Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #201  
Old 16-01-2018, 09:39 AM
anbusan anbusan is offline
Super Active

anbusan's Avatar
 
Trader Rating: (27)
Join Date: Jan 2006
Location: muar johor
Posts: 7,418
Thanks (Received): 61
Likes (Received): 16
Active Level
My Mood:
Default

semalam petang balik dr batu caves ke bangi pkl 6 sejuk lagi tu, tp sbb bangi hujan la haha. aku setakat ni tdo still tak pakai kipas lg, tp da ade rase hangat2 sikit
__________________
Corrupt, You corrupt, And being corruption to all that you touch | Hold, You'll behold, And beholden for all that you've done | Spell, Cast a spell, Cast a spell on the country you run | And risk, you will risk, You will risk all our lives and our souls.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #202  
Old Yesterday, 12:39 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 119,490
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 10535
Active Level
My Mood:
Default

200 baju sejuk, selimut laris dalam sehari


Pemandangan berkabus di Kuala Pilah, Negeri Sembilan berikutan penurunan suhu kepada 21 darjah Celsius. Negeri lain turut mengalami kejadian sama walau suhunya tidak serendah di Kuala Pilah. — Foto Bernama

GUA MUSANG, 16 Jan — Cuaca sejuk membawa tuah kepada peniaga pakaian terpakai berikutan lebih 200 baju sejuk dan selimut laris dalam sehari.

Suriani Omar, 43 tahun, menjual baju sejuk serendah RM5 sehelai dan selimut di Kampung Tiong di sini, memperoleh jualan RM1,000 setiap hari, lapor Sinar Harian.

"Bukan sahaja di kawasan sekitar, malah pelanggan dari Kuala Betis, Kampung Star dan Kampung Lalang juga turut memilih kedai saya walaupun jauh dari kawasan mereka," katanya.

Dijalankan bersama suami sejak 10 tahun lalu, Sumaidan Ismail, 44 tahun, mereka turut menjual kasut, baju, seluar, beg tangan, aksesori wanita dan cadar terpakai.

Sejak beberapa hari lalu, penurunan suhu berlaku di seluruh negara dengan Kuala Pilah, Negeri Sembilan merekodkan angka paling rendah.


http://www.themalaymailonline.com/pr...s-dalam-sehari
Reply With Quote
  #203  
Old Today, 07:39 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 119,490
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 10535
Active Level
My Mood:
Default

Memahami fenomena 'musim sejuk'



CUACA sejuk yang melanda negara, terutama di Semenanjung sejak seminggu lalu agak mengejutkan orang ramai.


Walaupun pernah berlaku di bahagian Utara Semenanjung pada tahun sebelum ini, penurunan suhu melebihi 10 darjah Celsius di Lembah Klang adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sekurang-kurang sejak 20 tahun lalu.

Di Kuala Lumpur suhu dicatatkan sekitar 22-23 darjah Celsius berbanding 33-34 darjah Celsius pada kebiasaannya. Diberitakan juga, cuaca sejuk melanda hingga selatan, termasuk Singapura. Cuaca sejuk ini berlaku secara serentak dengan keadaan litupan awan yang tebal dan penurunan hujan lebat di bahagian Selatan Semenanjung, menyebabkan banjir dan juga beberapa kejadian tanah runtuh.

Setiap musim monsun timur laut yang biasa bermula pada penghujung November sehingga Februari, akan berlaku episod tiupan angin kencang dari kawasan Siberia, Mongolia dan utara China ke selatan akibat pengukuhan sistem tekanan tinggi udara Siberia-Mongolia.

'Denyutan' angin kencang, sejuk dan kering ini, yang dinamakan sebagai luluran sejuk atau cold surges, akan bertiup ke selatan merentasi tanah besar China sebelum melalui Laut China Selatan dan bertiup sebagai angin timur laut kencang menuju kawasan Semenanjung.

Cuaca sejuk yang kita alami sejak seminggu ini berkemungkinan bukan hanya disebabkan oleh pengukuhan biasa sistem tekanan tinggi di Siberia-Mongolia, tetapi berkemungkinan besar juga disebabkan penerobosan jasad udara sejuk ke bahagian selatan dari utara, terutama kawasan Siberia dan beberapa kawasan lain akibat fenomena yang dipanggil sebagai Pusaran Artik atau Polar Vortex.

