sye x bape stuju ngan sublet nie...
bukan ape...ni menyebabkan kos naek melambung...
dari rate...400 (sewa asal)...bile sublet jd 500...
kebiasaan org yg sewa rumah bawah seribu ni...
berpendapatan sederhana dan rendah...
katakan nilai naik rm100...dari yg asal...jd penyewa baru akan tanggung rm1200 secara tahunan....
sye selalu bersangka baik...alangkah bagusnye jika lebihan rm100 ini dapat mereka gunakan untuk pendidikan anak...mcm bayar kos tuisyen beli buku dan laen2...
tapi kalau dalam keadaan terdesak mcm ni...mmg rumah lebih penting dari pendidikan anak2...
pada sesetengah org...ini bisnes...
tp kalau bisnes pd org yg memang susah...rase sgt tidak adil...
seperti da kene perah time keje...lagi kite nak perah...smpai lunyai org tuu...
ape pun...gudluck bg mereka yg ingin menceburi bidang nie....
Saya suka soalan dan pandangan macam ini. Sedikit sebanyak dapat beri peluang untuk kita sama-sama berbincang secara ilmiah dari sudut pandangan yang lain.
Ini jawapan saya. Saya melihat sublet ini dari segi 'membantu' bukannya ingin 'mengaut duit semata-mata'
Sekiranya dilihat dari perspektif yang berbeza, sublet ini memberi keuntungan kepada ketiga tiga pihak yang terlibat, iaitu pemilik rumah, subletter, dan penyewa. Bagaimana?
Pemilik rumah - Tak perlu buang masa melayan karenah penyewa yang liat membayar sewa, bermasalah dan sebagainya. Memperoleh bayaran sewa yang cukup dan konsisten setiap bulan daripada subletter. Tak perlu mengeluarkan modal untuk meletakkan perabot dan kemudahan asas.
Subletter - Menguruskan hal-hal berkaitan penyewa rumah. Membantu mencantikkan rumah dengan membaikpulih dan meletakkan kemudahan seperti perabot, tilam, mesin basuh dan peti ais sebagai added value kepada bakal penyewa. Memperoleh sedikit keuntungan hasil daripada pengurusan dan pembaikpulihan ini tadi.
Penyewa - Tak perlu mengeluarkan modal yang besar membeli perabot dan kemudahan kemudahan asas yang lain untuk menetap dengan selesa. Cuba bayangkan sekiranya penyewa ini tadi beli perabot untuk menetap dengan selesa. Selepas beberapa tahun, penyewa ini berpindah keluar atas apa jua sebab. Secara tak langsung penyewa terpaksa berbelanja lebih lagi kerana kos kos pindah dan penghantaran penghantaran perabot yang telah dibeli.
Jadi secara logiknya di sini. Semua pihak memperoleh manfaat daripada sublet dan adil untuk semua pihak.
--------
Sewa asal RM 400 ni biasanya unit kosong tanpa perabot dan kemudahan. Jarang jarang yang ada kemudahan dan perabot. Apabila sublet, kebiasaannya saya akan memberi 'tambah nilai' seperti kemudahan memasak, katil, peti sejuk dan sebagainya menjadikannya sangat kondusif untuk didiami dan penyewa tak perlu keluar modal beli perabot lagi.
Biasa sewaan kan ada deposit 2 bulan + 1 bulan. Dah la keluar duit untuk deposit. Takkan nak keluar lagi duit untuk perabot ya tak? Apa kata saya bantu (keluar modal sediakan perabot dan kemudahan) dan penyewa tak perlu pening kepala untuk keluar duit lagi.
Dan SUBLET kebiasaannya ada targeted penyewa. Bukannya main suka suka sahaja nak kaut untung. Subletter selalunya akan sewakan kepada bujang dan bekerja atau student. Bukannya kepada family (kadang kadang ada juga walaupun jarang), sebab sewakan dengan family tak boleh dapat sewa tinggi. Saya akan kongsikan konsep vs target penyewa di posting akan datang.
Saya ada kawan yang mengadu kat saya yang owner setiap tahun naikkan sewa tanpa memberi 'tambah nilai' kat rumah dia, bagi lah peti sejuk ke, cat rumah sikit ke, tampal atap bocor (yes, atap bocor pun kawan saya tu yang tanggung tanpa tolak sewa). Pada saya ini lebih
SANGAT TIDAK ADIL kepada penyewa (kawan saya tu).
Sekadar pandangan peribadi saya
