BTC USD 63,650.7 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jihan Muse selamat lahir bayi lelaki

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


Kuala Lumpur 26 Jan.- Pengacara terkenal Jihan Muse kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki malam tadi.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Instagram program Meletop sebentar tadi, itu memberitahu, Jihan dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam,” tulis kapsyen yang di muat naik.

Sementara itu juga, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, juga akan bercuti selama dua bulan daripada aktiviti seni untuk melalui tempoh berpantang.

“Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,”tulis kenyataan itu lagi.

Dalam perkongsian itu juga, suami Jihan, Ungku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal, 32, turut berterima kasih kepada peminat di luar sana yang sentiasa mendoakan kelahiran cahaya mata pertama mereka ini.


http://www.utusan.com.my/berita/terkini/jihan-bergelar-ibu-1.597473#ixzz55F5HdOsp
 
Sponsored Post

Sudah 2 bulan bersalin, Jihan belum dedah wajah anak

image.jpg


DALAM pada keterujaan peminat meraikan kelahiran cahaya mata sulung penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhamad Jiwa Isnin lalu, ramai juga yang tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Jihan Muse selepas bergelar ibu.


Apatah lagi, Jihan sehingga kini masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka, biarpun sudah hampir dua bulan dilahirkan.

Malah, pelawak dan pengacara Gegar Vaganza yang kini masih dalam proses berpantang itu juga belum berkongsi nama penuh cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan pelakon Ungku Hariz, sebaliknya hanya memanggilnya dengan gelaran Baby Ninja.

Menerusi Instagram peribadinya, Jihan telah memuat naik gambar persandingannya bersama suami dengan bersempena sambutan ulangtahun kedua perkahwinannya.

Pada kapsyen gambar tersebut, Jihan telah memohon agar para peminat mendoakan kebahagiannya sekeluarga

“Wahai sekalian rakyat siber!! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini, beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari. Maafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia.

“Kalau sakit hati sangat, simpan sambung esok. Harini off segala badmood. Badvibes. badmouth. Marilah jadi citizen of net yang baik.

“Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum,” tulisnya dalam nada jenaka.

Berikutan itu, para peminat dan pengikut Jihan turut mengambil kesempatan bertanya tentang cahaya mata mereka berdua dan meminta agar Jihan segera memperkenalkan kepada umum.

Semestinya ramai peminat Jihan yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah cahaya mata pasangan ini selepas melihat beberapa selebriti lain telah mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Bagimanapun, Jihan dan suami tentunya mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk menunggu masa yang paling sesuai bagi memperkenalkan putera sulung mereka itu.


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dua-bulan-bersalin-jihan-belum-dedah-wajah-anak-1.813286
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register