BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohon Derma Pembinaan Surau/Masjid 564856113715 (Maybank)

hafizan78

Legendary Member
gem
Messages
12,818
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2009
Messages
12,818
Reaction score
155
Points
123
Assalamu alaikum Warga CG

Sesungguhnya pahala membina masjid itu kekal dan ganjarannya mengiringi orang yang membinanya sehingga selepas kematiannya.. hal ini bermaksud pahalanya sentiasa mengalir sehingga berlakunya Qiamat..

Ianya berdasarkan hadith mafhumnya " Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata .. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al Quran yang diwarisinya atau masjid yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya."
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah)

Daripada Anas Bin Malik seperti hadith dari Abu Hurairah kecuali riwayatnya berbunyi ," tujuh perkara akan berterusan pahala kepada hamba Allah walhal dia sudah berada di alam kubur ialah seorang yang telah mengajar ilmunya atau membina tali air atau menggali telaga atau menanam pokok (kurma) atau membina masjid atau mewakafkan Al-Quran atau meninggalkan anak yang soleh yang beristighfar untuknya selepas mati.(Hadith Anas Riwayat Bazzar)

Saudara/saudari sekelian,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah surau bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat tumpuan umat Islam di Bandar Damai Perdana, Cheras. Surau yang diberi nama Surau Al-Falah ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Damai Perdana. Pembinaan surau ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM300 Ribu.

Oleh kerana tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah mengambil initiatif untuk mengumpul dana ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diperolehi. Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.

Justeru itu, AJK memohon penduduk Bandar Damai Perdana Cheras dan umat islam umumnya bersama-sama menghulur bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini.

Sumbangan bolehlah dibuat di atas nama Surau Al-Falah Bandar Damai Perdana atau bank-in terus ke akaun Maybank Islamic no. akaun:564856113715. Semoga niat dan usaha kita diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.
Bagi Pihak,
AJK Surau Al Falah Bandar Damai Perdana, Cheras

Sumber
http://www.facebook.com/pages/Surau-Al-Falah-Bandar-Damai-Perdana/172199256160194
 
Last edited:
sambil2 surf tu, pe kata kita g kat M2U & online kan sket dana ke acc kat atas tu..:D
sambil buat duit, sambil tambah saham akhirat..:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register