BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Will Smith Bagi RM21 Juta Kepada Tyrese Gibson Bantu Sara Kos Guaman

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,456
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,456
Reaction score
509
Points
81
Murah betul hati Will Smith bila dia sanggup menyumbangkan AS$5 juta (RM21 juta) kepada bintang filem The Fast And Furious, Tyrese Gibson.

Will Smith berkata sumbangan tersebut diberikan kerana simpati dengan luahan Tyrese yang kini sedang mengalami masalah kewangan.

Menurut laporan Daily Mail, wang Tyrese habis digunakan untuk membayar kos guaman bagi mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya, Shayla, 10 tahun.

130856owx47w471r5rl55x.jpg

Foto: eonline

Tyrese, 38 telah berkongsi tentangnya melalui laman sosial dan meluahkan perasaan terharunya kerana kebaikan yang ditunjukkan pelakon tersebut ketika dirinya berada dalam kesusahan.

Menurut sumber lagi, hubungan Tyrese dengan bekas isterinya, Norma Mitchell Gibson, menjadi semakin buruk selepas bercerai kerana bergaduh tentang hak penjagaan anak mereka.

130856qink3k3bg0wn0ac8.jpg

Foto: eonline

Dia memerlukan AS$15,000 (RM63,000) sebulan untuk menampung kos guaman dan situasi kewangannya ketika ini ditahap kritikal kerana tidak lagi mendapat tawaran lakonan.

Diharap segalanya berakhir dengan baik dan semoga Tyrese kuat dalam dugaan ini.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register