1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,"Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya."
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah," Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."
3. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah," Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."
4. Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah," Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."
5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah," Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. "
6. Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah," Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah."
Klu kita solat tp tk jaga perkara-perkara kecil dlm solat contoh berhadas kecil. Semasa berhadas kita tidak cuci pada kemaluan dari air kecing.
ramai org tk jaga benda-benda macam ni. tp dah anggap semua perkara sempurna.
tu yang menyedihkan.. tak payah tgk jauh laa.. kat CG ni ajer... malas nk cakap... pikir sendiri..bak kata ustaz dlm video tu.. tgk diri kita cmana?.. kalo rasa lebih hebat dr org lain.. lebih soleh..lebih islam... segera laa bertaubat...wallahua'alam...
p/s saling menasihati dan mendoakan lebih baik..agar kita umat Islam bersatu dan saling mengasihi antara satu sama yg lain.. tidak perlu parti itu ini...
tu la pasal bro
dalam dok berasa dekat
tapi hakikatnya semakin jauh
nk tlg sedih utk org lain pon
diri sendiri tak terjaga lagi
lebih islam dr org lain.
lebih bijak dr org lain.
lebih hebat dr org lain.
lebih mulia dr org lain.
tak boleh terima nasihat, tak pandai memberi nasihat.
tak boleh ditegur, tak pandai nak menegur.
nak kongsi ilmu, tapi tak buka minda.
pendapat bercanggah, mesti nak berbalah.
ramai lupa dalam perkongsian ilmu di CG pun ada imbangan dosa pahala.
lebih islam dr org lain.
lebih bijak dr org lain.
lebih hebat dr org lain.
lebih mulia dr org lain.
tak boleh terima nasihat, tak pandai memberi nasihat.
tak boleh ditegur, tak pandai nak menegur.
nak kongsi ilmu, tapi tak buka minda.
pendapat bercanggah, mesti nak berbalah.
ramai lupa dalam perkongsian ilmu di CG pun ada imbangan dosa pahala.
yup btol tu..
terasa sungguh di hati ini,kurang sungguh ilmu di dada ini dan sentiasa mencari ilmu dan bersedia utk ditegur jika ada salah silap dlm berforum.....
terima kasih buat taufic yg sedar kn aku baca post ni di pg ramadhan yg mulia. blom terlmbt utk aku bertaubat dri dosa riak dan takbur semoga Allah menerima hamba mu yg lemah lg hina
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE