BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PHP 101-Tips-Tricks - Tutorial

btw terima kasih otai2..
betul gak tu tuan,,tp saya dah jumpe cara lain..pernyataan SQL mesti SELECT dan WHERE..so masalah form ni da selesai..pada pendapat sy klau satu page pon tkpe..tp klau tknk pening kepala dan utk aspek kekemasan kod..buat page berasingan..:)

actually memang boleh je satu page, cuma bila bro kata ada masalah form tu recall balik data dari database tu sebenarnya cuma masalah bro letakkan sql select statement je sedangakan form yang bro gunakan tu adalah untuk form tambah data yang mana select statement sama sekali tidak akan insert data dalam database, so by default kalau bro removekan select statement terus dari form tu pon dah ok dah dan remove sekali value dekat setiap form punya component tu (textfield,combobox,listbox) dengan setkan value dia kepada

Code:
value=""

but untuk kekemasan memang lebih better untuk buat dalam page yang lain sebagai controller page :). nak maintenance pon senang, sebab bila page berbeza beza, baru la tak serabut.. :D
 
owh..camtu...tq2:D
 
ok bro, nice idea, nti aku update ttg MVC pattern.

terima kasih daun keladi... :D

lain-lain pattern yang famous boleh?

contoh :

1. Factory
2. Reflection
3. Observer
4. Active Record

Kalau tak pun gini... thread ni biar handle bab 101.

Mungkin bab pattern ni deserve it's own thread sebab nak belajar pattern mesti kena boleh bertutur bahasanya dulu, kan?
 
MVC pattern.

Controller :

ibarat air traffic controller. Ia mengawal lalu lintas. Berdasarkan parameter GET/POST ia akan menentukan MODEL & VIEW mana yang hendak dipanggil.

Model :

Model adalah abstraction kepada database atau apa saja sumber data (boleh jadi fail XML atau JSON atau sumber yang disedut live dari website lain). Abstraction bererti pengkaburan. Jika anda sudah bina sebuah Class di dalam MODEL anda untuk menyedut data-data tertentu, programmer yang buat CONTROLLER dan VIEW tak perlu tahu tentang maklumat terperinci (nama DB, connection ke DB, sumber data ke website lain, etc.), dia hanya perlu tahu macam mana nak guna Class (atau Object dari Class itu).

Analogi terbaik adalah tukang jaga kaunter kedai spare part kereta. Anda tak perlu tahu di mana spare part tu terletak di dalam stor kedai yang berserabut tersebut. Anda hanya perlu tahu siapa tukang jaga kaunter dan siapa yang bukan (tukang jaga cashier, runner dan tauke), apa nama spare part dan model kereta anda. Hanya beritahu kepada penjaga kaunter dan dia akan dapatkan untuk anda. Jika ada penjaga stor yang akan menolong penjaga kaunter, itu bukan urusan anda. Anda hanya berurusan dengan penjaga kaunter sahaja.

View :

View adalah bahagian yang mentadbir urusan menghasilkan persembahan data kepada pengguna.

Seeloknya View ini boleh dibahagi kepada dua.

1. Bahagian yang memproses maklumat yang diserahkan oleh Model. Misalnya tukar huruf pertama kepada huruf besar, memformat nombor kepada format duit "RM xxxxx" dan lain-lain.

2. Bahagian yang seperti template HTML. Ini bahagian yang ada banyak HTML. Ia akan menggunakan maklumat dari bahagian no.1 di atas.

Tujuan ia dibahagi dua, supaya anda boleh bina lebih dari satu bentuk output. Mungkin anda boleh create output HTML, JSON dan XML. HTML untuk pengguna website. JSON untuk kegunaan pihak ketiga seperti Widget di blog-blog yang berkaitan dengan anda. XML mungkin untuk RSS feed.

Ia juga dibahagi dua untuk memudahkan anda menggunakan lebih dari satu layout. Mungkin di bahagian Widget anda mahukan sebahagian dari data yang sama tapi dengan layout berbeza dari bahagian Content (less DIV atau tak mahu ada table yang akan break layout).

Sekian penerangan MVC saya.

Kalau ada yang pandai pattern yang lain, mohon inputnya... kerana saya juga masih belajar...
 
Back
Top
Log in Register