BTC USD 63,153.9 Gold USD 4,326.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ceupacs medical card - sape leh terangkan??

cuepacs nie ada buat link dengan semua syarikat insurans ker..aku dah konpius ler...hmm..RM40.++ cover tuk satu family.Tapi nape baru baru nie...ada wakil cuepacs promosi Takaful etiqa lak...RM 30 sebulan bagi satu kepala....jadi was was la pulak....aiseh....yang mana satu betul nih

Salam...
better terus stick dgn agetn yg promote tu.. apa2 hal suruh dia pahamkan sampai tuan paham... aku ada baca la sikit plan dia.. so paham la jugak,lagi bagus agent Ceupacs detail kan... lain ler kalau tanya pru berdesup buleh jawab.. :D
 
Dipetik dari web cuepacscare
Adakah kadar sumbangan terjamin?

Kadar sumbangan tidak terjamin. Ia bergantung kepada tuntutan yang telah dibuat dalam masa 12 bulan yang lalu dengan CIMB Aviva Takaful Berhad, yang mungkin mengubah kadar yang ditentukan berdasarkan untung rugi dalam pelan ini. Keadaan-keadaan ini tidak menyeluruh dan kadar sumbangan mungkin dikaji semula jika terdapat situasi yang memerlukannya. Dalam apa pun keadaan, anda akan diberitahu dahulu mengenai perubahan-perubahan 30 hari sebelum tarikh pembaharuan anda.
 
nak tanya la,sy amik medical card cuepacare ni dan tambahan PA utk 2 ank sy.monthly rm50.85 ptg melalui angkasa tp dpt 1 sijil je dia tulis sy carum rm40.85!tak phm la
satu lg,plan kga yg rm40.85 tu dia cover accident sekali tak atau sy pun kena amik Pa utk diri sendiri?aiyo peninggggggggg,sp boleh tlg trgkan?mekaccehh
 
kalu nak dpt keterangan lanjut yg jelas buka laman web cuepacscare.com
 
tadi ex client aku call nak amik balik plan TH prubsn...
katanya tak konfiden dengan kad cuepac...
 
tadi ex client aku call nak amik balik plan TH prubsn...
katanya tak konfiden dengan kad cuepac...

kalau aku reject trus klien mcm ni..
skali dia reject aku..10 kali aku reject dia..
 
cuepacs nie ada buat link dengan semua syarikat insurans ker..aku dah konpius ler...hmm..RM40.++ cover tuk satu family.Tapi nape baru baru nie...ada wakil cuepacs promosi Takaful etiqa lak...RM 30 sebulan bagi satu kepala....jadi was was la pulak....aiseh....yang mana satu betul nih

yg rm40 tuh cover utk insuran kesihatan jer tp xcover penyakit kritikal... yg etiqa tuh utk cover penyakit kritikal jer tp xde pakej utk kesihatan sbb tu diaorg akan offer skrg amik plan rm40 + rm30 tu supaya cover dua2 tu... tp yg rm30 tuh adalah termasuk simpanan yer so korang boleh keluarkan balik duit korang mengikut T&C diaorg...



p/s: aku bknler ajer cuepacscare tp aku pengguna cuepacscare dan diaorg br dtg opis aku aritu promote...
 
Emm...lama dah x sembang2 kat CG ni..., hidup gak thread yg saya bukak ni..., so far pasal MC kat mesia ni, setau saya mcm yg diciterkan member agen takaful saya, adalah prubsn, yg lain2 tu ok juga, tp nak ambik yg menyeluruh dan berbaloi2 blh cuba prubsn. So, selamat berpuasa semua. Tq...,
 
Back
Top
Log in Register