BTC USD 61,870.9 Gold USD 2,382.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Farah Fauzana Kecewa Dengan Kenyataan Neelofa

customys

Active Member
Messages
1,520
Joined
Aug 22, 2010
Messages
1,520
Reaction score
97
Points
40
lof.jpg

Pengacara serta penyampai radio popular, Fara Fauzana diura-urakan berasa kecewa dengan kenyataan yang telah diberikan Neelofa kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Fafau sempat menulis di laman sosial Twitter dengan mengatakan, “tak tahu kenapa ‘but for sure’, susah bila berlaku jujur dan orang salah erti terutama bila tiba-tiba dikaitkan”.
Kenyataan Neelofa itu dilihat seperti sengaja mengaitkan nama Fara atau mesra dipanggil Fafau di kalangan peminatnya.

FAUZANA.png

Perkara ini berlaku ketika Neelofa ditanya oleh pihak media terbabit mengenai perasaannya mengenai tindakan pelakon Tasha Shilla yang seakan seperti memperlekehkannya ketika membuat pengumuman pemenang trofi bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular yang dimenangi Fafau.

Antara kenyataan yang diucapkan Neelofa kepada portal tersebut adalah seperti berikut, “sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu, dia tak tahu ke kita ni baik. Lofa cakap, “takpe, biarlah,”.

Hmm, mungkin Neelofa perlu belajar lagi bagaimana mahu menjawab soalan yang diajukan para media serta tidak sewenang-wenangnya memberikan kenyataan yang mampu memburukkan nama rakan artis yang lain.


Artikel Sebelum Ini "Saya Tak Merajuk Kalah, Hormati Reaksi Tasha Shilla - Neelofa

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “ over ” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-

Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik.

Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register