Beberapa kawasan di Perlis hadapi gangguan bekalan air

21 Ogos 2012
KANGAR - Beberapa lokasi di Perlis berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak semalam ketika umat Islam menyambut hari kedua Aidilfitri.
Gangguan yang dikesan bermula sebelah pagi itu berikutan kebocoran paip di loji rawatan air Kampung Sena dekat sini dan para pengguna resah kerana gangguan itu menjejaskan sambutan Aidilfitri.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang dihubungi Bernama berkata gangguan itu dikesan semalam selepas berlaku gangguan elektrik di loji itu diikuti kebocoran paip.
Tindakan segera diambil sejak semalam bagi memulihkan keadaan dan bekalan air telah mula disalurkan sejak 8.30 pagi tadi, katanya.
"Kita menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya petang ini," katanya.
Antara kawasan terjejas termasuk Bintong, Kangar dan kawasan Tambun Tulang. - Bernama

Ohhh sbb letrik putus ek, ingatkan air tak cukup support. kot ler kena wat empangan timah tasoh 2 ke, mcm langat2 kat selangor tu.....
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE