BTC USD 64,682.3 Gold USD 2,380.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat rempit maut bawah lori

highway

Active+ Member
Messages
4,417
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Mat rempit maut bawah lori
AHMAD ISMADI ISMAIL
7 Jun 2012
image.jpg

Anggota bomba melihat keadaan salah seorang mangsa yang terperosok di bawah lori.

KUALA LUMPUR - Dua remaja maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

"Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama," katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999.
 
Sponsored Post

kesimpulan:

3 buah motorsikal dinaiki 4org remaja

2maut... dan 2lagi parah..

Awal pagi.. mesti lpas kul 12 tengah mlm... mak bapak x carik diaorg ker... diaogr x balik umah ker.. lesen xder lak tu.. diaorg x pernah baca paper ker psl kejadian berulang kat tmn wahyu tu, mak bapak x baca paper nengok tv ker psl x pernah amik kesedaran psl kes mati merempit ker.. x der kesedaran psl anak meliar x tentu hala... menyesal dah terlambat... redha jer laaa...1 kampung insaf kejap, cuti skolah ujung tahun ilang la insaf tu... buat balik... mak bapak lupa balik nak nengok anak adr kat umah ke tidak...dulu ada saranan "perintah berkurung" utk umur 18 tahun ramai x setuju, bila dah jadi kes masing2 binggung...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register