BTC USD 62,808.2 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lambang Israel : Asal Usul Lambang Israel

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,958
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
641
Points
161
israel_flag.jpg


Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang Israel

Leningrad_Codex_Carpet_page_e.jpg


image003.jpg


Sebenarnya bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

image005-2


Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.


Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .
 
oh..tapi ade pulak puak puak ckp lmbang bintang 6 ni lambang illuminati ..adess
 
Kalau tak silap aku bintang bucu enam ni nama dia Bintang Nabi Daud. Takde kena mengena pn dgn Kanaan semua.

Salahudin Al Ayubi pn takde mengena dgn logo ni.
 
Kalau tak silap aku bintang bucu enam ni nama dia Bintang Nabi Daud. Takde kena mengena pn dgn Kanaan semua.

Salahudin Al Ayubi pn takde mengena dgn logo ni.

betul..star of david. Si jahanam Theodor Herzl yg bg idea letak symbol ni kt negara yahudi.
 
Last edited:
betul..star of david. Si jahanam Theodor Herzl yg bg idea letak symbol ni kt negara yahudi.


Kalau tak silap aku bintang bucu enam ni nama dia Bintang Nabi Daud. Takde kena mengena pn dgn Kanaan semua.

Salahudin Al Ayubi pn takde mengena dgn logo ni.

bangsa yg asal duduk kat tanah sebelum wujudnya palestine puak kana'an, dari pembacaan sy..

tn cite sikit mne tn dapat maklumat tu?
 
Arab Canaan? Bukan ke Canaan tu Africanoid feature n bukannya Arab.

Canaan bin Ham bin Noah.

Sama ada Arab atau Israel, dua2 pendatang n bukannya penduduk asal Canaan.

Ham menurunkan bangsa Canaan, Phoenician n Africa.
 
Back
Top
Log in Register