Property Loan Insurance (MRTA vs MLTA) - pembeli/pemilik rumah sila baca!
Salam warga CG,
disini saya ingin berkongsi sesuatu kepada anda pemilik rumah / pembeli rumah yang mungkin ada di antara kita yang tak tahu, atau taknak ambil tahu tentang tentang perkara ini. Mungkin ada pernah/biasa dengar, tapi tahukah anda maksud sebenar? Ok saya mulakan secara asas apa itu Property Insurance.
Mortgage Life Insurance
Mortgage Life Insurance adalah satu jenis perlindungan dimana ianya akan membayar/melangsaikan hutang peminjam apabila berlaku kematian atau TPD (Total Permanent Disability) sebelum pinjaman dibayar sepenuhnya.
Pada asasnya terdapat 2 jenis mortgage life insurance di pasaran iaitu MRTA/MDTA (Mortgage Reducing/Decreasing Term Assurance) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA)
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortgage Decreasing Term Assurance (MDTA)
MRTA/MDTA adalah jenis perlindungan direka untuk melindung peminjam daripada kematian atau TPD (Total Permanent Disability).
MRTA/MDTA adalah jenis polisi perlindungan yang ringkas dan sudah menjadi kebiasaan dan polisinya diterima pakai apabila peminjam ingin membuat pinjaman perumahan. Cara bayarannya adalah di bayar secara ‘upfront’ sekaligus. Peminjam boleh memilih jumlah dan berapa lama dia ingin membayar perlindungan tersebut dan bergantung kepada jumlah pinjaman, umur dan jantina.
Mortgage Level Term Assurance (MLTA)
MLTA berlainan sedikit dari MRTA/MDTA dan menawarkan peminjam yang inginkan perlindungan nyawa, simpanan & pulangan.
Ianya boleh dibayar secara tahunan, setengah tahun, bulanan dan pemegang polisi boleh memilih untuk mempunyai jenis-jenis perlindungan selain dari kematian dan TPD. Jumlah yang perlu di bayar bergantung kepada jenis perlindungan yang ingin di miliki.
Perbandingan antara MDTA & MLTA
MLTA
1) Polisi boleh dipindah antara bank apabila peminjam ingin membeli rumah baru atau refinance pinjaman kepada bank lain.
2) Anda hanya perlu membeli sekali sahaja, dengan jumlah yang sama, anda tidak perlu untuk memeriksa tahap kesihatan anda.
3) Bayaran akan dikira dan dicampur sebagai simpanan atau simpanan dengan keuntungan. Nilai wang boleh digunakan untuk mengurangkan atau membayar habis pinjaman perumahan anda. Sekaligus boleh mengurangkan tempoh bayaran pinjaman,
MRTA/MDTA
1) Polisi akan kekal kepada satu bank sahaja, jika anda ingin refinance atau membeli rumah baru, polisi baru akan dikenakan mengikut harga rumah tersebut.
2) Selalunya setiap kali anda ingin refinance, anda perlu buktikan bahawa anda adalah sihat untuk polisi MDTA.
3) Tidak mempunyai nilai.
Jika terdapat pertanyaan lanjut tentang hal ini, boleh PM atau hubungi saya di syahrilcimb[at]gmail.com
Kalau ada sebarang komen/perkongsian juga di alu-alukan.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE