BTC USD 61,717.2 Gold USD 2,383.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lazada.com.my - Customer review, complaints, comments @ CG

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,846
Points
196
Lazada tarik 40,000 pengunjung sehari


LAMAN WEB beli-belah ‘online’, Lazada.com.my kini menjadi destinasi mendapatkan barangan jenama terkemuka walaupun baru dilancarkan tiga bulan lalu yang mencatatkan jumlah pengunjung 40,000 sehari.

Lazada juga disenaraikan antara 200 laman web paling dilayari pengunjung maya mengikut sistem Alexa Ranking.


Pengarah Urusan Lazada Malaysia, Giacomo Ficari berkata, ia menunjukkan potensi industri belah-belah online secara meluas di kalangan rakyat negara ini.

“Dengan penembusan jalur lebar dan jaringan media sosial yang meluas ditambah pertumbuhan perkapita pendapatan rakyatnya, ia cukup membolehkan industri beli-belah online bernafas,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kejayaan Lazada dijana perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan syarikat lain sebelum ini termasuk kos penghantaran percuma, polisi wang dikembalikan dalam tempoh 14 hari dan harga rendah.


“Apa yang menjadi cabaran bagi peruncit ialah meyakinkan pengguna berkenaan soal keselamatan ketika membeli-belah secara online yang masih menjadi kerisauan di kalangan mereka...masih kurang keyakinan,” katanya.

Menyedari hakikat itu, Lazada mengukuhkan sistem pembayarannya serta menawarkan pilihan transaksi kewangan menarik untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.


“Pengguna mempunyai pilihan kaedah pembayaran yang meluas dan selamat, malah laman web kami melalui sistem tapisan tertentu untuk mengukuhkan ciri keselamatan,” katanya.

Menurutnya, pengguna mempunyai pilihan kaedah pembayaran seperti kad kredit, pemindahan bank, iPay88 dan panggilan telefon.


Selain Malaysia, Lazada mempunyai laman web setempat untuk pasaran Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand.


Laman web itu menawarkan lebih 16,000 produk merangkumi elektronik, buku, perkakasan rumah, hiasan, barangan kanak-kanak dan peralatan sukan.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lazadatarik40_000pengunjungsehari/Article/index_html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register