BTC USD 84,110.3 Gold USD 4,290.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia VS Pakistan [Football Men Olympic Qualifying]

baru semangat nk tgk malaysia lawan..penyiaran sana plak wat hal...~X(~X(
 
Pihak TV Pakistan gagal menghantar Signal ke pihak Astro disebabkan
Jenis Signal yang berlainan dengan Satelit Malaysia

berita RTM1....pembatalan siaran langsung..harap maaf
 
Dukacita dimaklumkan siaran langsung perlawanan Pra Kelayakan Olimpik (pusingan kedua) di antara Skuad Olimpik Pakistan menentang Skuad Olimpik Malaysia pada 9 Mac 2011 ( Rabu) di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada jam 10:30 malam ini terpaksa dibatalkan atas sebab masalah teknikal yang dihadapi oleh penyiar televisyen tempatan Pakistan yang sepatutnya membekalkan kami siaran perlawanan tersebut.

Pihak Astro Arena (Saluran 801) ingin memohon maaf di atas pembatalan dan masalah yang tidak dapat di elakkan ini di saat-saat akhir memandangkan informasi mengenai masalah ini hanya di maklumkan pada kami beberapa minit yang lalu.

Untuk mak...luman anda, Pakistan TV mempunyai masalah menghantar insyarat siaran langsung kerana tidak mempunyai segmen satelit bagi membolehkan insyarat transmisi ke Malaysia.

Pihak kami cuba menghubungi beberapa pihak untuk bantuan dari segi teknikal ini termasuk menghubungi pihak Telekom dan juga Eurovision.

Namun masalah teknikal ini masih tidak dapat diatasi atas sebab format isyarat transmisi Pakistan TV tidak disokong oleh mana-mana satelit yang masih mempunyai kekosongan slot.

Sekali lagi pihak Astro Arena ingin memohon maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan.
 
Back
Top
Log in Register