http://seda.gov.my/
Secara ringkasnya, pemasangan solar boleh dilakukan dengan 3 cara.
On-Grid System.
Off-Grid System.
Off-Grid Hybrid System.
Ketiga-tiga cara di atas mampu untuk menjimatkan penggunaan elektrik.
Selain menikmati penjimatan, On-Grid System mampu menjana pendapatan. Sebagai contoh, dengan pemasangan 4kW ON GRID SYSTEM di rumah, saudara mampu menjana sekurang-kurangnya RM5840 setahun. Kaedah ini dipanggil Feed in Tarif (FiT).
Sekiranya saudara memasang solar pada bumbung rumah saudara pada tahun 2012, Tenaga Nasional Berhad akan membayar RM1.49 untuk setiap kWh yang dijanakan oleh On-Grid System yg telah dipasang.
Pemasangan yang dilakukan pada tahun 2013 pula, TNB akan membayar saudara RM1.38. Bagi tahun-tahun berikutnya, FiT akan susut sebanyak 8% bagi setiap tahun.
Mengikut kajian Jabatan Meteorology Malaysia, purata kadar penerimaan cahaya matahari (PSH) di Malaysia adalah 4.2 jam sehari. Sekiranya saudara memasang 4kW system ON-GRID pada tahun ini (2012), pendapatan yang mampu dijana oleh saudara merujuk kepada kiraan di bawah.
4kW system x 4.2 jam PSH x RM1.49 = RM25.03 sehari.
Ini bermakna saudara akan menjana
RM25.03 x 365 hari dalam setahun = RM9136.60 setahun.
Bagi tahun 2013, saudara boleh menggunakan kaedah pengiraan yang sama, Cuma perlu tukar rate daripada RM1.49 kepada RM1.38. Rate yang diberikan adalah tetap dengan kontrak bersama TNB selama 21 tahun.
Jadi, sepanjang tempoh kontrak 21 tahun tersebut, pendapatan yg mampu dijana adalah RM9136.60 setahun x 21 tahun = RM191,870.
Kos barang beserta pemasangan yg tawarkan adalah RM45,000 hingga RM48,000 untuk setiap 4kW system ON-GRID. Ini bermakna, pulangan modal adalah adalah selama
RM43,000/(RM9,136 setahun) = 4.7 tahun.
CREDIT TO OWNER