BTC USD 63,070.8 Gold USD 2,383.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton tawar diskaun untuk ahli kesatuan Hokkien

Sponsored Post

Pengedar Proton kini tertekan, bergabung atau tutup terus

KUALA LUMPUR: Baik pulih pengedaran Proton Holdings Bhd mungkin menyebabkan beberapa syarikat pengedar bergabung atau ditutup.

Buat permulaan, Proton meminta 280 pengedar dan pusat khidmat menaiktaraf premis mereka menjadi pusat pengedaran dan servis sehenti, lapor The Malaysian Reserve (TMR).

Beberapa rakan Proton yang hanya menjual kereta kini perlu bergabug dengan rakan-rakan yang hanya menawarkan servis.

Itu salah satu daripada banyak perubahan yang diperkenalkan ketua pegawai eksekutif Proton yang baharu, Li Chunrong, untuk pusat-pusat pengedaran dan servis. Perubahan itu mahu mengukuhkan jenama dan menambahbaik pengalaman pembelian.

Li diantik CEO Selepas Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd membeli 49.9% pegangan dalam Proton daripada DRB-Hicom Bhd tahun lalu. DRB-Hicom mengekalkan pegangan 50.1%.

Menurut TMR, perubahan yang Li laksanakan itu bermakna beberapa pusat pengedaran Proton yang tertua mungkin tidak akan dapat diterima.

Setakat ini hanya 4 pengedar yang menandatangani perjanjian naik taraf rangkaian pengedar baharu, menurut kenyataan oleh syarikat itu bulan lepas.

Empat pengedar itu sebahagian daripada 28 pengedar utama yang dibawa Proton untuk melawat outlet Geely di China tahun lepas.

TMR memetik salah satu daripada 4 pengedar itu, Pengarah Setia Gemilang Auto Sdn Bhd Andrew Quek, sebagai berkata: “Kami akan bina ruang pameran mewah yang boleh memuatkan 11 kereta pameran, 14 takal servis, 10 ruang mengecat kereta, 30 parkir kereta pelanggan dan ruang kawasan istirahat baharu.”

Outlet itu dijangka siap Jun tahun ini.

Bagaimanapun, TMR melaporkan pengedar-pengedar kecil, ada yang sudah lebih 20 tahun menjadi rakan Proton, berkata syarat baharu Proton itu terlalu sukar untuk mereka dan mohon bertolak ansur.

TMR memetik seorang pengedar tidak dinamakan sebagai berkata: “Difahamkan untuk kami melakayakkan diri sebagai pengedar tulen untuk mana-mana jenama, secara idealnya keperluan untuk sebuah outlet jualan, servis dan alat ganti (3S) perlu dipenuhi.

“Bagaimanapun, pusat sehenti 3 dalam 1 itu diluar jangkauan kami, terutamanya bagi mereka yang beroperasi di Johor, kawasan tengah dan Pulau Pinang, di mana sewa dan harga tanah sangat tinggi.”

Pengedar memberitahu TMR Proton harus bertolak ansur, termasuk membenarkan mereka menyediakan 3 bentuk perkhidmatan itu dalam satu kawasan kalau bukan sebumbung.

Untuk membina 33 outlet baharu, yang memerlukan kawasan seluas 18,000 meter persegi, pengedar memberitahu TMR belau perlu mengeluarkan belanja sehingga RM3 juta, tidak termasuk harga tanah.

Seorang pengedar berkata mereka sebelum ini diminta melakukan naik taraf dengan janji produk dan jualan yang lebih baik, tetapi janji-janji itu belum kelihatan.

“Sekarang, mereka mahu kami membelanjakan wang kerana menjangkakan model baharu, Boyue,” katanya lapor TMR.

Menurut laporan itu, jualan Proton turun kepada 70,991 tahun lepas, berbanding 72,291 unit yang terjual pada 2016.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...r-proton-tertekan-perlu-bergabung-atau-tutup/
 
mind set pengedar proton dh kn berubah.. xblh mcm dulu lg.. jual ala kadar. servis pn ala kadar..

klu x, pengedar bukan bumiputra je yg akan kuasai pusat servis proton nnt..

tgk br bp bulan geely amik share 49% apa dia dh buat. standard 3s ni dh pkai kt byk jenama kereta.. klu x, mmg jenama proton ni ke belakang la
 
Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien

PROTON Holdings Bhd menjelaskan diskaun istimewa kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, bukan kes istimewa.

Tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada dasar diskaun istimewa kepada pelanggan jualan korporat dan fleet, dan ia adalah amalan perniagaan biasa dalam industri automotif untuk menawarkan diskaun jualan korporat berdasarkan pembelian secara pukal dan jualan fleet, menurut pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataan hari ini.

Ia menjelaskan berhubung laporan akhbar berbahasa Cina bahawa Proton menawarkan diskaun antara lima dan 10 peratus bagi semua model keretanya kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.

Proton berkata, tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet.

Proton juga ingin menegaskan bahawa akhbar itu turut melaporkan "Proton sentiasa menyediakan promosi jualan korporat/fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan Persekutuan Hokkien bukan kes yang istimewa".

Katanya, Proton mempunyai pelan yang sama dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat utama di Malaysia.

“Melalui cara yang sama, Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, telah mengadakan perbincangan dengan kami dan menunjukkan sokongan kepada Proton dengan komitmen untuk membeli," kata Proton.

Berdasarkan kepada jumlah ahli dan pekerja persatuan itu yang besar, Proton berkata ia dapat membentuk pakej istimewa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Katanya mana-mana koperasi, organisasi dan persatuan yang membeli jumlah kereta tertentu turut layak untuk mendapat pelan istimewa jualan korporat ini, tertakluk kepada terma dan syarat antara Proton dan pihak yang berkenaan.

“Proton amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat dan persatuan, dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

“Kami menghargai minat yang diberikan kepada Proton dan kami mempelawa mana-mana persatuan dan syarikat korporat yang ingin menikmati faedah ini,” katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bisne...agi-diskaun-kepada-persatuan-hokkien-1.785717
 
Pd aku ni strategi bisnes. Tp kesian la kat cina hainan, cina canton, cina shanghai.

Teknik nak cover je ni. Kalau dia kata diskaun utk cina sahaja nampak sangat rasis. Jadi cakaplah konon untuk cina hokkien. Muslihatnya disini dalam ic mana ada tulis cina hokkien ke kantonis ke. Jadi asal nama.cina dapatlah diskaun tu. Jadi kalau melayu nak ajar kasi boikot je proton lepas ni macam boikot cadburry dulu. Mengelabah mintak maaf lepas tu.
 
Tak payah nak sembang gegar kat sini lah..

Dulu masa kerajaan nak jual share Proton kat Cina ramai jer penjilat Melayu setuju konon2 keputusan Kerajaan dia adalah terbaik utk Proton..

Sekarang bila Cina dah beli dan buat ikut suka dia pandai pulak nak bertempik marahkan Cina tu..:D:D

Inilah yang dikatakan "macai"..dia sendiri pun tak tahu apa yg dia sokong sebenarnya..:eek::eek:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register