BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Izreen Azminda kini isteri nombor satu, Intan diceraikan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
udeizreenliana-678x381.jpg

Ude bersama Intan (kiri) dan Izreen (kanan).

izreen-azminda-ude.jpg

KUALA LUMPUR - Perkahwinan suami pelakon jelita, Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid dengan isteri pertama, Intan Liana Saleh dikatakan bakal berakhir dengan perceraian.

Muhammad Radzi atau dikenali sebagai Ude, 30, difahamkan akan melakukan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang hari ini.

Menguatkan spekulasi tersebut apabila Intan memuat naik kenyataan berbau kecewa di Instagramnya pada tiga hari lalu.

Ude yang juga merupakan seorang pemuzik bebas itu mula mendirikan rumah tangga bersama Intan, 33, sejak lima tahun lalu dan memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Dia kemudian berkahwin dengan Izreen Azminda, pelakon drama rantaian Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 8 Ogos, 2017 di sebuah lokasi dirahsiakan.


http://www.kosmo.com.my/terkini/izreen-azminda-bakal-jadi-isteri-nombor-satu-1.618053
 
Best sondol laki orang? IG Izreen diserang netizen

SELEPAS melalui episod kontroversi yang melibatkan perkahwinannya dengan pemuzik bebas dan dikecam hebat netizen, pelakon Izreen Azminda telah menutup ruangan komen di laman Instagramnya sehingga ke hari ini.


Bagaimanapun, ketika berkongsi foto-foto di majlis resepsinya petang semalam, Izreen sama ada sengaja atau tidak, dilihat telah membuka ruangan tersebut pada salah satu foto yang dikongsikan kepada umum.

Tidak sampai satu jam ruangan tersebut dibuka, Izreen telah diserang netizen dengan pelbagai komen negatif dan masih mengaitkan kontroversi yang pernah melandanya sebelum ini.

Ternyata meskipun ia sudah lama berlalu, namun ketidakpuasan hati netizen masih belum surut dan masing-masing mengambil peluang untuk menghentam pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu pada ruangan tersebut.

Namun ia kembali ditutup tidak lama kemudian, mungkin selepas Izreen menyedari tindakan netizen di ruangan komen pada salah satu foto tersebut.

Sejak petang semalam, Izreen memuat naik foto-foto eksklusif majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude yang berlangsung di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, Melaka.


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/buka-ruangan-komen-netizen-serang-izreen-1.887252

Akhirnya Izreen, Ude bersanding
3 kali tukar baju

61538532025_iz.png

41538532033_izre.png

51538532037_izreen.png

41538532041_izree.png

61538532058_izreenazmi.png


PELAKON Izreen Azminda dan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude bersanding dengan tiga persalinan baju pengantin semalam.


Izreen dan Ude telah mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan itu pada mulanya menyarung busana berwarna putih dan dirai seperti di majlis pernikahan.

Kemudian mereka menukar baju ke persalinan songket berwarna ungu untuk majlis malam berinai mereka.

Di acara kemuncak malam tadi, pasangan ini sepakat mengenakan busana pengantin ketiga yang berwarna keemasan.

Izreen menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi semua foto tersebut bermula petang semalam hingga malam tadi.

Terdahulu, Izreen dan Ude melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos tahun lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, Izreen sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.


http://www.astroawani.com/berita-hi...n-dan-ude-bersanding-3-kali-tukar-baju-187217

DiNLnJIU0AAaydB.jpg


intan_1.jpg


intan_2.jpg


intan_3.jpg

Mahu Cari Pengganti, Intan Liana Tidak Fobia Kahwin Lagi

BEKAS isteri kepada pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid iaitu Intan Liana Saleh memberitahu tidak pernah berasa fobia untuk kembali berkahwin walaupun pernah mengalami keruntuhan rumah tangga

Intan, 33, berkata, perkahwinan adalah tuntutan dalam agama Islam namun memberitahu buat masa ini dia tidak berfikir mengenainya

"Tidaklah, kahwinkan tuntutan Islam, kahwin jela kan... Hihihi," katanya

Intan berkata demikian sebagai menjawab beberapa soalan secara rawak daripada pengikutnya di Instagram menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan pengikutnya, Intan secara bergurau memberitahu dia ada terfikir untuk mencari pengganti namun tiada siapa yang mahukan dirinya

Malah katanya, sejak bercerai tiada lelaki yang cuba mendekatinya selain meminta pengikutnya mencarikan calon untuknya

"Ada rasa nak cari pengganti tapi takde orang nak... Hahaha. Tengok juga orangnya macam mana, taknak dicurangi lagi," jawabnya

Sementara itu, menjawab ciri-ciri lelaki idamannya, Intan berkata, jejaka itu mestilah seorang yang comel, mengambil berat, bertanggungjawab, rajin dan menjaga solat

Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar

Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/15/intan-liana/#8hpwMXgC8pTP5YUV.99


Terkilan, minta Intan berhenti drama air mata

image.jpg

Ude menegaskan penceraian tersebut bukan berpunca daripada perkahwinannya dengan Izreen Azminda.

