BTC USD 62,278.4 Gold USD 4,328.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Jual kereta sambil membantu anak yatim

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
3 Hari lepas aku terjumpa kat mudah dot my 1 iklan..lepas aku buka rupanya depa nie sebuah NGO yang menguruskan anak anak yatim

Di Kajang ajer..belakang area RESTORAN PERANTAU...untuk sumber kewangan depa buat bebagai business...tak mengharap sumbangan saja.

Antara biz yg depa buat ialah jual beli kereta, repair kereta, cat kereta dan jual sport rim

Aku jumpa pengerusi rumah tu DR MASJUKI...katanya kereta2 tu semua dijual bawah MP dan untuk dana kegunaan rumah anak yatim tu. Kereta2 sumbangan orang2 kaya yang ada kereta berlebihan.

So kalau kau orang nak beli kereta, cat kereta dan nak beli sport rim leh pi SANA at least sikit sebanyak membantu....depa dalam plan nak beli tanah dan bina bangunan tambahan
 
Kereta hadiah/WAKAF kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) untuk di jual murah dan segera untuk tampung dana pengurusan harian dan pembangunan, khasnya untuk pembinaan rumah yang belum siap serta pembelian tanah bersebelahan. Plate hanya hiasan. Kereta Milik seorang Dato' sebelum ini.

Kereta paling mantap, padat, stabil dan sangat selamat dan selesa untuk di pandu. Terlalu sukar untuk digambarkan kehebatan dan prestejnya yang sangat tersendiri. tayar tebal, sport rims Merce 18 inc ori berharga RM8k ikut sekali.

Totally Accident free, dalaman bersih & wangi. Electric leather seats depan belakang, double blower, electric front control rear head rest, back rest, and sun guard screen di belakang. Sun roof dan door vacuum berfungsi baik.

Cat Metallic Hitam yang cantik & kilat. Sangat kurang jalan, sentiasa parking dalam garaj. Injin sangat cemerlang (dijamin). A/cond sejuk. Powerful dan jimat minyak.

Beli terus pakai dengan selesa, bergaya. Sambil membantu dana tabungan RPWP.

Kereta ada di Kajang. Cari 'prihatin' di Mudah, klik samada 'prihatin Garage' atau 'Warga Prihatin' dan anda akan lihat alamat penuh dan website kami. Jika ingin lihat peta dan panduan menuju ke tpt kami, sila klik menu ‘alamat’ di web kami yang ada di situ.

NAK JUAL RM29,500 saja. NEGO SAMPAI JADI...

CALL DR MASJUKI : 019 6230363

Murah, mudah dan berkah. Dapat kereta dapat pahala. Anda beri sedekah, kami beri hadiah.
 
sapa nk derma kereta pon dialu alukan yer :)
 
Menerima, membeli, membaiki dan menjual atau mengguna semua jenis kenderaan, alat ganti, perabut, peralatan, bahan binaan, barangan elektrik dan apa saja termasuk besi buruk, kertas, kayu, lampu, kipas, tv, perabut terpakai atau ingin dilupus. Samada membeli dengan harga patut atau menerima atas dasar wakaf, sedekah atau hadiah. Barangan yang boleh digunakan untuk kegunaan anak-anak dan pengurusan RUMAH PENGASIH ini akan dibaiki untuk kegunaan sendiri. Bakinya akan dibaiki & di jual untuk tabungan atau disedekahkan kepada pihak asnaf lain yang memerlukan, seperti fakir miskin, mangsa kebakaran dan sebagainya. Sila talipun/sms kami atau buka website untuk keterangan lanjut, atau untuk melihat peta dan panduan ke tempat kami (ada di menu 'alamat' di web kami). Kami uruskan pengangkutan ke tempat anda secara percuma untuk mengosongkan segala yang tidak diperlukan di rumah atau laman anda, atau apa barangan yang tidak mahu anda bawa ketika berpindah. Mudah dan berkah. KHIDMAT URUSAN JPJ/PUSPAKOM SEPERTI BAHARUI CUKAI/INSURAN, PINDAH MILIK SERTA KERJA MENGECAT & MEMBAIKI, JUALBELI DAN SEWA KEDERAAN JUGA DISEDIAKAN.
 
yang mana dekat2 tu boleh support...:D:)cgrock
 
meremang bulu roma, tengok web tu, nampak kesungguhan orang ramai tak kira agama, bangsa dan negara datang untung membantu...
 
diorang takde web banner ke? kalau ada boleh letak kat ruangan tepi kat website den. :)
 
masyaallah..bagusnya diorang ni!moga aku pun dapat jadi seperti mereka....amin...
 
Back
Top
Log in Register