BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bolehkah Safee Sali Menyarung Jersi Kebangsaan Lagi?

Bolehkah Safee Sali Menyarung Jersi Kebangsaan


  • Total voters
    0
rindu tgok safee jaringkan gol....
thumbs up safee..!!
proud of u
 
'Dulu kita dah nasihat dia'

Kuantan: Konflik dihadapi Safee Sali seharusnya dapat dielak jika penyerang prolifik itu lebih berhati-hati sebelum berpindah beraksi dengan kelab luar negara.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata kes yang menimpa penyerang kebangsaan itu lebih kepada menjadi mangsa keadaan. Katanya, sebelum bersama kelab Pelita Jaya, Safee sendiri sudah mengetahui status Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang didakwa menganjurkan Liga Super Indonesia (ISL) secara haram.

Dulu kita (FAM) sudah nasihatkan dia untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sebelum menandatangani kontrak dengan kelab Pelita Jaya. Nasihat itu bukan bermakna FAM berniat menghalang pemain negara beraksi di luar negara.

Apa yang penting, pemain yang mahu beraksi dengan mana-mana kelab di luar negara kena berhati-hati... tengok kontrak ditawarkan dulu dengan teliti, katanya semalam.

Tengku Abdullah bagaimanapun berkata, keputusan terbaru bahawa Safee boleh beraksi bersama skuad kebangsaan adalah berita menggembirakan buat skuad kendalian Datuk K Rajagobal dalam usaha mempertahankan Piala AFF Suzuki, bulan depan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kelmarin mengesahkan Safee tidak digantung dan penyerang itu boleh beraksi bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Hong Kong esok dan Piala AFF Suzuki.
Akhbar sebelum ini melaporkan Safee digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad negara selepas kelabnya bersama 31 kelab lain di Indonesia digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Keputusan itu dibuat selepas berlaku konflik antara PSSI dan Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) berkaitan status sebenar ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) sebagai liga sah.
 
bg aku safee antara yg boleh jaring gol..
sepakannya padu..

tp pergerakan semakin perlahan..
malas mengejar bola dikaki pihak lawan..
jarang turun membantu pertahanan..
kerap menunggu bola sampai kekai tanpa berusaha mendapatkannya..
nak buat macamana dia rasa dia paling star kat malaysia tercinta ini..
 
dah undang-undang mcm tu, ikut je la. dah klu nak kejar gaji, nasib la. mesti ada yg untung.
 
bg aku safee antara yg boleh jaring gol..
sepakannya padu..

tp pergerakan semakin perlahan..
malas mengejar bola dikaki pihak lawan..
jarang turun membantu pertahanan..
kerap menunggu bola sampai kekai tanpa berusaha mendapatkannya..
nak buat macamana dia rasa dia paling star kat malaysia tercinta ini..
Yups nampak Safee makin malas nak kejar bola skrg
Mat Yo pun nampak agak malas dah sikit
Tp masa final TRW vs ATM aku nampak Mat Yo sangat rajin
Keep up the good effort Mat Yo
Good luck to HM in AFF
 
PSSI vs KPSI
PSSI vs Arema-Pelita

cuba tanya pemain asing lain yg main dlm ISL ade ke persatuan bolasepak negara dorang dpt surat drpd PSSI?

cuma FAM je yg dpt surat. korang x perasan ke FAS singapura x dapat surat sdgkan ada pemain dorang main dlm ISL

baru2 ni PSSI minta pemain indon dlm CS Vise main utk AFF akn dtg tapi kelab tu x bg
CS Vise tu kan milik bakri termasuk pelita jaya fc
 
Back
Top
Log in Register