Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Jom print sticker produk atau lain2
Last Post: khairulpg
Posted On: Today
Replies: 0
Views: 40
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,346
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 16,061
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 20-05-2017, 12:10 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Super Active

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT INSTAFOREX 1.3 PIPS
Posts: 6,115
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1018
Dislikes (Received): 6
Active Level
Default Wanita Cedera Parah dan 3 Cedera Di Langgar Kereta Hyundai Ketika Tengah Makan [VIDEO


Wanita yang cedera dan suasana di tempat kejadian seorang wanita dipercayai mengundur dan melanggar gerai makan di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, hari ini.

Wanita parah manakala tiga lagi cedera dilanggar kereta ketika makan di gerai di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, hari ini.

Kejadian berlaku pada 6.35 petang ketika kereta Hyundai yang dipandu seorang wanita dipercayai mengundur dan melanggar gerai makanan di situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berkenaan mengundur keretanya dari Jalan Macalister masuk ke Lorong Baru.


Beliau berkata, empat gerai makanan dirempuh kereta berkenaan menyebabkan pelanggan yang sedang makan turut dilanggar.

Katanya, tiga mangsa cedera ringan dan seorang wanita dilaporkan parah.

"Tiga mangsa diberikan rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang yang parah masih lagi dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemantauan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemandu kereta untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...anggar-metrotv


Quote:
Pemandu Rempuh Tapak Penjaja


Gerai penjaja char kuey teow ini punah ketika dalam kejadian sebuah kereta terbabas di Tapak Penjaja Sementara Lorong Batu. - Penang Kini

GEORGE TOWN: Suasana di tapak penjaja sementara Lorong Baru di sini gempar apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuh gerai penjaja dan orang awam yang berada berdekatan kawasan itu.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada petang Jumaat itu dikongsikan di laman sosial Facebook, Penang Kini kira-kira sejam lalu.

Dalam rakaman video selama lebih seminit itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam dilihat berlumuran darah dan terbaring di atas jalan raya sambil cuba dibantu oleh orang awam.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki yang cedera itu adalah pemandu kenderaan tersebut atau pun orang awam.

Rakaman itu turut menunjukkan gerai-gerai penjaja di tapak penjaja sementara Lorong Baru menjadi kucar-kacir dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Seorang pengguna Facebook, Ismanizal Ibrahim berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) harus mengkaji semula permit perniagaan yang diberikan kepada para penjaja di kawasan tersebut kerana kejadian terbabit boleh membahayakan nyawa orang awam.

"Nasib baik yang langgaq (langgar) tu reta (kereta). Kalau lori atau bas yang terbabas seperti itu, lagi ramai orang yang akan cedera.

"MBPP kena kaji semula semua permit berniaga seperti ini di tepi atau di tengah jalan di Bandaraya Georgetown tercinta ini," tulisnya di ruang komen.

Sementara itu, Penang Kini mencadangkan agar tapak penjaja sementara yang beroperasi di laluan tersebut segera ditutup sebelum tragedi yang lebih buruk berlaku.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...EeK1qfdhGCk.99
Quote:
Mahu Undur, Tapi Tertekan Pedal Minyak


Enam orang cedera termasuk orang awam dalam kejadian rempuhan di tapak penjaja sementara Lorong Baru. - Penang Kini

GEORGE TOWN: Lain jadinya apabila seorang pemandu wanita yang berniat mahu mengundurkan keretanya tetapi berakhir dengan kejadian rempuhan di tapak penjaja sementara Lorong Baru di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat itu telah mencederakan seramai enam orang awam yang terdiri daripada peniaga dan pelanggan di tapak penjaja berkenaan.

The Star melaporkan, pemandu tersebut terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah van sebelum insiden rempuhan itu berlaku.

Kereta yang dipandunya meluncur laju sejauh beberapa meter lalu merempuh beberapa gerai dan orang awam sebelum akhirnya berhenti di sebuah kedai kopi.

Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan mangsa yang terlibat sudah dihantar ke hospital berhampiran.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, rakaman mengenai kejadian rempuhan kereta yang berlaku pada petang Jumaat mula dikongsikan di laman sosial Facebook, Penang Kini kira-kira pukul 8 malam.

Dalam rakaman video selama lebih seminit itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam berlumuran darah dan terbaring di atas jalan raya sambil cuba dibantu oleh orang awam.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...YLgzcwwux8K.99
Quote:
Lelaki parah kereta rempuh gerai


Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penjaja dan orang ramai menyebabkan dua cedera dalam kejadian di Jalan Macalister. - Foto ihsan Pembaca

GEORGETOWN: Seorang lelaki parah manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh gerai makanan di Jalan Maclister di sini, petang tadi. Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, seorang pemandu kereta dilaporkan hilang kawalan ketika mengundurkan kenderaannya sebelum merempuh empat gerai dan orang ramai yang sedang makan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mangsa yang parah dikenali sebagai Woon Kwee Fong, 59, berasal dari Batu Pahat, Johor, dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Berdasarkan maklumat awal pemandu kereta jenis Hyundai i10 dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya, namun hilang kawalan dan merempuh gerai berdekatan.

