Ada pengikut post saya bertanya: “ bank apa untuk buat loan asb paling ok?”
Kalau saya ejen bank Maybank sure saya syorkan maybank. Buat dengan saya, dapat komisen. Hehe. Tapi, saya bukan ejen bank, bukan juga wakil PNB. Cuma pelabur biasa yang ingin berkongsi info dan bertukar pendapat dengan tuan puan.
Bagi menjawab soalan rakan tadi, saya personally syorkan loan ASB Islamik Maybank untuk muslim.
Selain itu, pastinya kita lihat pada pakej yg ditawarkan. Tiap bank bersaing untuk rebut pelanggan, dan pakej berubah2. Untuk kepastian, blh tanya sendiri bank officer untuk pakej terbaru.
Please remember, seperti pesan bro reggae82, terdapat ramai bank officer yang tidak cekap tentang selok belok pakej loan ASB, since ada antara mereka cuma tahu jadual pembayaran loan sahaja.
Kriteria utama perlu dilihat:
1.
Pakej Islamik atau konvensional - Untuk muslim, wajib halal, Semoga berkat hasil pelaburan kita.
2.
Kadar interest - RHB BLR-1.7 (konvensional sahaja), Maybank BLR-1.67 (islamik n konvensional), CIMB BLR-1.65 (konvensional) bergantung kpd amaun loan.
3.
Kadar ASBRTA - islamik ~25% lebih rendah dari konvensional
4.
Kelonggaran syarat wajib ASBRTA - RHB boleh buat tanpa ASBRTA (ada syarat), Maybank wajib
5.
Tempoh proses loan - 2 minggu ke 2 bulan. dokumen lengkap, follow up n presign blh bantu percepat proses.
6.
Tempoh proses terminate loan - 2 bulan ke 6 bulan. sila tanya bank officer untuk kepastian.
7.
Goodies untuk Loan Application - Payung, T-shirt, planner, notebook. kalendar. ask for it.
Selamat melabur dengan berhemah
Melabur dengan ilmu di dada, optimize potensi kewangan anda
nota: untuk otai2 dan rakan2, pls advise kiranya ada yg perlu saya pinda. tq