1. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
2. Terakhir - Sufian Suhaimi
3. Sudah Ku Tahu - Projector Band
4. Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar
5. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
6. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
7. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
8. Obses - Akim & The Majistret
9. Setia - Elizabeth Tan ft Awi Rafael
10. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof ft Mawi
11. Hang Pi Mana - Khalifah
12. Anugerah Terindah - Black
SHAH ALAM: Lelaki Teragung dendangan Dayang Nurfaizah diumumkan antara 12 lagu yang layak ke pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31), di sini malam ini
Mengiringi lagu berkenaan ke pertandingan berprestij itu ialah Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black)
Pertandingan separuh akhir yang menyaksikan 30 karya dipertandingkan menampilkan juri profesional diketuai Datuk Ramli MS selaku ketua juri, AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi dan Azlan Typewriter
Minggu lalu, sebanyak 17 lagu dipersembahkan pada separuh akhir pertama manakala 12 lagi menghangatkan pentas Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam ini
Lagu dendangan Syamel, Hidup Dalam Mati, yang sepatutnya dipersembahkan malam ini, bagaimanapun menarik diri
Penyanyi Amelina, Haiza dan Sarah Fazny menghiburkan peminat sebelum keputusan diumumkan dengan lagu Dag Dig Dug serta Rindu
Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 menampilkan pasangan Fara Fauzana dan Fizi Hot FM sebagai pengacara
AJL 31 bakal berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur