BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan ilmiah berkaitan Aqidah Jamaah Tabligh

Firdaus... ko dlm forum ni berani la wat kecoh, cuba face to face tengok, ada berani?! Enough is enough la firdaus. (maaf sebab agak kasar & tegas sikit)

BTW, Marilah kita sama2 doakan hidayah dan petunjuk kpd budak firdaus83 & papabaik ni. Tak lupa doakan kebaikan & petunjuk kpd kita semua juga.

P/S: lepasni confirm dia akan reply ngan copy paste kitab dia yg berjela tuh. Dah boleh agak.......
 
Allah maha kuasa tapi mahluk gila kuasa :)) so mari kita tolak bn
ABU!
 
kalau dah silap tu dah la...adess...ko pegi beguru banyak2....jangan main tgk buku je...cari GURU
 
Memory pakcik berkenaan tabligh: lepas asar, ronda dari bilik ke bilik asrama, minta masa pelajar 5 minit untuk berbicara soal iman dan mengajak datang surau.. Pastu diorg baca doa.. Senyum x lekang di bibir, belajar pun pandai..

Yang selalu tutup pintu atau buat2 xde kat bilik masa kawan2 tabligh ziarah, rosak je pakcik tgk kebnyakannya, mlm2 layan blue, cemolot dgn awek la.. Solat? Seminggu sekali, jadi persoalannya, siapa sesat sebenarnya?

Itu sebablah aku cakap, jangan CAKAP AGAMA dalam keadaan JAHIL (B*doh) AGAMA macam orang-orang JAMAAH TABLIGH !!!

.....

Dalam dunia ni, ada dua jenis orang ;

1. KUAT IBADAT tapi SESAT AQIDAH TAUHID !!!

2. AHLI MAKSIAT tapi AQIDAHNYA TAUHIDNYA BENAR menurut AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA^IRAH WAL MATURIDIYYAH !!!

.....​

Yang Pertama tu dipanggil KAFIR ZINDIQ. Kekal dalam NERAKA SELAMA-LAMANYA !!!

Yang Kedua itu, kalau TIDAK DIAMPUNKAN DOSANYA, akan dimasukkan dalam NERAKA sekadar DOSANYA. Dan, kemudiannya dimasukkan ke dalam SYURGA KEKAL SELAMA-LAMANYA.

Dan jika DIAMPUNKAN ALLAH serta mendapat SYAFA^ATUL MAULA. Maka, terus masuk SYURGA DAN KEKAL SELAMA-LAMANYA...

.....

Sila BELAJAR KITAB TAUHID !!!

Merbahaya menjadi orang ISLAM yang tidak belajar KITAB TAUHID !!!

.....

Sila BELAJO dengan apa yang dinaqalkan di dalam Matan An-Nasafiyyah, bagi Al-Imam Al-^Allamah Al-Muhaddis Abu Hafsin Najmud Din ^Umar Ibni Ahmad Ibni Luqman An-Nasafiy Al-Hanafiy Al-Imamuz Zahid Min Ahli Samarqand (461-537 H, m/s 10, baris 4 dari atas.

IMG.jpg


IMG_0001.jpg


IMG_0002.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

( والكبيرة , لا تخرج العبد المومن من الايمان )

Dan, bermula DOSA BESAR, tidak mengeluarkan akan seseorang Hamba yang beriman, daripada IMAN.

(Imam Nasafi kata, melakukan dosa besar tidak menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam. Mereka adalah orang beriman, tetapi cuma Fasiq (Ahli Maksiat). – Pent.)

.....

( ولا تدخله في الكفر )

Dan, tidak memasukkan dia (orang yang berdosa besar) ke dalam KEKAFIRAN.

(Buat Dosa Besar tak menyebabkan seseorang jadi Kafir. Mereka tidak SESAT. – Pent.)

.....

( والله تعالى لا يغفر أن يشرك به )

Dan, Allah Ta^ala TIDAK MENGAMPUNKAN bahawa DISEKUTUKAN dengan Dia.​

(Maknanya, orang yang MENSYIRIKKAN ALLAH adalah orang yang SESAT walaupun dia berpenampilan Zahir Islam seperti Berjubah, berserban dan berpurdah sekalipun. Kalau mereka mati dalam keadaan MENSYIRIKKAN ALLAH. Allah TAK AMPUNKAN mereka. Kita pun tak boleh minta ampun kepada Allah bagi orang Kafir Syirik. Contohnya, “Ya Allah, engkau ampunkanlah si Kafir ni yang banyak buat masjid...” Tak boleh... – Pent.)

.....

( ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء من الصغائر والكبائر )

Dan, Dia (Allah) MENGAMPUNKAN barang yang bukan demikian itu, bagi sesiapa yang Dia (Allah) Mahu daripada ‘Dosa-dosa Kecil’ dan ‘Dosa-dosa Besar.’​

(Allah boleh mengampun dosa selain SYIRIK. Kalau ada orang mati bawa dosa bergunung sekalipun, kita boleh minta ampun bagi dirinya. Buat Tahlil, baca Surah Yaasin, letak pelepah daun kurma dan sebagainya. – Pent.)

.....

( ويجوز العقاب على الصغيرة والعفو عن الكبيرة اذا لم يكن عن استحلال )

Dan, Harus (Boleh) membalas seksa di atas ‘dosa kecil’ dan diampun daripada ‘dosa besar’, apabila TIDAK ADA daripada kerja menghalalkan dosa.​

(Adakah Allah wajib membalas seksa ke atas ahli dosa? Tidakkkkk.. Tak mesti dan tidak wajib bagi Allah membalas seksa bagi ahli dosa. Boleh juga Allah ampunkan walaupun dosa besar sekalipun. – Pent.)

.....

( والاستحلال كفر )

Dan, menghalalkan dosa, KAFIR.

(Menghalalkan membuat dosa akan menyebabkan jatuh Kafir, walaupun ia dosa kecil sekalipun. – Pent.)

.....

( والشفاعة ثابتة للرسل والأيار في حقّ أهل الكبائر بالمستفيض من الأخبار )

Dan, bermula Syafa^at (Pertolongan) itu ada bagi ‘Para Rasul Allah’ dan ‘orang yang baik-baik’, pada diri Ahli Dosa Besar dengan melimpah-limpah daripada keterangan Hadis-hadis.​

(Kalaulah orang yang buat dosa besar tu Kafir, dah tak de cerita dapat Syafa^at (Pertolongan) dari para Rasul. Hanya orang yang Mensyirikkan Allah atau orang Kafir je yang tidak dapat Syafa^at (Pertolongan). – Pent.)

.....

( واهل الكبائر من المؤمينين )

Dan, ahli ‘Pendosa-dosa Besar’ tetap daripada orang-orang yang beriman.​

(Ahli Pendosa Besar tak SESAT. – Pent.)

.....

( لا يخلّدون في النّار , وان ماتوا من غير توبة )

Tidak DIKEKALKAN mereka dalam Neraka, dan jika mati mereka itu daripada ketiadaan bertaubat.​

(Nampak, mati tak taubat pun tak kekal dalam Neraka. – Pent.)

......................................

Al-Hasil,

Orang FASIQ (DERHAKA) itu TIDAK SESAT, ia tetap MUKMIN dan masuk ke dalam SYURGA kekal selama-lamanya.

Orang SESAT (AQIDAH ROSAK KERANA MENYALAHI AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA^IRAH WAL MATURIDIYYAH), ia adalah KAFIR dan masuk ke dalam NERAKA kekal selama-lamanya.

Sekalipun ia AHLI IBADAT dan AHLI TAAT.

.....

p/s - Buat malu je BUTA TAUHID... Umur dah tua... Kubur kata mari... rumah kata pergi.... Belajar MALAS.... Konon-konon SIBUK BERDAKWAH.....

Konon-kononnya lah nak mendakwah Umat Islam supaya TAK SESAT.... padahal dialah yang MENYESATKAN UMMAT ISLAM...

.....

