BTC USD 62,730.6 Gold USD 2,302.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas! sindrom terlupa anak

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,133
Points
661
Awards
1
image.jpg


KANAK-KANAK yang menaiki kenderaan perlu diletakkan di tempat duduk keselamatan.​




HAKIKATNYA, tiada ibu yang waras mahu menyakiti anak apatah lagi menjadi penyebab kepada kematian si kecil. Kes kematian kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta bukanlah isu baharu. Pada tahun 2016, terdapat kes bayi berusia setahun meninggal dunia di Saleng, Kulai, Johor selepas ditinggalkan hampir lima jam di dalam kereta.




image.jpg


PROF. MADYA DR. MARIANI MD NOR



Begitu juga dengan kes di Padang Terap, Kedah melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun selepas ditinggalkan lebih lapan jam oleh bapanya. Di sebalik berpuluh kes kematian ini, satu fakta kes yang boleh dikongsi ialah ibu bapa terlupa akan kehadiran anak di dalam kereta masing-masing.

Mengapakah tragedi ini berlaku? Adakah ibu bapa tertekan dengan kehidupan atau banyak urusan kerja di pejabat yang perlu diselesaikan hingga menyebabkan mereka terlupa anak kesayangan? Seorang profesor psikologi di University of South Florida, Dr. David Diamond telah mengkaji di sebalik insiden ini dan cuba menerangkan secara saintifik. Menurut beliau, kita semua pernah mengalami situasi iaitu kita telah merancang melakukan sesuatu tetapi kemudiannya kita terlupa. Terdapat beberapa bahagian di otak yang berperanan dalam situasi ini.

Menurut Pakar Psikologi Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor, ibu bapa perlu merancang minda tentang beberapa perkara yang dilakukan untuk aktiviti atau tugasan harian.

“Lupa dalam aspek psikologi bermaksud maklumat itu telah gugur daripada ingatan jangka pendek dalam ruang ingatan bekerja yang memberi implikasi bahawa maklumat lain lebih diingati dan maklumat yang terlalu banyak untuk diingatkan dalam satu masa itu terlalu banyak hingga berlaku sindrom bottle neck.

“Apabila keadaan ini berlaku secara tidak disedari isu yang kita anggap tidak akan berlaku boleh berlaku seperti anak tertinggal dalam kereta atau lupa bahawa anak dalam kereta,” jelasnya.

Justeru, Dr. Mariani menasihatkan agar ibu bapa bekerja atau melakukan sesuatu dalam keadaan yang tenang dan ceria kerana bekerja dalam keadaan cemas, tertekan dan sebagainya boleh menyebabkan maklumat tentang perkara yang akan dilakukan itu gugur daripada ingatan bekerja tanpa disedari.

Tambah beliau, maklumat gugur itu merupakan yang dikatakan lupa. Dengan itu, ketenangan penting dalam melakukan rutin harian. Pastikan dapatkan satu klu untuk setiap rutin yang dilakukan.

“Sebagai contoh klu untuk hantar anak ialah laluan jalan harus diingat sebagai lokasi hentian ke beberapa hentian pertama, hentian kedua sebelum sampai ke pejabat dan sebagainya. Dalam masa yang sama elakkan daripada memikirkan perkara yang akan dilakukan seterusnya sebelum tugasan yang patut dilakukan itu telah selesai,” katanya.

Ibu bapa yang mengalami tekanan juga ada risiko mengalami sindrom ini. Tekanan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita sentiasa boleh bekerja dengan lebih produktif tanpa meninggalkan sebarang kesan yang negatif.

“Apabila kita fikir yang baik, akan datang perilaku yang baik dan doa juga akan menghasilkan sesuatu yang baik. Dahulukan tugas yang perlu dilaksanakan mengikut giliran yang sepatutnya tanpa meninggalkan satu pun supaya akan menjadi satu disiplin kepada diri individu itu.

“Dengan berfikir secara sistematik, emosi yang tenang dan ceria, perkara ini dapat dilakukan. Dapatkan bantuan daripada pasangan kerana anak ialah kepunyaan bersama dan pada masa yang sama dalam satu rumah tangga itu tanggungjawab bersama,” jelasnya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register