BTC USD 63,434.4 Gold USD 2,380.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari Menantu.

al-lavendari

Fun Poster
Messages
254
Joined
Aug 17, 2011
Messages
254
Reaction score
22
Points
15
Baru-baru ini saya telah diundang ke satu jamuan makan malam ramah mesra dengan seorang Menteri Besar. Di samping mendengar cerita kejayaan dan perancangan yang ingin dilakukan, saya tertarik dengan DUA cerita jenaka yang diselitkan dalam ucapan beliau. Dalam ketawa ada mesej yang tersirat.

Cerita 1: Raja Nak Cari Menantu Untuk Puterinya.

Tersebutlah kisah seorang raja berhajat untuk mencari calon suami untuk puterinya yang cantik jelita dan muda remaja. Pada suatu pagi dihimpunkan kesemua pemuda-pemuda yang layak di seberang sebuah sungai yang di penuhi dengan buaya ganas. Lalu baginda bertitah:

"barang siapa yang berani berenang menyeberangi sungai ini, akan beta jodohkan dengan puteri beta".

Selepas beberapa lama, sehingga matahari tegak atas kepala, baginda merasa amat kecewa kerana masih tiada seorang pun dari pemuda-pemuda tersebut yang berani menyahut cabaran baginda. Lalu baginda pun bersiap-siap untuk berangkat pulang.

"Tak boleh harap"
dengus baginda.

Dalam pada bersiap-siap itu, tiba-tiba terdengar bunyi "gedeburrr" dan kelihatan seorang pemuda berenang dengan amat pantasnya menyeberang sungai menuju ke tebing.

Baginda pun tersenyum dan sebaik pemuda tersebut selesai naik ke darat, pemuda itu dibawa mengadap baginda. Lalu baginda pun bertitah:

"Syabas orang muda. Kamu akan beta kawinkan dengan anakanda beta. Tetapi sebelum itu, beta ingin bertanya, dari manakah kamu mendapat keberanian untuk berenang menyeberangi sungai tersebut ?'

Lalu dijawab oleh pemuda tersebut sambil tercungap-cungap kepenatan:

"Ampun tuanku .. sembah patik harap di ampun. Ada pun patik bukanlah berani sangat Tuanku .. tetapi tadi patik telah ditolak oleh kawan patik Tuanku !"

Habis sahaja cerita tersebut, gelak para hadirin pun berderai dan ada yang bertepuk tangan. Itu membuatkan MB bersemangat untuk membuat cerita kedua (walaupun jam telah melewati jam 12 tengah malam) yang akan saya ceritakan dalam entri yang akan datang.

Apakah mesej yang dapat anda fahami dari lawak di atas ?


Cerita kedua akan menyusul.

.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register