KUALA LUMPUR - Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude meluahkan rasa terkilan terhadap bekas isterinya, Intan Liana Saleh, 33, yang kerap memberikan kenyataan dilihat seakan menjatuhkan maruahnya.

Menurut Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, turut menegaskan penceraian tersebut bukan berpunca daripada perkahwinannya dengan pelakon sensasi, Izreen Azminda.

Kata Ude, masalah perkahwinannya dengan Intan berlaku setelah dua tahun berumah tangga namun, ketika itu hasil perbincangan kedua-dua belah pihak masih belum menemui kata putus.

"Hubungan kami sememangnya mengalami masalah sebelum berkahwin dengan Izreen dan penceraian antara saya dan Intan tiada kaitan dengan Izreen.

"Saya turut berasa terkilan dengan tindakan Intan yang sebelum ini mengatakan kami tidak mengadakan perbincangan mengenai masalah rumah tangga. Kenyataan itu bohong dan tolong berhenti 'drama' air mata," tegasnya ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, di sini pagi tadi.


http://www.kosmo.com.my/terkini/tolong-berhenti-drama-air-mata-ude-1.632622

Intan sah dicerai talak satu

image.jpg

Intan tetap akan menjaga hubungan baik dengan Ude demi anak-anak.

KUALA LUMPUR - Isteri pertama kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liana Salleh, 33, reda dan menerima takdir perkahwinannya selama lima tahun telah berakhir.

Pasangan itu bercerai dengan talak satu pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, di sini hari ini.

Dalam keadaan sebak, Intan berkata, dia tidak menyimpan perasaan dendam atau marah terhadap Ude dan tetap akan menjaga hubungan baik demi anak-anak.

“Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan dan terima jodoh sampai di sini. Saya juga tidak marahkan Ude atas apa yang berkaku ini.

“Malah, pihak keluarga juga menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya.


http://www.kosmo.com.my/terkini/isteri-pertama-ude-reda-dicerai-talak-satu-1.632588

Saya sudah tiada hati pada isteri pertama

HM011217SK039.jpg.transformed.jpg

HM280218HN001.jpg.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, mengakui, perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah tiada hati meneruskan hidup bersama isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.


Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama.

"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

"Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya," katanya.

Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

"Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes," katanya ketika dihubungi BH Online.


https://www.bharian.com.my/hiburan/...saya-sudah-tiada-hati-pada-isteri-pertama-ude

Bakal diceraikan, madu Izreen Azminda reda

image.jpeg

Intan Liana Saleh bakal diceraikan kerana suaminya nekad memilih Izreen Azminda

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Isteri kepada pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh, reda dengan keputusan suaminya untuk bercerai.

Intan, 31, berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini.

Bagaimanapun Intan enggan mengulas lanjut mengenai situasi rumah tangga mereka sekarang kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

“Segala-galanya terpulang kepada Ude. Saya akur dan reda dengan lafaz cerai daripada Ude nanti. Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya,” jelasnya ringkas.

Sementara itu, ditanya tentang perasaannya terhadap Ude, Intan mengakui masih menyayangi suaminya itu.

Intan juga berkata, dia dan anak-anak masih tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

“Saya tinggal di rumah kami hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana.

“Saya masih sayangkan dia kerana sehingga hari ini saya tidak tahu apa salah saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, UTUSAN ONLINE cuba mendapatkan kenyataan daripada Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid yang hadir ke mahkamah namun dia enggan memberi sebarang komen dan cuba mengelak daripada ditemu bual.

Ude, 30, memfailkan permohonan cerai secara baik itu menerusi peguam syarienya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain pada 30 November lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes permohonan cerai tersebut.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1.

Ude kemudian berkahwin secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda yang merupakan janda anak satu pada 8 Ogos tahun lalu.


http://www.utusan.com.my/hiburan/bakal-diceraikan-madu-izreen-azminda-reda-1.618172

Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register