demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
KUALA LUMPUR: Perkahwinan Pengarah Urusan Sani United, Datuk Sani Salleh dengan wanita pilihan, Fatimah Dalilah Omar bukan saja disambut pada tarikh istimewa malah akan turut dimeriahkan dengan konvoi kereta mewah.
Konvoi disertai kira-kira 40 peserta dengan lebih 30 kereta mewah termasuk Ferrari, Lamborghini dan Porsche, itu akan mengiringi kenderaan pasangan itu dari Heritage di Pulau Duyung ke Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, untuk majlis akad nikah, esok. Penganjur konvoi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd, Datuk Jamal Md Yunos berkata, konvoi itu simbolik semangat bersatu padu ahli Ferrari Owners Club dan kereta mewah lain selain memeriahkan majlis perkahwinan Sani.
“Memandangkan Sani adalah ahli kelab ini, kami berbesar hati mengadakan konvoi ini bagi meraikannya yang bakal menamatkan zaman bujang, esok. “Sebelum ini, kami sudah beberapa kali mengadakan konvoi meraikan majlis perkahwinan di kalangan ahli dan ia sesuatu aktiviti yang menyeronokkan,” katanya. Jamal berkata, setiap bulan kelab itu akan mengadakan aktiviti konvoi menjelajah seluruh negara dan semua ahli kelab berkenaan akan bersama berkonvoi pula ke Pulau Pinang, 8 Oktober ini. Sementara itu, Sani terharu dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa Ferrari Owners Club menyatakan hajat untuk mengiringi beliau dan bakal isterinya ke Masjid Kristal untuk majlis akad nikah. Menurutnya, Jamal memberitahunya rancangan beberapa bulan sebelum ini tetapi dia tidak sangka pasangannya akan diiringi lebih daripada 10 pemilik kereta mewah.