Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 17-02-2017, 11:46 AM
helmisaman helmisaman is offline
Legendary Member

helmisaman's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jul 2011
Posts: 11,109
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 194
Active Level
My Mood:
Default Update: Isu serbu khalwat, saman JAWI - pasangan mengaku telefon sendiri JAWI


Quote:
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan enam yang lain, kerana membuat serbuan serta menahan mereka secara salah atas dakwaan khalwat.

Mohd Ridhuan Giman, 34 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pegawai penguat kuasa JAWI Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin; Ketua Pegawai Penguat kuasa JAWI; Ketua Pengarahnya; JAWI ; Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Mohd Ridhuan dan Siti Sarah berkata, mereka bernikah pada 17 Oktober 2014 di Kuala Lumpur dan pernikahan itu didaftarkan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka mendakwa, pada jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu defendan pertama dan kedua serta enam lagi pegawai penguat kuasa JAWI membuat serbuan di bilik sebuah hotel bajet tempat mereka menginap.

Plaintif pertama berkata, sebelum dapat membaca dengan jelas kad kuasa yang ditunjukkan, pegawai serbuan meluru ke dalam bilik walaupun sudah dimaklumkan bahawa isterinya berada dalam bilik tanpa berpakaian lengkap.

Pegawai lelaki itu didakwa plaintif pertama melihat isterinya berada dalam berpakaian tidak lengkap, kemudiannya mengambil gambar serta video, menyebabkan berlaku pergelutan antara beliau (suami) dan pegawai serbuan.

Katanya, walaupun sudah ditunjukkan foto sijil nikah dan gambar perkahwinan yang tersimpan dalam telefon bimbitnya (plaintif pertama) sebagai bukti sah status perkahwinan, pegawai serbuan enggan menerima pakai bukti itu dan berkeras hendak menahan mereka.

Dakwa plaintif, mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee bagi laporan tangkapan atas dakwaan berkhalwat sebelum dibawa ke pejabat JAWI.

Mereka mendakwa, kemudian dibebaskan selepas ibu kepada plaintif pertama menandatangani Bon Diri bagi menjamin kehadiran untuk siasatan lanjut.

Berikutan itu, mereka menuntut perisytiharan tangkapan itu adalah salah, tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan serta Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan perisytiharan ia menceroboh privasi serta salah guna kuasa, selain menuntut ganti rugi.

Update #1

Quote:
Originally Posted by Yul-Minho View Post

'Pasangan ini telah membuat panggilan ke talian hotline JAWI' - Peguam Syarie kongsi perkembangan kes pasangan saman JAWI



SHAH ALAM, SELANGOR - Pasangan suami isteri yang memfailkan saman terhadap Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan menyerang dan menangkap khalwat mereka secara salah pada Januari lalu, dikatakan telah menghubungi sendiri JAWI mengadu kejadian khalwat tersebut, lapor Malaysian Digest.

Peguam Syarie, Mohd Iz'aan Azalan dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkata, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya, Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, mengaku berbuat demikian di hadapan hakim Mahkamah Syariah Shah Alam.

"Dalam pertuduhan yang dibacakan, pasangan ini telah melakukan kesalahan tersebut kerana telah membuat panggilan ke talian hotline JAWI dan membuat aduan tentang wujudnya pasangan yang sedang berkhalwat, sedangkan pasangan yang diadukan itu adalah pasangan itu sendiri.

"Dengan kata lain, pasangan itu membuat laporan palsu tentang berlakunya jenayah khalwat," katanya.

Sebelum ini, Mohd Ridhuan dan Siti Sarah mendakwa JAWI telah menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh hotel yang didiami mereka pada jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu.

Dalam insiden itu, Ridhuan memaklumkan isterinya tidak berpakaian lengkap sebelum anggota JAWI menyerbu masuk ke dalam bilik hotel dan berlaku sedikit pergelutan di antara mereka.

17 Februari kemudian, pasangan itu memfailkan saman terhadap JAWI kerana menangkap mereka secara salah dan menceroboh privasi mereka biarpun sudah menunjukkan gambar sijil perkahwinan mereka kepada pegawai JAWI pada hari kejadian.

Mohd Ridhuan dan Siti Sarah dibicarakan mengikut Seksyen 7(c) Akta Kesalahan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kerana memburukkan imej JAWI.

Jelas Mohd Iz'aan lagi, pasangan itu bagaimanapun belum disabit kesalahan dan perbicaraan itu merupakan hari pertama pasangan itu didakwa di mahkamah.
__________________
UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE..HUBUNGI SEGERA 0193403787

Last edited by helmisaman; 14-07-2017 at 09:01 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 17-02-2017, 11:53 AM
stephankaan stephankaan is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2017
Posts: 364
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

pegi mampos la geng2 jawi ni, ajar diorang cukup2
Reply With Quote
  #3  
Old 17-02-2017, 11:54 AM
apoeki apoeki is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2012
Posts: 3,092
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 13
Active Level
Default

tu la mengintip lg
__________________
YA ALLAH, TUTUPLAH AIB KU & AMANKANLAH KETAKUTAN KU
Reply With Quote
  #4  
Old 17-02-2017, 11:55 AM
02047haf 02047haf is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2015
Posts: 2,250
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 102
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Ok. kalau macam ni saman je. Sebab salah penguatkuasa tu. Dah tunjuk bukti pun taknak percaya.
Reply With Quote
  #5  
Old 17-02-2017, 11:55 AM
kiddd2 kiddd2 is offline
Legendary Member

kiddd2's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jun 2011
Posts: 16,091
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 1250
Active Level
My Mood:
Default

parop lagu ni..

naya ke org yg betul..
__________________
NAK TAHU HARGA HANDPHONE TERKINI??? MASUK SINI

: KEDAI HANDPHONE ONLINE :
Reply With Quote
  #6  
Old 17-02-2017, 11:55 AM
nasigorengkicap nasigorengkicap is offline
Active Plus

nasigorengkicap's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2010
Posts: 2,753
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

aik, dah bagi surat pon taknak terima, pelik2.
__________________
~I was born genius but education screwed me~
Reply With Quote
  #7  
Old 17-02-2017, 11:56 AM
3gunHell 3gunHell is offline
Active Member

3gunHell's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2011
Posts: 2,316
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 14
Active Level
My Mood:
Default

saman aje, semoga berjaya dalam tuntutan.
__________________
sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi. apatah lagi dalam perhubungan.
Reply With Quote
  #8  
Old 17-02-2017, 11:57 AM
Hypnosis-Diri Hypnosis-Diri is offline
Super Active

Hypnosis-Diri's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2014
Location: Syurga dalam hati kita berdua
Posts: 8,242
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 567
Active Level
My Mood:
Default

Boleh report polis x kes mcm ni?
Reply With Quote
  #9  
Old 17-02-2017, 11:57 AM
chip555 chip555 is offline
Active Member

chip555's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Dec 2007
Posts: 2,005
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

menagkap orang berkhalwat dah menjadi hiburan buat JAWI.
Reply With Quote
Likes mentalkronik liked this post
  #10  
Old 17-02-2017, 11:58 AM
tomi tomi is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2015
Posts: 1,054
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 282
Active Level
Default

kalo aku kena camni pun aku saman. setahu aku polis pun takdak power nak main terjah2 masuk bilik orang siap amik video bagai...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump