murid tahun 1 dan 2 skarang ni da bertukar ke KSSR..
takde ujian/peperiksaan buat mereka...
tetapi bergantung kepada pihak sekolah sekiranya ingin menjalankan ujian @ peperiksaan, tujuannya adalah utk menilai tahap pencapaian pelajar di peringkat sekolah shj...
Alhamdulillah, nampaknya kita amat berminat ('bingong'?) dengan band-band nih. Kesian ibu-bapa bagi anak-anak tahun 1/2. Bila jumpa member/sedara dan tanya "anak engkau nombor brapa?" balik-balik dapat jawapan "entah ek!, aku pun tak paham sekolah sekarang ni, pening!".
Sebenarnya, Band-band @ KSSR ni adalah untuk mencapai matlamat utama yang berikut;
(1) Menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memiliki rakyat yang berfikiran kritis (disini maksudnya bukan yang hanya tahu mengkritik) dalam istilah mat salehnya 'critical mind' yang mampu mengolah/menganalisa/memahami dan seterusnya memajukan/mencipta/mengubahsuai/membina/memperbaharui sesuatu kaedah/masaalah didalam/untuk kehidupan seharian dan akan datang.
(2) Menjadikan rakyat Malaysia lebih berdaya saing dari segi mental dan 'endurance'.
(3) Mengenalpasti bakat/keupayaan sebenar/kebolehan luar biasa/'ginius'/kepintaran luar biasa/kebolehan mencipta pada peringkat awal lagi.
(4) Mengelakkan dari keterusan masaalah berlakunya bakat terpendam/kebolehan tersia-sia @ 'waste talent/genius' contohnya Adi Putra.
(5) Mengurangkan/mengelakkan masalah tenaga mahir yang 'tahu buat tapi tak tahu nak jelaskan macammana secara bertulis. Contohnya budak-budak melayu yang 'teror gile' modify motor tapi tak tahu nak jelaskan apa/kenapa/macammana lebih-lebih lagi dalam bentuk bertulis
(6) Menjadikan/menggalakkan rakyat Malaysia merekodkan aktiviti-aktiviti pekerjaan/pembuatan/penemuan secara bertulis untuk rujukan macam negara-negara maju yang lain i.e. Amerika/Jerman/Jepun/Perancis/Cina dsb. yang memiliki rekod-rekod/rujukan-rujukan bertulis yang berkapal-kapal jumlahnya.
(7) Menyerapkan kaedah vokasional (fail-fail peribadi dari Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah bersamaan dengan kaedah 'Portfolio' untuk Tahap 1 hingga Tahap 8 (contohnya) bagi mereka yang mengikuti/mempelajari kelas-kelas kemahiran di Institusi Kemahiran i.e. IKM/Kolej Vokasional/Giat Mara/Dusun Tua dsb.
(8) Menyaring kebolehan/keupayaan pelajar-pelajar/bakal pekerja dengan lebih berkesan (Sebab tak boleh baling dadu untuk jawab soalan objektif A,B,C,D macam sekarang) sebab segala-galanya tersimpan dalam fail-fail peribadi dari Tahun 1 sampai Tahun 6.
(9) Mengeluarkan rakyat Malaysia dari kepompong 'masyarakat pengguna' kepada 'masyarakat pencipta'.
(10) Melahirkan masyarakat Malaysia yang hebat tapi masih tetap bersopan santun dan berbudi bahasa.
Kenapa nak capai matlamat yang sedemikian?
(1) Supaya rakyat Malaysia rajin menulis dan membaca.
(2) Supaya rakyat Malaysia menjadi lebih DIY (Do It Yourself) @ buat sendiri.
(3) Supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang kreatif dan inovatif
(4) Supaya pelajar-pelajar tidak tertekan untuk menghafal 'gile-gile' sebab nak periksa macam Siti Sifir
(5) Mengelakkan ibu-bapa stress anak tak dapat nombor 1 sebab anak cuma dapat Band (bukan 'rubber band'). "heh..heh..heh...amacam, ada bingong?"
(6) Supaya Malaysia jadik macam Jerman, Sweeden, Amerika, Taiwan, Jepun, Perancis dll tapi yang berpegang kuat pada Islamnya dan jati dirinya.
Pengalaman penulis mengajar kemahiran kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang takde harapan (hampas/sisa) menggunakan kaedah KSSR ni dari tahun 2000 hingga 2004 dan menghasilkan pelajar2 ke Tahap 3 (Sistem Komputer/Networking/Sistem Maklumat @ Perkeranian/Kesetiausahaan/Pentadbiran Pejabat) dimana beberapa orang bekas pelajar yang dah Terampil (lulus periksa/ujian) lebih teror daripada lulusan Ijjazah dari segi kemahiran dan kecekapan. (dalam sistem Pendidikan Kemahiran Tahap 4 baru boleh dapat diploma, Tahap 1,2 dan 3 hanya dapat sijil je).
Salah satu contoh dimana bekas pelajar penulis (Tahap 3) pernah dimarah rakan sekerja (Berijazah) kerana mensetup Ms Windows secara serentak ke dalam 8 komputer dan men'repair' komputer sebanyak 20 biji dalam waktu pejabat. Kenapa buat cepat sangat, nanti takde kerja nak buat.
Penulis menerapkan kaedah 'buat dan tahu ape yang korang buat dan kenapa' disamping 'kalau korang punya kaedah/dapat cipta kaedah yang lebih bagus dan lebih baik dari apa yang diajar, gunakan dan kalau boleh rekodkan kaedah tersebut'.
"SEBENARNYA BANGSA MELAYU TU HEBAT, CUMA MEREKA TAK BERAPA MENYADARINYA"
Sekian, terima kasih.
Maaf kalau terkurang dan tersilap sebab kita hanya berforum.
Ada satu sekolah menengah Di Malaysia yang saya tahu dimana pengetuanya memberi arahan kepada guru-gurunya supaya menetapkan hanya band 5 dan band 6 sahaja untuk setiap pelajar. Jika boleh majoriti pelajar mesti berada di band 6. Adakah ini dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?
Sila jelaskan?
kalau KSSR, cikgu kelas anak akak explain camni...
utk penggal 1, murid akan dinilai sehingga band 3 jer....maknanya kalau hujung penggal 1 tu, anak kita dpt band 3 utk subjek tu, kira bagus lah tu....kalau dpt band 1, maknanya ada mslh lah...sbb dia kira camni...
band 1 - murid TAHU
band 2 - murid FAHAM
band 3 - murid BOLEH BUAT
cth: subjek matematik...
murid tahu sebut angka....dh capai band 1
murid tahu 3 + 4 ialah operasi penambahan means murid dh paham....dpt band 2
then, murid tu jwb dgn betul 3 + 4 = 7, maknanya murid tu dh boleh buat so, dpt la band 3
bila akak jumpa plak cikgu matematik, akak tanya cikgu tu...."kalaulah cikgu bg kat anak sy soalan matematik, 10 soalan dan anak sy hanya berjaya jwb 3 soalan sahaja dengan tepat....kat band mana anak sy tu cikgu letak?"
cikgu tu jwb..."band 3 jugak....takde beza dgn murid yg dpt jwb semua 10 soalan dgn tepat...."
bila akak dgr jwpn camtu.....akak nmpk, benda ni tak akan berjaya mencapai objektif dia kalau tidak diperhalusi lagi....sama seperti PEKA SAINS yg dah bertahun2 dibuat di sekolah menengah....
Dengar kata Guru Besar pening kepala dengan kerenah guru-guru yang rajin membuat eviden kerana melibatkan penggunaan kertas yang banyak dan kos kertas yang tinggi.
Rupa-rupanya KSSR dan KSSM membuatkan semua guru stress tanpa mengira pangkat?
he..he..he..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE