BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SUBLET: Menjana Pendapatan RM 4 Angka dengan Hartanah Orang Lain (Ada CASE STUDY)

KONSEP VS TARGET PENYEWA

Perlu diingatkan juga, sewaktu kita mencari unit untuk dijadikan sublet kita perlulah mengetahui target penyewa kita. Dengan mengetahui jenis penyewa kita, barulah kita boleh fokus dalam strategi kita sama ada ingin penyewa jenis keluarga, bujang bekerja ataupun pelajar di kawasan yang sesuai.


Pada sayalah ada beberapa faktor yang kita kena consider sebelum decide nak buat sublet atau tak.

Kena tahu siapa target penyewa kita supaya senang kita nak letak benda yang perlu. Kalau student biasanya cukup ada katil, almari, meja study dan items wajib lain seperti washing machine, peti ais, dapur masak.
Meja makan, TV, Sofa segala tu tak perlu pun.

Lokasi pun penting. Kalau dapat unit yang walking distance to public transport memang best especially LRT. Biasanya single working people memang nak sewa unit yang macam ni.

Kena check juga current rental rate
berapa supaya kita tahu berbaloi ke tidak untuk unit tu disubletkan. Biasanya kalau dapat satu unit minimum untung RM300 pun dah just nice.

Dan penting cari unit yang dekat dengan rumah sendiri supaya senang kita nak manage. Ragam penyewa ni macam-macam sampai tak terlayan pun ada. Dah filter pun kadang-kadang terlepas juga sorang dua.

Saya masih ingat dulu masa manage unit di Shah Alam, student call cakap air tak keluar lepas flush. Malam tu juga saya ke sana, bila tengok rupanya sifon dalam tangki cistern dah rosak.
Memang berguna juga subjek building maintenance masa zaman belajar dulu walaupun itulah subjek yang paling saya tak suka ��

Dan sebenarnya subletter ni bukan hanya nak ambil keuntungan atas angin. Kita uruskan bagi pihak owner, menyediakan kemudahan yang selesa untuk penyewa, segala masalah kita yang akan hadap bukan semata-mata sebab duit.

Pada yang berminat nak tahu tentang sublet dan macam mana anda boleh jana income tambahan, boleh klik link ni --> RAHSIA SUBLET PREMIUM

Memang berbaloi dari benda yang paling basic sampai ke sublet premium ada dikongsikan - Azilah Saidin​


Berikut adalah sedikit sebanyak rumusan apa yang kita boleh lihat kehendak penyewa kita. Hasil kajian ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan pengalaman subletter lain yang mereka kongsikan

Keluarga

a) Rumah kosong (unfurnished) asalkan harga murah
b) Ruang tamu luas untuk tetamu
c) Tidak perlu perabot
d) Kadar sewa lebih rendah

Bujang Bekerja
a) Sewa per bilik untuk lebih privacy
b) Rumah fully furnished
c) Dekat dengan kemudahan awam
d) Katil single lebih sesuai

Pelajar
a) Tidak kesah berkongsi
b) Perabut asas
c) Ada Internet
c) Katil double decker
 
Last edited:
BERAPA KOS UNTUK MEMULAKAN SUBLET? APA KOS KOS YANG TERLIBAT?

Dalam cabang pelaburan hartanah

1. Ada pelabur yang fokus kepada subsales, ada fokus kepada lelong, ada yang cenderung kepada projek undercons dan tidak kurang juga yang menggunakan tanah sebagai medium untuk menggandakan pelaburan.

2. Kesemua di atas memerlukan sekurang-kurangnya 10% -15% modal permulaan dari harga rumah (projek undercon bergantung kepada promosi pemaju)

Salah satu cabang di dalam pelaburan hartanah yang hanya memerlukan modal paling minimum adalah SUBLET.


Ia adalah cara murah untuk bermula dalam hartanah iaitu serendah RM 4,000. Ini sebagai contoh sahaja, untuk tujuan pemahaman mudah.
Bergantung kepada strategi dan teknik pengusaha sublet, boleh jadi kos lebih tinggi dari RM 4,000 atau lebih rendah dari RM 4,000 malah ada yang zero modal. Tapi untuk kes ini kita tengok contoh di bawah.

Katakan anda ada cash di tangan sebanyak RM 4,000.

Kemudian cari rumah untuk dipajak yang sewa bulanannya RM800, bermakna deposit 2 bulan + 1 bulan sewa + utiliti = RM 2,800

Balance masih tinggal RM 1,200. Dengan baki yang ada itu, boleh masukkan perabot yang penting dan perlu dahulu.

Kemudian, rumah tersebut boleh disewakan kembali pada harga RM 1200.
Penyewa akan bayar deposit + utiliti sebanyak RM 4,200.

Kan dah balik modal tu. Cepat kan dah boleh dapat modal yang kita laburkan tadi? Dalam bulan pertama pun dah boleh dapat balik duit kita.

Bolehlah gunakan duit keuntungan tersebut untuk rotate rumah sublet yang kedua pula.... Tanpa ada rumah anda sendiri.

Walaubagaimanapun, perlulah ada investment knowledge
 
Klu kat johor byk ke org buat sewa bilik ni..klu kt KL mgkin xde mslh kot..sape2 nk buat sublet saya ada sebijik rmh kt glg patah..hehe..
 
Sub-let kena ade agreement dgn Tuan Rumah ke? Or just consent him/her?
 
Klu kat johor byk ke org buat sewa bilik ni..klu kt KL mgkin xde mslh kot..sape2 nk buat sublet saya ada sebijik rmh kt glg patah..hehe..

Ada je geng subletter Johor yang buat, kena ikut target penyewanya siapa je yang penting.

Cuba PM alamat kat Gelang Patah tu :)
 
Sub-let kena ade agreement dgn Tuan Rumah ke? Or just consent him/her?

Seeloknya ada agreement. Sebabnya mudah kita nak rujuk balik apa-apa hal ke yang berlaku di kemudian hari.

Contoh kes

Kita dah penat-penat keluar duit, setup unit cantik cantik. Lepas 4 5 bulan tiba tiba owner nak balik unit dia sendiri nak jaga. Haaa macam mana? Kes ini memang terjadi.

Kalau tak ada agreement memang la walau macam mana pun kita kena bagi balik sebab memang hak owner. Kita nak bertekak gaduh pun tak guna sebab tak ada proper documentation perjanjian.
Letih dan usaha kita waktu setup unit bagi cantik dan dapatkan penyewa tu tak boleh dapat balik walaupun boleh dapat balik duit deposit je :((

Kesimpulannya, better ada agreement.

1) Antara kita dengan owner - agreement pajakan
2) Antara kita dengan penyewa - agreement sewaan

Akan datang nanti saya share dua dua agreement yang saya guna. Saya juga bercadang nak share sekali cara kira stamping :D
 
CASE STUDY KETIGA - Tuan Faizal

Entry kali ini saya ingin mengupas tentang strategi “SUBLET”. Sejujurnya strategi SUBLET tidak menarik perhatian saya oleh kerana kekangan dan limitasi yang ada sehinggalah saya bertemu sendiri dengan En. Faizal pemain sublet yang berpusat di PUNCAK ALAM.

En Faizal merupakan antara pemain sublet yang sangat berjaya Beliau berpusat di Puncak Alam Fasa 3 dikelilingi dengan lebih kurang 2600 Unit Apartment.

Apartment ini dijaga kawalan Keselamatan 24jam. Unit – unit Apartment ini terletak berhampiran sekolah dan lot perniagaan. Kawasan persekitaran disini merupakan kawasan yang sedang pesat membangun. Hal ini kerana adanya pertambahan pelajar UiTM Puncak Alam peringkat Ijazah dan Diploma yang berpindah dari UiTM Induk Kampus Shah Alam sehinggalah hujung tahun 2014. Sekaligus menyaksikan pertambahan dalam kapasiti penduduk datang dari kalangan pelajar dan kakitangan beserta keluarga seramai 50,000 orang

Contoh Pengiraan:
Sebuah Unit Apartment berkeluasan 760 sf 3 bilik dan 2 bilik air. Kawalan keselamatan 24jam.
Agen menyewa pada harga RM 450.00 sebulan daripada tuan rumah. Unit asas atau kosong.
Kemudian mengeluarkan belanjawan kira-kira RM 3,000 untuk memenuhkan kemudahan rumah seperti katil, almari, meja, kemudahan memasak dan sebagainya.

Agen akan menyewakan semula unit rumah ini kepada pelajar mengikut kepala contohnya: RM150.00 sebulan + RM50.00 bagi kemudahan tambahan UNIFI dan ASTRO. Bayaran ini tidak termasuk Utiliti Bil.

Sebuah unit Apartment biasanya boleh disewakan kepada sekurang-kurangnya 7 orang pelajar atau lebih.

KOS (A)

(sewa RM 450 x 12 bulan) + (Unifi/ASTRO RM 149.00 + RM 89) x 12 bulan) + RM 3,000 (modal untuk penuhkan rumah) = RM 11,256.00


SEWA (B)

(seorang pelajar RM 200 x 7 dalam satu-satu masa) x 12 bulan = RM 16,800 (pendapatan tahun 1)

(B) - (A) = RM 5544 / 12bulan = RM 462 (pendapatan bersih sebulan untuk tahun 1 bagi seunit rumah)

Bagaimana jika mempunyai kira-kira 50 unit rumah dalam satu-satu masa?

RM 462 x 50 unit = RM 23,100.00 pendapatan sebulan
RM 23,100.00 x 12 bulan = RM 277,200.00 setahun

Pendapatan ini tidak termasuk dengan beberapa peluang yang anda perolehi CONTOH :

1) Menyewakan kadar harian 1 Unit rumah sebanyak RM 250 semasa Konvokesyen
2) Sewaan harian untuk Homestay (SUBLET PREMIUM)
3) Keuntungan beli rumah di bawah harga pasaran kemudian menjual pada harga lebih tinggi (flipping)
4) Keuntungan hasil kereta sewa kepada pelajar dan sebagainya.

Ini bermakna semakin hari anda akan dan perlu mempunyai sebuah pasukan dan syarikat yang baik untuk menguruskan perniagaan anda dengan lancar.

"Perkhidmatan terbaik yang anda berikan seolah-olah memaksa Owner dan bakal penyewa mendapatkan sentuhan anda menyelesaikan masalah mereka" :D
 
Last edited:
dr zaman aku belajar sampai keje ni blom pernah lg aku sewa sublet ni.slalunye sewa dgn owner tu sndri.xpernah plak jumpe sublet ni
 
dr zaman aku belajar sampai keje ni blom pernah lg aku sewa sublet ni.slalunye sewa dgn owner tu sndri.xpernah plak jumpe sublet ni

bak kata p.ramle pun...

jarang jaranggg baru jumpaaa... :D
 
Back
Top
Log in Register