BTC USD 63,482.8 Gold USD 2,378.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS CHAPTER 2 | JOHOR DARUL TA'ZIM FC

amy@promatt

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,561
Paid Membership
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
571
Points
166
Tarikh Penting Bolasepak malaysia 2019

DvAjyK2U0AADNxS.jpg

Jadual Unifi Liga Super 2019

DwnbK1UU8AALbnR.jpg


DwnbL40VsAAtPFy.jpg

Home Jersey JDT 2019

49348538_1267235453439751_2552328863048794112_n.jpg

Away jersey Jdt 2019

49947061_1267234803439816_3625901164689620992_n.jpg

=======================================================================




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THREAD PART 2 INI ADALAH KESIMBUNGAN DARI THREAD JDT PART 1 >> DI SINI <<
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



LIMOSIN HUMMER BARU BUAT KELAB BOLASEPAK JDT
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan sebuah limosin Hummer baru khas untuk kegunaan pihak pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Limosin tersebut yang dijangka siap esok akan turut digunakan untuk perarakan meraikan kejayaan pasukan menjulang kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut pada 24hb September 2016. Luaskan Kuasamu Johor.

14449881_688554907974478_8435852719351880082_n.jpg




14449810_688557124640923_5379182270699097832_n.jpg




14355171_688554914641144_2687771945414961655_n.jpg



DYMM SULTAN JOHOR BERKENAN MENGURNIA SEBUAH KAPAL TERBANG KEPADA KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM

Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim menerima satu lagi berita gembira apabila DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim yang akan digunakan oleh pegawai kelab dan para pemain. Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017. Dengan kurniaan tersebut, JDT turut melakar satu lagi sejarah baru sebagai kelab pertama tanahair yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah Peliharakan Sultan.

13724851_661250344038268_9061877952217087392_o.jpg




YAM TUNKU TUN AMINAH DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM

YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim telah dilantik oleh DYAM Brigedier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim.


13631405_658214844341818_8580183284764586333_n.jpg



CibV_8LUYAEvHwu.jpg:large


944012_604695773027059_1733252858446254805_n.jpg


Jadual liga Super 2016

12605418_569701199859850_8160328760359210351_o.jpg


Jadual AFC 2016 JDT(MAS)

12717552_577966505699986_2524769915409637953_n.jpg


Jadual Liga Perdana 2016


12605557_569759389854031_1858118403368230078_o.jpg


Johor DT 2016

12891145_603783049784998_6387610213728563747_o.jpg


12573005_567429553420348_2370236334766395729_n.jpg




12191813_539697982860172_5812590959378929034_n.jpg


12240116_546344915528812_8918235251200780651_n.jpg


12309474_547699842059986_2013351363882073645_o.jpg



Semasa:

MAJLIS PELANCARAN YAYASAN PENYOKONG JOHOR DARUL TA'ZIM

Majlis pelancaran Yayasan Penyokong Johor Darul Ta'zim (YPJDT) akan diadakan di Persada Johor pada 13hb Oktober 2015, jam 3.00 petang. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan turut hadir adalah Presiden PBNJ, YB Dato Haji Ismail Bin Karim serta YB Datuk Ir Haji Hasni Bin Haji Mohamed. Dengan adanya penubuhan yayasan tersebut, akan tercapai hasrat penyokong untuk menjadi sebahagian daripada kelab iaitu mewakili 40% hakmilik di mana yayasan ini akan mewakili penyokong. Ini akan membolehkan penyokong terlibat secara langsung dalam kemajuan dan pembangunan kelab, serta memartabatkan bolasepak Johor secara amnya. Luaskan Kuasamu Johor.

12036709_533804900116147_9051121173386922515_n.jpg


10896904_409689599194345_9204151903863335008_n.jpg


new-johor-football-association-logo.png


11887880_514517335378237_8056954866044476705_n.jpg


11953285_514517925378178_8120137432710067796_n.jpg



WEBSITE RASMI JOHOR FAN CLUB
http://johorsoutherntigers.com.my

MERAH-BIRU1.jpg


PASUKAN JOHOR DARUL TAKZIM 2014(Bermain di Liga Super)
10012462_10152302658644697_1745737308_n.jpg


PASUKAN JOHOR DARUL TAKZIM II 2014(Bermain di Liga Perdana)
1017131_639114866151874_791104189_n.jpg


