BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah Saham Nasional (ASN) - aplikasinya

PERBANDINGAN DIV ASN & ASB
(sudah tentu ASB terbaik tapi ASN apa kurangnya)
ASB
tahun div bonus
1991 8.50 4.00
1992 7.50 5.00
1993 9.00 4.50
1994 9.50 4.50
1995 10.00 3.00
1996 10.25 3.00
1997 10.25 1.25
1998 8.00 2.50
1999 10.50 1.50
2000 9.75 2.00
2001 7.00 3.00
2002 7.00 2.00
2003 7.25 2.00
2004 7.25 2.00
2005 7.25 1.75
2006 7.30 1.25
2007 8.00 1.00
2008 7.00 1.75
2009 7.30 1.25

ASN
1991 - 6.25
1992 - 8.25
1993 - 12.5
1994 - 14.0
1995 - 13.0
1996 - 13.75
1997 - 10.5
1998 - 6.5
1999 - 8.25
2000 - 8.0
2001 - 5.0
2002 - 5.0
2003 - 5.3
2004 - 5.6
2005 - 5.5
2006 - 5.5
2007 - 6.25
2008 - 5.5
2009 - 5.2
 
Last edited:
Untuk pengetahuan, sebelum ini Maybank Finance ada menawarkn loan untuk membeli saham ASN. W/bagaimanapun skim tersebut dtamatkan sekitar tahun 2005-2006. di sbbkn pd masa ini tiada bank komersial yg menawarkn skim pinjaman asn, so apa yg sy buat ialah mmbeli unit asn secara runcit (kecil-kecilan) secara berperingkat. Kaedah pemurataan. tapi sy beli cuma ketika nilai unit tersebut rendah.

Pada hujung 2007 hingga awal tahun 2009, keadaan ekonomi merosot & nilai indx dunia termasuk IC jatuh dbwh 1000 mata. Time tu byk nilai saham2 jatuh begitu juga nilai unit asn ini. unit asn merudum kali kedua selepas kali pertama dlm krisis ekonomi 1997/98. asn jatuh hingga ke paras mghampiri ke 50sen seunit. Untuk rekod, nilai asn pernah berada stabil diparas harga sekitar RM1.30 seunit sblm krisis kewangan.

secara prinsipnya, kita perlu ambil kesempatan dgn membeli saham2 baru tanpa menjual saham sediaada dlm keadaan pasaran saham yang jatuh. maksud sy pembelian saham2 amanah yg bharga rendah, bukan saham2 d kaunter bursa tu. Kita tahu jualbeli asb bersifat tetap dgn nilai jualbeli RM1.00 tanpa mengikut nilai pasaran semasa.

sy beli unit asn secara runcit berperingkat setiap bulan sehinggalah sy berhenti membelinya pd pertengahan thun lps sbb harga seunit asn dh mula meningkat melebihi 70sen. syukur sy dpt membeli kira2 80k unit asn sepanjang tempoh ekonomi tak baik (2007-2009)dgn purata harga 65sen/unit (melibatkan kos keseluruhan lebihkurang RM52k) menggunakan duit simpanan asb & gaji bulanan.

Pada hari ini nilai asn dh meningkat kpd 85sen/unit. Jika jualan balik dilakukan keatas semua 80k unit d atas, maka keuntungan adalah lebihkrg RM16k (85-65sen x 80,000unit). keuntungan 16k dlm tempoh kurang 2 tahun, belum termasuk 2 kali div average 5.5% setahun. Untungkan. Prinsipnya beli waktu murah jual waktu mahal. jika nilai saham asn jatuh, tak perlu jual sbb PNB jamin tetap byr div at least 5.2% setahun (rekod terendah).

gabungan diantara unit ASN & ASB.... menarik.... :))
 
bro, kat mana nak cari pergerakan harga daily ASN, dah letih godek google, tapi tak jumpa gak... harap saper2 yang tau kat mana leh share yer

boleh log in dlm www.asnb.com.my

dapatkn harga pasaran semasa semua amanah saham pnb disitu termasuk nilai harga harian asn :)
 
ASN - keuntungan modal, beli ketika klci merudum, simpanan slmat dlm buku/sijil, jualbeli cpt
EMAS - keuntungan modal, beli ketika carta emas rendah, rsiko mnyimpn & kos simpnan d safebx,
ASB - keuntungan dividen, beli bila2 masa sahaja
 
HARGA SAHAM ASNB HARI INI 27 SEPTEMBER 2010

PRODUK NAB
ASN - 0.8475
ASN2 - 1.1125
ASN3 - 1.1121
ASG-Pendidikan 1.0247
ASG-Kesihatan 1.0681
ASG-Persaraan 1.0662
ASB - 1.0000
ASW2020- 1.0000
ASM - 1.0000
ASD - 1.0000
AS1M - Suspended
 
MAKLUMAT TABUNG ASN untuk informasi tuan2 :

Nama Tabung: SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis: Pertumbuhan
Kategori: Ekuiti
Tarikh Pelancaran: 20 April 1981
Objektif: Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

Pelabur Sasaran: Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang
Kelayakan Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA ASN

Harga: Seunit Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan: Buku Pelaburan / Sijil
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Saiz Tabung 2.5 bilion unit.
Caj Jualan 5% dari NAB seunit.
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta merta
Tempoh Bertenang Tiada
 
MAKLUMAT TABUNG ASN untuk informasi tuan2 :

Nama Tabung: SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis: Pertumbuhan
Kategori: Ekuiti
Tarikh Pelancaran: 20 April 1981
Objektif: Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

Pelabur Sasaran: Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang
Kelayakan Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA ASN

Harga: Seunit Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan: Buku Pelaburan / Sijil
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Saiz Tabung 2.5 bilion unit.
Caj Jualan 5% dari NAB seunit.
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta merta
Tempoh Bertenang Tiada

Dulu bro ckp masa beli yang kena caj
 
Back
Top
Log in Register