mrvios
Active Member
- Messages
- 1,175
- Joined
- May 3, 2008
- Messages
- 1,175
- Reaction score
- 69
- Points
- 30
kosmo skrg ni lebih suka cerita sensasi....(org UMNO punya biasa lee)
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


KUALA LUMPUR - Kejadian pergaduhan di Konsert Pesta Malam Indonesia dua tahun lalu berulang apabila dua kumpulan pekerja rakyat Indonesia bergaduh di sini semalam.
Pergaduhan itu tercetus sewaktu kumpulan Sheila On 7 membuat persembahan di Bukit Kiara Equestrian Park dekat sini memaksa kumpulan yang berasal dari Yogjakarta itu menghentikan persembahan.
Bagaimanapun pergaduhan tersebut tidak berhenti di situ apabila mereka kembali bertumbuk sewaktu konsert berhenti seketika bagi menghormati waktu Maghrib.
Difahamkan, punca pergaduhan itu tercetus gara-gara penonton dari dua kumpulan yang saling berasak-asak untuk melihat penyanyi pujaan mereka dengan lebih dekat.
Konsert yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia juga gagal mencapai sasaran 15,000 penonton apabila tapak konsert hanya dibanjiri sekitar 5,000 khalayak yang rata-rata merupakan warga Indonesia.
Sebanyak enam kumpulan dari Indonesia membuat persembahan di konsert berkenaan iaitu Peter Pan, Ungu, Slank, Sheila On 7, Samson dan Dewi-Dewi.
Dalam pada itu, vokalis Peterpan, Ariel, mengejutkan khalayak ramai apabila mebuka baju saat menyanyikan lagu terakhir yang juga lagu hitnya, Mungkin Nanti.
Tindakan Ariel membuka dan melempar bajunya kepada peminat melanggar garis panduan persembahan tanah air.
Sebelum ini, penyanyi Faizal Tahir didenda selepas membuka baju sewaktu mengadakan satu persembahan awal tahun ini.
Sementara itu di pekarangan Kompleks Stadium Bukit Jalil di sini sekumpulan remaja yang menghadiri satu persembahan konsert tertutup juga menimbulkan kekecohan.
Kekecohan timbul apabila pengunjung konsert yang rata-rata remaja belasan tahun menari shuffle dan diiringi muzik yang bising sehingga menganggu kententeraman.Menurut sumber, selain berpesta, kira-kira 200 pengunjung konsert yang bercampur lelaki dan perempuan juga didakwa tidak menghormati waktu Maghrib sedangkan lokasi mereka berpesta itu terletak bersebelahan dengan surau di kompleks berkenaanAkibatnya, sekumpulan anggota polis yang menerima aduan orang ramai tiba kira-kira pukul 7 malam meminta mereka berhenti sementara dan menyambung konsert itu semula kira-kira sejam selepas itu.
Bagaimanapun tidak ada sebarang pergaduhan dilaporkan berlaku.
Apa kejadahnya duk menari dan pasang musik tepi surau. Buang tabiat apa.![]()
KOSMO buat cerita, tu memang dah tebiat dieorang. tp yang korang punya cerita buat konsert time sembahyang...apa cerita? even korang off muzik time azan, korang gi solat or terus konsert?...
...merapu la korang nih...