Sila email kepada saya untuk mendapatkan Risalah KESESATAN AQIDAH JAMAAH TABLIGH -

[email protected]
 
Last edited:
yg nko tak abis2 nak tentang n bangkang jemaah tabligh nih kenapa bro?? ustaz n ulama pun tak menghentam. biarkan la dengan usha diorang selagi diorang solat menghadap kiblat n berpegang pada iktikad syahadah ko tak layak nak kecam diorang sesat ke atau kapir. yang nko tue bagus sangat ker? amalan dan baguss? dan blh ketuk pintu syurga?. confirm ko nak mati sempat mengucap ke?. n ko bleh bagi jaminan yang ALLAH langsung tak berkenaan dan tak terima sebesar zarah pun amalan dan segala usha jemaah tabligh dan para-para karkun semua???. banyak lg yang kat luar sana tue sesat n ada yang langusng tak solat, toggok arak, g main pompuan, n rata-rata melayu islam yang jadi juara dalam kebenjatan sosial dan menjadikan ummat lebih parah.. so baik ko g sibuk2 kat sana dari ko melalak kat sini kata tabligh sesat sekurang2nyeR ada la juge usha2 yang diorang buat untuk merawat masalah ummat dr orang tak solat bleh bawak g solat, dr yang tak jge solat jemaah dah bleh jge solat jemaah.Dari tak agungkan baginda rasulullah dah stat teringat dan bicara pasal amalan dan perbuatan rasulullah..


Saudara ANA ZUHUD !!!

1. Apakah TA^RIF AHLI QIBLAT ???

2. Sejauh manakah orang itu dianggap sebagai AHLI QIBLAT ???

…..

Soalan mudah, tetapi wajib dijawab berdasarkan KETERANGAN KITAB-KITAB MUKTABAR !!!

Sila SCAN KITAB... Terima kasih..
 
Jemaah tabligh jemaah terbesar yang sedang bergerak di seluruh pelosok dunia. untuk membawa perkara yang besar yakni dakwah...

tiada kerajaan didunia ni yang mengharamkann pergerakan Tabligh ini dan Allah sendiri telah banyak menurunkan nusrah untuk para jemaah...

tapi kat sini ade orang dok kate tabligh sesat2 tak abih2

aku rase kalau takde jemaah Tabligh yang sedang bergerak kat malaysia ni bala dah lame turun kat malaysia ni...

Jemaah yang mengajak kearah kebaikan ni lah yang menyeimbangkan kembali kemurkaan Allah...
 
Jemaah tabligh jelas sesat.
Boleh rujuk dalam youtube channel Abu Aqif Studio.
Perkongsian ilmiah yang menarik.
:)
 
Jemaah tabligh jemaah terbesar yang sedang bergerak di seluruh pelosok dunia. untuk membawa perkara yang besar yakni dakwah...

tiada kerajaan didunia ni yang mengharamkann pergerakan Tabligh ini dan Allah sendiri telah banyak menurunkan nusrah untuk para jemaah...

tapi kat sini ade orang dok kate tabligh sesat2 tak abih2

aku rase kalau takde jemaah Tabligh yang sedang bergerak kat malaysia ni bala dah lame turun kat malaysia ni...

Jemaah yang mengajak kearah kebaikan ni lah yang menyeimbangkan kembali kemurkaan Allah...

sebahagian jemaah tabligh adalah golongan penyampai dakwah
sebelum menghukum
tanya diri kita dulu
bagaimanakah kemampuan kita menyampaikan dakwah kepada orang lain
jemaah ini telah tercetus selama ratusan tahun
bahkan salah satu cara Malaysia menerima Islam pun melalui kaedah ini
tiada fatwa yang menyatkan jemaah ini haram
 
Jemaah tabligh jelas sesat.
Boleh rujuk dalam youtube channel Abu Aqif Studio.
Perkongsian ilmiah yang menarik.
:)

channel ni byk yang xboleh pakai dah byk spin keduniaan..
yang baik boleh diambil tapi masih byk yang boleh dipertikaikan..:-?:-?
 
Last edited:
aku ada juga part yg x bersetuju dgn jemaah tabligh..
tapi kalo mengkafirkan atau menuduh sesat terpesong akidah tu benda yg berat la.
tak boleh la suka suki menyesatkan dan menuduh kafir.

beriman atau tak hanya Allah yg tahu.
semua tu hak mutlak Allah Yg Maha Mengetahui.
kita xtau manusia ni, mungkin dia jahil, mungkin dia ikut2 je. atau mungkin Allah ampun dia atas sebab kita pun xtau.
setinggi mana pun ilmu yg ada kita tiada hak menuduh2 dan pandai2 tentukan masuk syurga atau neraka.
bila ilmu tidsk dihiasi dgn perasaan rendah diridan takutkan Allah, manusia boleh jd sombong dan takbur. Iblis tu byk ilmunya tp dilaknat kerana kesombongannya.
 
Back
Top
Log in Register