This Is Larkin

11391539_478445262318778_3478522686702990757_n.jpg

bg-jfawide1.jpg





Senarai Pemain Johor Darul Tazim II 2014

1536639_624726030926308_1519823008_n.jpg


[/quote]
Tribute to Johor


Harimau Selatan 2014


Kita Tetap Menang Untuk Johor Darul Takzim FC


SPONSORSHIP
10338724_417288905101081_3695753894261288619_n.jpg




Perlawanan Akan Datang...
10446456_10152567820587074_7581528035588048710_n_zpsbf871c66.jpg


CH06KsUUkAAnFwd.jpg:large

CIov8qKVEAQJiko.jpg



Sumber:
http://johorsoutherntigers.com.my
https://www.facebook.com/JohorSouthernTigers
http://en.wikipedia.org/wiki/Johor_Darul_Takzim_F.C
Serta Peminat dan penyokong Bola Sepak Johor di dalam Forum Carigold

Luaskan KuasaMu Johor


tmj-note.jpg
Struktur Bola Sepak Johor DT

PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR BUKAN SEKADAR SEBUAH PERSATUAN BOLASEPAK

Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah merekabentuk satu struktur bagi menguruskan sebuah persatuan bolasepak yang bukan sahaja melibatkan pengujudan sebuah pasukan mantap demi merebut kejuaraan, tetapi juga terlibat dalam mendidik generasi muda di Johor untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya direka berlandaskan visi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, berserta input daripada lagenda bolasepak Johan Cruyff.

Projek bolasepak Johor ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama adalah untuk mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang berkualiti. Keduanya adalah supaya persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dan dikenali sebagai sebuah kuasa bolasepak di seluruh Asia dan juga dunia. Ketiga adalah untuk menyatu-padukan rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, serta menggalakkan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Berkenaan struktur pengurusan pasukan, PBNJ menggunakan konsep dua pasukan iaitu Johor Daul Ta’zim yang mewakili negeri Johor di Liga Super dan Johor di Liga Premier. Johor Darul Ta’zim merupakan pasukan utama, dan Johor Darul Ta’zim II merupakan pasukan kedua yang akan memupuk anak-anak muda Johor yang berbakat untuk diserapkan ke pasukan utama kelak.

Berkenaan pembangunan bolasepak di Johor, sebuah akademi bolasepak akan ditubuhkan bagi melatih kanak-kanak seawal usia sepuluh tahun sehigga umur tujuhbelas tahun. Mereka akan dilatih dan dididik menjadi pemain bolasepak profesional, dengan fokus terhadap latihan fizikal, sikap profesional dan juga pelajaran akademik. Setelah mengikuti latihan di akademi, mereka akan diserapkan ke dalam pasukan Piala Presiden, di mana mereka akan mendapat pendedahan dan pengalaman. Pemain yang menunjukkan potensi dan bermain dengan baik akan dipilih untuk menyertai pasukan kedua iaitu Johor.

Pemain yang bermain dengan baik dan berpotensi dalam pasukan kedua akan diserapkan ke pasukan Johor Darul Ta’zim, atas nasihat pengurus/ketua jurulatih. Struktur yang digunapakai PBNJ ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan-pasukan bolasepak ternama seperti Real Madrid, Barcelona, Borussia Dortmund, FC Bayern Munich dan AC Milan. Dengan mengamalkan sistem ini, PBNJ membuka ruang bagi anak-anak muda Johor untuk memulakan kerjaya dalam dunia bolasepak, selain memberi peluang bagi mereka untuk mewakili negeri. Ianya juga memberi manfaat dari segi kewangan, kerana PBNJ dapat mengurangkan belanja yuran perpindahan semasa tempoh perpindahan pemain. Dengan itu, ianya dapat meletakkan PBNJ dalam kedudukan kewangan yang lebih kukuh, selain mempunyai lebih ramai anak muda Johor mewakili pasukan negeri.

Johor sebagai gerbang selatan ke benua Asia, telah lama menjadi lokasi yang strategik bagi para pelabur, baik pelabur tempatan mahupun antarabangsa. Adalah menjadi visi PBNJ bahawa sukan bolasepak adalah untuk seluruh rakyat. PBNJ sentiasa menggalakkan para pelabur di Johor mengambil bahagian dalam penajaan dan sumbangan demi bolasepak Johor. DYMM Sultan Johor sendiri menunjukkan keprihatinan dan minat terhadap bolasepak Johor dan memberikan sumbangan daripada perbelanjaan baginda sendiri, kerana yakin bahawa bolasepak adalah untuk rakyat dan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Johor.

Bolasepak Johor juga dibentuk sebagai satu faktor untuk menyatu-padukan rakyat, dan menggalakkan generasi muda mengamalkan gaya hidup sihat dan positif. Pelbagai program sedang dirancang demi manfaat anak-anak muda Johor. Para pemain akan menngadakan jelajah ke semua daerah di Johor bagi mendekati generasi muda dan membimbing mereka menjalankan kehidupan yang positif dan menghindari penyalahgunaan dadah serta gejala negatif yang lain. Sesi motivasi juga akan disampaikan oleh para pemain, menggalakkan generasi muda mengejar cita-cita dan mencapai matlamat dalam hidup mereka. Semua ini adalah berikutan visi dan semangat yang dizahirkan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Baginda percaya bahawa bolasepak mampu memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negeri, terutama sekali dalam membimbing generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup positif, dan bahawa PBNJ bukan sekadar sebuah persatuan bolasepak. Matlamat utama adalah untuk mencapai kemenangan, tetapi menang atau kalah, biarlah bergaya

Sumber:http://johorsoutherntigers.com.my/ms/struktur-bola-sepak-johor-dt/


“MASANYA TELAH TIBA”. MAJLIS SAMBUTAN KEMENANGAN LIGA SUPER 2014 HARIMAU SELATAN
10314677_320414741455165_2333991848200847218_n_zpsea2df78e.jpg

Johor Bahru 26/6/2014 : Dengan kerjasama FAM dan PBNJ, satu acara sambutan dan penyerahan piala buat pasukan kelab Liga Super Johor Darul Ta’zim – JDT telah diadakan dengan jayanya dan kehadiran penuh para penyokong yang memenuhi Stadium Larkin amat mengujakan.
Ketibaan para pemain setelah melalui prosesi perarakan di sekitar bandar Johor Bahru pada jam 8 malam disambut meriah, Stadium Larkin dibanjiri para penyokong dan suasana adalah seumpama hari-hari biasa perlawanan dengan jumlah kehadiran yang melebihi jangkaan.

YAM Tunku Ismail selaku Presiden PBNJ yang diiringi oleh Datuk Hamidin Bin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM dan Dato Yusuf Mahadi, Naib Presiden FAM ke tengah padang sempat meluahkan perasaan gembira dan ucapan tahniah kepada pasukan.
”Saya berbesar hati dan ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta’zim. Pada 4hb September 2012 iaitu pada ketika perlawanan Johor FC menentang pasukan Johor, di Stadium Larkin inilah, saya insan yang berumur 27 tahun, turun ke padang dan meluah janji kepada rakyat Johor semua bahwa saya akan mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor”.
Tambahnya lagi,”Saya amat bersyukur untuk menyampaikan ucapan tahniah dan terimakasih kepada pasukan JDT dan kepada semua penyokong JDT……masanya telah tiba!”.
Dengan diikuti chant dan sorakan tanda sokongan, seorang demi seorang pemain bintang JDT dipanggil untuk ke pentas bagi menerima medal dan seterusnya menjulang piala Liga Super buat julung kalinya selepas 23 tahun penantian.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata suasana dan kegembiraan setiap seorang saksi yang berada di Stadium Larkin melainkan dengan gemilangnya persembahan mercun dan bunga api serta alunan musik latar “We Are The Champion” yang berkumandang.
Barisan para pemain dan pengurusan kemudiannya mengelilingi balapan padang bagi mengarak dan mempertontonkan Piala Liga Super.
Kami terharu dengan kegembiraan dan suasana yang tidak mungkin dan pernah dikecapi ini sepanjang dan selama 23 tahun penantian.
Tahniah JDT, tahniah buat para penyokong dan rakyat Johor dan akhir sekali, tahniah buat TMJ!!!

10404902_320414704788502_7547260757473457466_n_zpsb2be1593.jpg
10438330_320414698121836_852372184801187814_n_zpsa2cb9658.jpg

Video-Video Juara Liga Super 2014 Tahniah JDT [LUASKAN KUASAMU JOHOR]




Boys Of Straits (B.O.S)

A_cSq7KCEAEgvfa.jpg

Firma ini bertujuan untuk menaikkan semangat pemain2 sepanjang 90 minit dengan bersorak dan menyanyi lagu yang boleh membuatkan semangat mereka semua berkobar di tengah padang.

Firma ini diwujudkan di bawah panji Ultras Malaya,bertujuan bersorak dan memberi semangat sepanjang 90 minit untuk pasukan Johor

Matlamat Utama: Mengumpulkan seberapa ramai ahli untuk mengerakkan firma ini bagi berjuang demi bola sepak Johor

Matlamat jangka pendek:

1. Membuat banner-dipasang untuk setiap match melibatkan pasukan Johor. Banner khas akan dibuat bergantung pd growth ultras ini

2. Membuat lagu khas untuk dinyanyikan sepanjang 90mins -akan dibincangkan sesama kita

3. Hadir untuk match HOME pasukan Johor sebagai permulaan

4. Memperkenalkan idea firma ini di FB untuk mendapat sokongan yg lebih lg,sebagai gerakan di merata Johor dan Malaysia. Maka,setiap match melibatkan Johor dapat diwakili oleh setiap anak-anak Johor di mana mereka tinggal dan berada.

Matlamat Jangka Panjang:

1. Hadir di setiap match HOME and AWAY

Terima kasih kepada mereka-mereka yang bersama-sama menjayakan misi kita untuk menaikkan semula maruah bolasepak Johor

Dibawah ini sedikit rujukan untuk kepada siapa yang mempunyai semangat dan jiwa untuk berjuang demi maruah pasukan Johor

1. Apakah itu Ultras
2. Curva
3. Corteo
4. Tifo
5. Capo
6. Flares dan Bom asap
7. Bagaimana mengenal ultras
8. 4 teras ultras
9. Perbezaan ultras dan hooligans.
10. Kesimpulan

1.Apakah itu ULTRAS

ULTRAS mengikut penafsiran Wikipedia adalah sejenis kumpulan yang dikenali dengan sokongan padu yang fanatik dan persembahan yang dipertunjukkan oleh mereka. Secara keseluruhannya, ultras di seluruh dunia dikenali dengan penggunaan suar (flares), terutamanya dalam koreofrafi tifo, sokongan dari segi sorakan dalam kumpulan besar dan banner yang dipasang di stadium.
Tindakan sesuatu kumpulan ultras di luar Negara adalah boleh menjadi extreme dan kadang kala dipengaruhi oleh sesuatu ideology politik atau perkauman, tetapi kebanyakannya ia adalah satu fenomena ultras, keghairahan dan kesetiaan dalam menyokong sesuatu pasukan.
Menurut dalam artikel yang ditulis di laman sesawang (www.ultrasmalaya.net), penulis menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ultras. Dalam tulisannya, perkataan ‘ultras’ wujud dari perkataan ‘oltre’ yang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Beliau menekankan untuk menjadi ultras seseorang itu harus maju setapak lebih dari orang lain.

2. Curva

Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit. Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.

3. Corteo

Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.

4. Tifo

Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.

5. Capo

Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.

6. Flares dan Bom asap

Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal.

7. Bagaimana mengenal ultras

Dalam artikel Ultras Malaya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya.

8. 4 teras dalam Ultras

1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & Away), tidak mengira kos dan jarak.
4) Kesetiaan kepada lokasi ultras. (Curva)

9. Perbezaan Ultras dan Hooligans.

Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlangsung tanpa insiden pergaduhan. Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out”

10. Kesimpulan

Budaya ultras masih lagi baru di Malaysia mahupun sudah dimulakan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan termasuklah firma ini untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.

“If you are ashamed of your colors, you better seek for another flag”-Ultras Malaya

Rujukan:

Penulis Guerrero Eijal
http://en.wikipedia.org/wiki/Tifo
http://en.wikipedia.org/wiki/Curva_(stadia)
http://en.wikipedia.org/wiki/Ultras
http://www.ultrasmalaya.net/






 

Last edited:
Sponsored Post

pencapaian baik drpd Mora...
season lepas direct 4 game awal kalah kot dgn JDT II..
tahun nie seri lepas 2 hari takeover...

nie taktikal TMJ, xleh salahkan coach..
4-2-3-1, dengan high pressing...
lebih kurang gameplay Felda season lepas, bila JDT main possesion, Felda terpaksa high pressing...
tahun nie, terbalik plak, JDT yg main high pressing, dalam keadaan Kedah masih terpingga2 cari rentak, akhirnya makan diri sendiri...
player JDT belum fit 100%, Brian pun main x sampai 90 minit dah kejang otot...
last2 taktikal long ball jd pilihan sbb dah pancit awal..

kawan suka pandangan awak. high-press boleh menyebabkan losing post. tak biasa main highpress tp nak tempo tinggi. boleh kata mmg formation ni baik. tapi players belum dapat adapt. pressing sampai boleh foul tu yg kena perbaiki. fitness pun kena tinggi. kalau dapat dapat tune pressing sikit pun dah ok janji fuild. Brain tu kena cari character yg betul utk duduk tengah. baru la Hazwan boleh stay lone striker. pilihan lain bila Hazwan keluar patut Borales kena pair. malang bila Kunalan terpaksa keluar, jd mode serangan lumpuh. tak dapat nak buildup balik. sebenarnya jelas nampak players lack of confidence. kena ice-breaking balik semua ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register