BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah Saham Nasional (ASN) - aplikasinya

Huh sib baik aku x tersesat lg...:)
Yup mmg nav kena tmbh cas tmbhn masa nak beli... Cuma nak bg paham pengiraan tuh aje..
Sama mcm UT gak la... Tq tn Boyi...
Dok tunggu asn turun lg nih...

nak senang refer kat white board or digital board masa nak beli kat meben or pnb
 
PNB isytihar agihan pendapatan 6.5 sen ASN2

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB), melalui Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Ia adalah peningkatan sebanyak satu sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit yang diumumkan tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM11.9 juta yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 8,483 pemegang unit yang melanggan 183 juta unit ASN 2.
Ahmad Sarji berkata, prestasi ASN 2 sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 secara keseluruhannya memuaskan meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia mengalami suasana ketidaktentuan didorong oleh krisis hutang zon euro yang berterusan.

"Indeks FBM KLCI telah meningkat sebanyak 1.52 peratus daripada 1,579.07 mata yang dicatatkan pada 30 Jun 2011 kepada 1,603.07 mata yang dicatatkan pada 22 Jun 2012," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Sehingga 22 Jun 2012, ASN 2 juga memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM15.08 juta dan pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM10.07 juta atau 66.8 peratus daripada pendapatan kasar manakala pendapatan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM3.25 juta atau 21.5 peratus.

Beliau berkata, pendapatan selebihnya iaitu RM1.76 juta atau 11.7 peratus diraih daripada pelaburan lain.
Katanya, semua urus niaga bagi ASN 2 di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 22 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012 bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, juga mengumumkan bahawa had pelaburan maksimum bagi Akaun Remaja ASB akan ditingkatkan daripada 10,000 unit kepada 50,000 unit.

"Langkah ini dibuat bagi menggalakkan ibu bapa membuat perancangan kewangan untuk anak-anak mereka, dan pada bulan Oktober 2011, ASNB telah pun meminda kelayakan umur pelabur ASB daripada 12 tahun kepada 6 bulan," katanya.

Mengenai kempen 'Labur On-Line', Hamad Kama Piah berkata, ia terbuka kepada pemegang akaun ASB yang membuat pelaburan melalui perbankan internet menerusi Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnline dan RHBNow.

Kempen ini akan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Julai hingga 30 September 2012. - BERNAMA

nmpknya div ASN2 lbh tinggi dr ASN baru ni iaitu 6.05 sen
.
 
HARGA HARI INI
27 JUN 2012

ASN 0.8618 5.00 -
ASN 2 Suspended - -
ASN 3 1.1452 5.00 3.00
 
HARGA HARI INI
28 JUN 2012

ASN 0.8627 5.00 -
ASN 2 Suspended - -
ASN 3 1.1476 5.00 3.00
ASG-Pendidikan 1.0630 5.00 3.00
ASG-Kesihatan 1.1149 5.00 3.00
ASG-Persaraan 1.1737 5.00 3.00
 
HARGA HARI INI
29 JUN 2012

ASN 0.8634 5.00 -
ASN 2 Suspended - -
ASN 3 1.1478 5.00 3.00
ASG-Pendidikan 1.0626 5.00 3.00
ASG-Kesihatan 1.1141 5.00 3.00
ASG-Persaraan 1.1735 5.00 3.00
 
Dah habis jual dah ASN.ROI 9.6% untuk setahun....alhamdulillah...jadiklah janji tinggi dari ASB...parking kat ASB pulak sehingga menunggu peluang di masa hadapan.
 
Dah habis jual dah ASN.ROI 9.6% untuk setahun....alhamdulillah...jadiklah janji tinggi dari ASB...parking kat ASB pulak sehingga menunggu peluang di masa hadapan.

tahniah bro, bole tunjuk tak camna bole dpt ROI camtu? Bila beli/jual dan harganya..Timaksih :)
 
tahniah bro, bole tunjuk tak camna bole dpt ROI camtu? Bila beli/jual dan harganya..Timaksih :)

Owh ok....9.75% sebenarnya.Hmmm..macamana nak tunjuk ek?Saya malulah sebab amountnya sikit aje tapi takpelah.

Baki unit yg saya ada sejak zaman purbakala dahulu(sebelum jumpa thread ini) ialah 178.34.
Setelah baca thread ni saya mula membuat pembelian;
20/05/11 - RM1000 @ RM0.9026 = 1,107.91 unit = 1,286.25 baki unit.
05/10/11 - RM1000 @ RM0.8088 = 1,236.40 unit = 2,522.65 baki unit.
24/11/11 - RM1000 @ RM0.8448 = 1,183.71 unit = 3,706.36 baki unit.
01/12/11 - RM1000 @ RM0.8642 = 1,157.14 unit = 4,863.50 baki unit.
01/01/12 - RM294.24(Dividen) @ RM0.8190 = 294.24 unit = 5,222.76 baki unit.
05/01/12 - RM100 @ RM0.8371 = 119.46 unit = 5,342.22 baki unit.

Ok.Modal saya RM4210.Saya ada 5,342.22(termasuk dividen).Jadi kos purata per unit saya ialah RM0.7880.Saya jual pada harga RM0.8648.
RM0.8648-RM0.7880 = Untung RM0.0768 X 5,342.22 unit = RM410.28 Profit.
RM410.28 bahagi modal RM4210 = 9.75% ROI.

Saya banyak membeli waktu sales chargenya 3%.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register