Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Local Investments > Koperasi Investments > Koperasi registered under Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi registered under Suruhanjaya Koperasi Malaysia Discuss all investments offers by registered coop is approved by Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 22-06-2011, 11:10 AM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (4/1923) - www.koswip.org.my

SEJARAH KOSWIP

Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.

Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 . Nama asalnya 'The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited" dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu. Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama "Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad" dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama "Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad".Pada 19 April 1996 nama koperasi ditukar lagi kepada "Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad" atau dengan nama lain ialah Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dan ini kekal sehingga kini. Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan salah sebuah koperasi tertua yang ditubuhkan di Negeri Selangor di bawah Undang-undang Negeri Melayu Bersekutu bagi syarikat kerjasama tahun 1922. Usia KOSWIP setahun lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan gerakan koperasi. Dahulunya koperasi KOSWIP Malaysia Berhad beroperasi untuk kakitangan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Wilayah Putrajaya dan kini ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Negeri. Segala aktiviti dan fungsi perjalanan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peratura Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi Koswip Malaysia Berhad serta aturan-aturan yang dibuat oleh anggota Lembaga dari semasa ke semasa .

Dahulunya di awal penubuhan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad pada tahun 1923, anggotanya berjumlah 138 orang terdiri dari kalangan kaum India kebanyakannya diikuti oleh kaum Melayu dan Cina serta lain-lain bangsa. Kini statistik daftar maklumat anggota Koperasi KOSWIP pada 31 Mac 2010 menunjukkan jumlah anggota seramai 22,220 orang.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 22-06-2011, 11:11 AM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berpegang teguh kepada Prinsip-prinsip sebagaimana terkandung dalam Undang-undang Kecil termasuklah:-

a) keanggotaan sukarela dan terbuka
b) kawalan demokratik oleh anggota
c) penglibatan ekonomi oleh anggota
d) autonomi dan kebebasan
e) pendidikan, latihan dan maklumat
f) kerjasama antara koperasi dan
g) mengambil berat terhadap masyarakat

Dua belas (12) orang anggota Lembaga terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan lapan (8) orang anggota Lembaga biasa adalah sebagai penggubal dasar dan empat (4) orang pengurusan serta kakitangan-kakitangan bawahan adalah bertanggungjawab sebagai pelaksana kepada dasar dan keputusan yang telah dibuat melalui Mesyuarat Lembga bulanan sejajar dengan kehendak penubuhan koperasi. Semasa ini terdapat lima (5) anggota Jawatankuasa Audit Dalaman yang bertanggungjawab memantau rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi KOSWIP dan subsidiari koperasi bagi memastikan hal ehwal koperasi dijalankan mengikut matlamat penubuhan, Undang-undang Kecil serta keputusan mesyuarat agung perwakilan tahunannya. Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad juga melantik juruaudit luar untuk memastikan akaun-akaun yang disediakan adalah bertepatan dan menepati kehendak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat agung perwakilan tahunannya. Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad juga mempunyai 27 kawasan dan di 25 kawasan mempunyai 7 orang jawatankuasa yang dipilih melalui para perwakilan kawasan manakala 2 kawasan lagi adalah kawasan Zon selatan dan Zon Utara yang tidak mempunyai jawatankuasa kawasan.

Mesyuarat agung perwakilan tahunan adalah merupakan kuasa tertinggi dan diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan. Pada setiap tahun semenjak 74 tahun yang lalu, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad belum pernah gagal mengadakan mesyuarat agung perwakilan tahunannya.
Reply With Quote
  #3  
Old 22-06-2011, 11:12 AM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

KINI seiring dengan arus pembangunan negara, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad boleh berbangga kerana masih lagi mengekalkan keududukannya di dalam ranking tertinggi antara 52 buah koperasi kredit yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Koperasi KOSWIP juga pernah disenaraikan koperasi ke 5 terbaik berasaskan jumlah modal syer/yuran sekitar tahun 2008. Koperasi KOSWIP memiliki dana yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti kredit sebagai penjana utama dan bagi tujuan-tujuan lain yang mendatangkan keuntungan kepada Koperasi KOSWIP. Warga Koperasi KOSWIP juga boleh berbangga kerana KOSWIP mempunyai aset-aset yang kukuh seperti bangunan-bangunan dan pelaburan dalam bentuk wang simpanan dan saham.