"Pemandu wanita berkenaan kemudian bertindak melarikan diri dengan mangsa dihantar ke HPP oleh orang awam. Ketika ini, kita dalam usaha mengesan pemandu berkenaan, " katanya dalam kenyataan hari ini. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/284305
Quote:
'Drebar pengsan masa buat report'



POLIS ambil keterangan pemandu wanita warga emas untuk bantu mencari punca gerai di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, dilanggar kereta, semalam.

Kemalangan itu menyebabkan pejalan kaki wanita parah manakala tiga lagi cedera dilanggar kereta itu ketika makan di gerai itu pada kejadian 6.35 petang.

Wanita berusia 70 tahun itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita itu sebenarnya sudah datang ke IPD Timur Laut dengan ditemani suaminya, semalam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu pengsan ketika membuat laporan dan kemudiannya dihantar ke klinik untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Katanya, wanita itu kemudian hadir semula ke IPDTL, pada kira-kira 10 pagi ini, untuk membuat laporan dan keterangannya diambil untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain.

"Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...sa-buat-report
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT @ DUIT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT

REBAT MASUK DALAM AKAUN| REBAT MASUK DALAM BANK|SENARAI BONUS

Last edited by mazri_2008; 20-05-2017 at 04:31 PM..
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 20-05-2017, 12:11 AM
dukati dukati is offline
Active Member

dukati's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Posts: 2,046
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Dislikes (Received): 1
Active Level
Default

Nah rasain
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 20-05-2017, 12:16 AM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 20,782
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 463
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

-kereta Hyundai yang dipandu seorang wanita dipercayai mengundur dan melanggar gerai makanan di situ.

-wanita berkenaan mengundur keretanya dari Jalan Macalister masuk ke Lorong Baru.

-empat gerai makanan dirempuh kereta berkenaan menyebabkan pelanggan yang sedang makan turut dilanggar.

-tiga mangsa cedera ringan dan seorang wanita dilaporkan parah.

-Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 20-05-2017, 12:25 AM
Kbyne Kbyne is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2011
Location: KL
Posts: 7,829
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 37
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Patut demerit driving school dia sekali,dah bagi kursus bayar riban tak kan tak boleh benda basic pun tak boleh kawal...

Bagus dulu punya sistem belajar lagi...direct urusan dgn JPJ,tak pakai org tengah...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 20-05-2017, 12:27 AM
kiddd2 kiddd2 is offline
Legendary Member

kiddd2's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jun 2011
Posts: 14,354
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 831
Dislikes (Received): 19
Active Level
My Mood:
Default

rasanya video berita xpayah masuk sini pon xpe..
__________________
NAK TAHU HARGA HANDPHONE TERKINI??? MASUK SINI

: KEDAI HANDPHONE ONLINE :
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 20-05-2017, 12:33 AM
azam575 azam575 is offline
CG Hardcore

azam575's Avatar
 
Trader Rating: (62)
Join Date: Jul 2007
Location: Tanjung Puteri BAhru
Posts: 93,513
Thanks (Received): 696
Likes (Received): 72
Dislikes (Received): 3
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

check gerai itu juga ada permit ke tidak meniaga kat situ

kalau peniaga melayu dah lama kena angkut dengan majlis .... huhuhuhu
__________________
OFFICIAL INSTAFOREX SUPPORTER-*DOA*USAHA*ILMU*TAWAKAL*
- UTK DEPOSIT USD KE AKAUN INSTAFOREX SILA CALL/SMS 0199112018(sedanfx)
AUTOMATIK PIPS REBET + WELCOME BONUS KE AKAUN ANDA BILA REGISTER AKAUN INSTAFX DENGAN SAYA!!!
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
  #7  
Old 20-05-2017, 07:37 AM
PeRtZ PeRtZ is online now
Active Plus

PeRtZ's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2013
Location: Johor Bahru
Posts: 3,786
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 12
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Siapa suruh niaga makan kat jalan... jalan untuk kenderaan bukan tempat makan..
__________________
(Renungan)Kita adalah apa yang kita fikirkan!
(Renungan)Kita layak dapat apa yang selayaknya untuk kita
http://www.carigold.com/portal/forum...d.php?t=565858
Follow IG; publicgold_ahjil (utk promosi emas drp saya)
hadiahuntuksahabat.blogspot.com
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 20-05-2017, 07:54 AM
momoque momoque is online now
Super Active

momoque's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2011
Posts: 7,342
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 31
Dislikes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Ade permit x gerai tu

Bese penguatkuasa sane laju je angkut
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 20-05-2017, 07:57 AM
awiena awiena is offline
Active Plus

awiena's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2012
Posts: 4,382
Thanks (Received): 32
Likes (Received): 19
Dislikes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by azam575 View Post
check gerai itu juga ada permit ke tidak meniaga kat situ

kalau peniaga melayu dah lama kena angkut dengan majlis .... huhuhuhu
saya suka hehehe
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 20-05-2017, 08:09 AM
johor1976 johor1976 is offline
Temporarily Banned for 1 Month

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2016
Posts: 5,916
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 180
Dislikes (Received): 10
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by azam575 View Post
check gerai itu juga ada permit ke tidak meniaga kat situ

kalau peniaga melayu dah lama kena angkut dengan majlis .... huhuhuhu
PBT cina cuma angkut gerai melayu
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:43 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you