NEMO
CG Super Hardcore Club



- Messages
- 109,177
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,177
- Reaction score
- 1,046
- Points
- 1,101
WATAK Mahsuri menguji kemampuan Vanidah Imran menyanyi, menari dan berlakon dalam teater arahan Fauziah Nawi.
SEBAGAI pelakon, Vanidah Imran sentiasa bersedia melakonkan pelbagai watak sama ada menerusi teater, drama atau pun filem.
Menurut ibu kepada dua anak ini, setiap watak akan cuba dilakonkannya asalkan ia tidak melampaui batas agama dan budaya Timur.
Antaranya kata Vanidah ialah, adegan peluk yang akan dipersembahkannya menerusi teater berjudul Mahsuri pada 24 April ini.
Teater arahan Fauziah Nawi di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang akan berakhir pada 30 April itu misalnya, turut membabitkan adegan tersebut.
Jelas Vanidah, dia tidak risau dengan adegan-adegan itu kerana ia tidak keterlaluan dengan statusnya yang sudah bergelar isteri.
Saya tidak risau kerana itu adalah lumrah dalam bidang lakonan. Sebelum ini, dalam teater Tun Perak pun saya pernah lalui pengalaman itu.
Tetapi dalam budaya Melayu kita ada batasan tertentu yang harus dipatuhi. Suami saya (Rashidi Ishak), seorang yang amat memahami diri saya.
Apatah lagi dia juga seorang pelakon. Dia faham, katanya kepada Hits ketika ditemui selepas sidang media Mahsuri di Istana Budaya, baru-baru ini.
Dalam Mahsuri, beliau akan melakonkan watak Mahsuri bergandingan dengan pelakon baru, Arja Lee yang melakonkan watak sebagai suaminya.
Watak Wan Darus lakonan Arja misalnya, menampilkan beberapa adegan peluk dengan Mahsuri bagi menghidupkan lagi watak mereka.
Menyingkap pengalaman melakonkan adegan seperti itu yang boleh mencetuskan kontroversi, ia bukanlah pengalaman baru buat Vanidah.
Sebaliknya, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia pada 2007 ini pernah melakonkan adegan yang lebih mencabar daripada itu.
Dalam teater Lantai T. Pinkie yang saya lakonkan pada tahun 2000, pelakon Che Kem pernah menepuk bontot saya dalam satu adegan.
Bagi saya, adegan itu diadakan bagi menguatkan lagi jalan cerita teater itu. Saya yakin, suami saya faham akan adegan seperti itu, ujarnya.