BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,381.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AJL 31 (22 Jan 2017, 9PM) - Lagu Lelaki Teragung juara, Tahniah Dayang

Sponsored Post

Ganti tempat Amyra rezeki terpijak - Aishah

aishhaa1.transformed.jpg


aishhaa2.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Sekalipun gagal ke Anugerah Juara Lagu (AJL), Januari depan, peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Aishah Bujang, menganggap peluang membawakan lagu Ada Saja bersama Juzzthin dan Waris pada separuh akhir Muzik Muzik 31 baru-baru ini pengalaman cukup manis baginya

Aishah mempersembahkan lagu rancak berkenaan bagi menggantikan penyanyi asal, Amyra Rosli, yang sibuk dengan urusan perkahwinannya bersama Amar Baharin

"Saya memang tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan itu. Sekalipun hanya sebagai penyanyi ganti, saya menganggap ia sebagai rezeki terpijak

"Perkara itu berlaku dengan mengejut dan cukup pantas. Apabila diminta menggantikan tempat Amyra, saya bersetuju saja dan akhirnya muncul di pentas pertandingan. Saya menganggapnya peluang yang tidak boleh dilepaskan. Tambahan pula, menjayakan persembahan untuk program Muzik Muzik yang sudah begitu kuat jenamanya

"Kebetulan, saya dan Amyra berada di bawah label syarikat rakaman Life Records. Justeru, urusannya menjadi lebih mudah. Mungkin pihak label berasakan saya cukup sesuai untuk menggantikan beliau, jadi saya sahut cabaran diberikan

"Lebih penting, saya belum pernah berkesempatan muncul dalam program terbitan Media Prima Berhad dan ia hadir tepat pada masanya," kata Aishah yang mengikat kontrak bersama Life sejak Ramadan lalu

Selepas AF7, Aishah, 25, tidak pernah berputus asa untuk membuktikan bakat seninya. Malah, sebelum bersama syarikat rakaman itu, beliau banyak berusaha sendiri untuk mencari ruang mencipta nama di arena seni

"Selama kira-kira lapan tahun selepas meninggalkan AF, saya cuba penuhi apa saja peluang yang ada depan mata. Saya berlakon dan juga mengacara. Walaupun kurang disedari ramai, saya tetap berterima kasih di atas rezeki yang ada

"Pengalaman juga banyak mematangkan saya dan sesaat pun tidak pernah ada rasa putus asa. Saya percaya rezeki masih ada dalam bidang ini. Cuma, waktunya saja belum tiba," katanya

Dalam pada itu, Aishah, yang juga pernah menyertai program Dangdut Star, berusaha memperkenalkan single berentak pop kontemporari nyanyiannya berjudul Cinta Dan Luka, ciptaan DJ Fuzz

Selain boleh didapati menerusi aplikasi iTunes, lagu berkenaan juga mula diputarkan di stesen radio

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213616
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register