Selain itu Koperasi KOSWIP pada setiap tahun tidak pernah gagal untuk menjaga kebajikan anggotanya. Pelbagai peruntukan kumpulan wang diwujudkan sedari dulu dan sehingga kini masih dilaksanakan dan diamalkan seperti pelaksanaan pemberian kumpulan kebajikan anggota, khairat kematian, bantuan pendidikan dan dermasiswa anak-anak anggota, zakat perniagaan serta pendidikan seranta anggota. Anggota juga pada setiap tahun menerima dividen atas modal yuran dan modal syer. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebegini adalah sebagai penyumbang kualiti kehidupan anggota-anggota dan seterusnya masyarakat Malaysia.

Namun begitu koperasi KOSWIP masih berusaha dan mencari peluang-peluang perniagaan yang lain yang sesuai dilaksanakan di Koperasi KOSWIP yang boleh mandatangkan faedah disamping sebagai penyokong kepada aktiviti utama iaitu aktiviti kredit yang dilaksanakan selama ini. Inisiatif ini adalah perlu oleh kerana Koperasi KOSWIP terpaksa bersaing dengan koperasi-koperasi dan institusi kewangan lain yang mana masing-masing menghadapi risiko tersendiri dan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Penglibatan semua pihak warga Koperasi KOSWIP dengan mengambil langkah proaktif dan sentiasa peka kepada keadaan semasa koperasi-koperasi pada masa kini adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan Koperasi KOSWIP hidup segar dan semakin maju serta berkembang dan boleh dibanggakan.
Reply With Quote
  #4  
Old 22-06-2011, 11:14 AM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

BAHAGIAN KEWANGAN


KEUNTUNGAN

Keuntungan koperasi pada tahun 2009 telah menunjukkan penurunan sebanyak 8.36% berbanding tahun 2008 iaitu dari RM 15,287,628.80 juta kepada RM 14,009,147.06 juta. Ini adalah disebabkan kurangnya pinjaman yang dikeluarkan kepada anggota-anggota koperasi. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pengeluaran pinjaman berkurangan adalah kelayakan gaji anggota koperasi yang kebanyakannya sudah melebihi dari 60% had yang ditetapkan oleh ANGKASA.

PENDAPATAN

Tahun 2009 telah menunjukkan penurunan dalam pendapatan koperasi sebanyak 6.83% berbanding tahun 2008 iaitu dari RM 23,780,054.34 juta kepada RM 22,155,850.43 juta . Jika dibandingkan jumlah pendapatan pada tahun 2007 dengan tahun 2009 penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 11.73% iaitu dari RM 25,101,249.49 juta kepada 21,155,850.43 juta.

DIVIDEN

Jjumlah dividen yang di bayar setiap tahun dari tahun 2002 sehingga tahun 2009. Jika dilihat pada statistik,, tahun 2007 menunjukkan jumlah keseluruhan dividen paling tinggi yang di bayar kepada anggota-anggota koperasi. Tahun 2009 mencatatkan penurunan dari segi keseluruhan jumlah dividen yang di bayar kepada anggota-anggota koperasi iaitu sebanyak RM 8,981,770.45 juta berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM 9,197,279.00 juta.

Walaupun jumlah keseluruhan yang di bayar semakin berkurangan tetapi KOSWIP tetap dan masih mengekalkan bayaran dividen dengan kadar 7% sejak tahun 2006.


PERBELANJAAN

Jumlah perbelanjaan telah menunjukkan penurunan sebanyak 4.07% berbanding tahun 2008. Belanja koperasi telah menurun dari RM 8,492,425.54 juta pada tahun 2008 kepada RM 8,146,703.37 juta pada tahun 2009. Perbezaan penurunan ini adalah sebanyak RM 345,722.17. Ini menunjukkan kesungguhan ahli lembaga dan pihak pengurusan koperasi dalam mengawal selia perbelanjaan memandangkan pendapatan pada tahun ini telah berkurangan.
Reply With Quote
  #5  
Old 22-06-2011, 11:21 AM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

SYARAT-SYARAT MENJADI ANGGOTA

Kelayakan :
- Berkhidmat di Jabatan Kerajaan, Agensi-agensi Kerajaan dan Badan-badan Berkanun.
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bermastautin dalam kawasan operasi Koperasi dan bukan seorang yang disabitkan kesalahan berdaftar atau tidak berupaya dari segi mental atau bankrap yang belum dilepaskan (buang) dari keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun

Dengan :

Melengkapkan borang permohonan masuk menjadi anggota (Borang Koswip 1) berserta :
- Salinan penyata gaji asal terbaru yang disahkan (di atas kertas A4) - 2 salinan
- Salinan kad pengenalan (di atas kertas A4) - 2 salinan
- Salinan surat pengesahan/surat lantikan jawatan pemohon
- Bayaran pendaftaran masuk RM 20.00
- Bayaran saham sebanyak RM 500.00 secara tunai atau melalui potongan gaji
10 bulan @ RM 50.00 / 20 bulan @ RM 25.00
- Borang pemotongan gaji menjelaskan modal syer (saham)
- Borang ikrar anggota
- Borang penama bagi anggota bukan Islam
- Borang BPA-1/79 Pindaan 99 yang diisi dengan lengkap (tidak boleh dilipat)

Setelah permohonan diluluskan oleh anggota Lembaga, pemohon akan menerima :
- Surat kelulusan
- Kad keanggotaan
- Cenderahati
- Buku Undang-undang Kecil

Nota : Mana-mana anggota yang membawa masuk anggota baru, saguhati akan diberikan sebanyak RM 5.00 setiap seorang. Bole letak No. Keahlian saya 81909. Terima kasih


SUMBER: WWW.KOSWIP.ORG.MY

Last edited by 2bz4money; 03-07-2012 at 11:42 PM..
Reply With Quote
  #6  
Old 29-06-2011, 11:29 PM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default Terima Dividen 7% utk tahun 2010

Cek Maybank Islamic Koswip utk dividen 7% bertarikh 26/6 dah diterima secara pos ke rumah pada hari ni 29/6. Pengiraan dividen mengambilkira modal yuran setakat 30/6/2010..
Reply With Quote
  #7  
Old 25-02-2012, 03:15 PM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default Koswip taja Utusan Malaysia untuk 20 sekolah

Quote:
Originally Posted by 2bz4money View Post
Cek Maybank Islamic Koswip utk dividen 7% bertarikh 26/6 dah diterima secara pos ke rumah pada hari ni 29/6. Pengiraan dividen mengambilkira modal yuran setakat 30/6/2010..

Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah (lima kiri) menyerahkan replika cek kepada Mohd. Basir Abdul Rahim bagi tujuan menaja akhbar Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Koperasi Pegawai Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Koswip) menaja akhbar Utusan Malaysia selama setahun untuk diagihkan kepada 20 sekolah terpilih sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor.

Pengerusinya, Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah berkata, tajaan bernilai RM50,000 itu bertujuan menyediakan bahan bacaan umum kepada pelajar.

"Menerusi tajaan akhbar bagi tempoh setahun ini, pelajar boleh memanfaatkan siri soalan percubaan peperiksaan yang turut disiarkan dalam sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek tajaan itu kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Mohd. Basir Abdul Rahim di sini hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi, Berahim Abdul Gapal dan Setiausaha, Mohd. Akhir Abdul Rahman.

Akhbar tersebut akan mula diedarkan kepada 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah terpilih pada setiap Rabu dan Khamis bermula minggu depan.

Tambah Nik Hassan, sumbangan tersebut juga adalah sebagai salah satu usaha untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa Koswip merupakan satu koperasi yang mantap dan kukuh.

"Koswip sudah beroperasi selama lebih 87 tahun dan untuk tahun lepas, kami menduduki tempat keenam terbaik dalam senarai koperasi di negara ini.

"Koswip sudah mempunyai 20,000 ahli dan sehingga kini berjaya membayar dividen tahunan sebanyak 10 peratus kepada mereka yang menyimpan dengan kami,"
jelasnya.

Katanya, semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan negeri serta mereka yang berkhidmat di badan-badan berkanun juga layak untuk membuat pinjaman dengan Koswip.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Koswip atau membuat pinjaman kewangan boleh menghubungi 03-22735422/7009 atau melayari laman web www.koswip.org.my.

p/s: tahun lepas 7%..mungkin bole dpt 10% kot tahun ni
Reply With Quote
  #8  
Old 16-06-2012, 01:34 PM
isyamuddin isyamuddin is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2009
Posts: 216
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

link dia down la bang, bila nak siap website beliau?
Reply With Quote
  #9  
Old 25-06-2012, 11:16 AM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,572
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default Dividen 7.5% tahun 2011

Quote:
Originally Posted by isyamuddin View Post
link dia down la bang, bila nak siap website beliau?
Dividen tahun 2011 sebanyak 7.5% telah mula dibayar pada 22 Jun 2012 melalui wakil-wakil di pejabat masing2. Seperti biasa saya telah call 03-22735422 (minta sambungan bah kewangan) utk diposkan cek tersebut ke alamat rumah..
Reply With Quote
  #10  
Old 25-06-2012, 09:15 PM
frugaldedi frugaldedi is offline
Regular

frugaldedi's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 521
Thanks (Received): 35
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Salam..
KOSWIP
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold