MyVi untuk kegunaan sendiri.

11) Mempunyai dua barang yang sangat disayangi iaitu jam tangan berjenama Casio dan seutas gelang tangan yang terukir namanya.

12). Tidak makan di restoran mamak. Biarpun perut terasa sangat lapar, Najwa tidak akan sesekali menjamu selera di restoran pilihan ramai ini.


image.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register