Cuaca sejuk melampau

Fenomena sama juga dikaitkan dengan pengukuhan sistem siklon latitud pertengahan yang berlaku di utara dan timur Kanada pada awal Januari lalu, yang dipanggil sebagai Bomb Cyclone dicirikan dengan penurunan tekanan udara secara mendadak dan menjana peredaran angin melawan jam yang menyebabkan angkutan udara sejuk dari Artik ke Kanada dan bahagian tengah dan selatan Amerika Syarikat menyebabkan cuaca sejuk melampau, selain ribut salji.

Sistem ini juga seolah-olah tidak berganjak kedudukannya akibat sistem tekanan tinggi berpusat di atas Greenland yang bertindak mengukuhkan dan menjadi penghadang kepada Bomb Cyclone ini bergerak ke timur. Peta cuaca pada ketika itu menunjukkan pengukuhan sistem tekanan rendah dan sistem tekanan tinggi secara berselang-seli di kawasan latitud pertengahan (~ 40 - 45oU) yang dikaitkan dengan Pusaran Artik yang melemah.

Pusaran Artik adalah ciri-ciri semula jadi peredaran angin melawan jam berpusat di Kutub Utara dan mengukuh ketika musim sejuk Hemisfera Utara. Pusaran Artik biasanya dikekang atau dibendung daripada melimpah atau menerobos ke bahagian selatan oleh satu ciri peredaran latitud pertengahan yang dipanggil Aliran Jet atau Jet Stream, iaitu angin kencang bertiup dari barat ke timur menyempadani jasad udara sejuk dari Kutub Utara di utara dan jasad udara panas di selatan.

Peredaran Aliran Jet yang kuat dan berbentuk lurus biasanya mengawal Pusaran Artik kepada hanya satu pusat peredaran dan mengawal penerobosan udara sejuk utara ke selatan dengan efektif. Di sebaliknya, Aliran Jet yang lemah dan bengkang-bengkok akan menyebabkan Pusaran Artik berpecah kepada beberapa pusat tekanan rendah dan membenarkan jasad udara sejuk menerobos ke selatan.

Keadaan yang berlaku awal Januari baru-baru ini. Sistem Bomb Cyclone di Kanada serta peredaran siklon berpusat di beberapa kawasan lain, termasuk di Siberia dan utara Lautan Pasifik adalah manifestasi dari Pusaran Artik yang berpecah kepada beberapa sistem pusaran siklon yang berkedudukan lebih jauh ke selatan dan seterusnya menyebabkan penerobosan jasad udara sejuk.

Wujud keragaman kekuatan Aliran Jet ini dari setahun ke setahun dan saintis percaya ia berkait dengan kecerunan perbezaan suhu antara kawasan latitud pertengahan dan kawasan Artik. Kecerunan perbezaan suhu yang tinggi akan mengukuhkan Aliran Jet, manakala kecerunan yang rendah akan menyebabkan Aliran Jet yang lemah, bengkang-bengkok dan membenarkan penerobosan jasad udara sejuk ke selatan.

Pencairan ais semakin serius

Rekod menunjukkan, sejak sedekad lalu kejadian ini semakin kerap dan penerobosan jasad udara sejuk semakin jauh ke selatan. Saintis juga percaya ini ada kaitannya dengan pemanasan dan pencairan ais yang semakin serius berlaku di Artik akibat pemanasan global.

Dijangkakan fenomena seperti ini akan menjadi lebih kerap pada masa akan datang seiring dengan peningkatan suhu dunia akibat peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera. Cuaca sejuk yang melanda negara, besar kemungkinan akibat penerobosan jasad udara sejuk disebabkan pelemahan Pusaran Artik dan juga Aliran Jet ini.

Bagaimanapun, ada faktor lain yang mungkin menyumbang. Ketika fenomena cuaca sejuk ini, berlaku juga secara serentak fenomena Ayunan Madden-Julian atau Madden-Julian Oscillation (MJO) yang menyebabkan litupan awan tebal di seluruh negara.

Litupan awan yang tebal semestinya akan mengurangkan kadar sinaran matahari atau insolation dan ini tidak dapat memanaskan permukaan bumi dan seterusnya udara di atasnya. Keadaan litupan awan yang tebal selama beberapa hari boleh menyebabkan ketidakseimbangan bajet haba dan dalam tempoh beberapa hari sumbangan ini mungkin penting dalam mengekalkan suhu rendah seperti yang kita alami.

Pengaruh fenomena La Niña ketika ini juga berkemungkinan memainkan peranan di mana akibat fenomena ini kelembapan bertumpu ke kawasan kita menjadikan kawasan kita lebih berawan dan ini mengukuhkan kesan MJO dan seterusnya proses penyejukan.


https://www.bharian.com.my/rencana/m...na-musim-sejuk
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump