BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri didenda RM1,000 pecah cermin kereta suami

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Seorang suri rumah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecah cermin kereta suaminya, minggu lepas.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menjatuhi hukuman itu terhadap Yap Huey Nuo, 44, yang didakwa melakukan perbuatan khianat itu terhadap Sok Hock Quei, 43.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan 17/42 Taman Lawa Off Jalan Kuching, Sentul di ibunegara pada jam 6.25 petang 10 Jun lepas.

Ibu kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kejadian itu berlaku selepas pertengkaran antara Yap dan suami yang menyebabkan tertuduh membaling sebilah pisau pemotong daging ke arah kereta suaminya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Rohani Ibrahim.

Yap membayar denda itu.

- Bernama
 
Ada jugak lawyer yg nak amik kes mcm ni...:eek::eek:
 
Hargailah suami anda jika suami anda baik..kalaulah anda dapat suami yang jenis curang..tau ler anda langit tu ada udara ke tak :">
 
bini2ku gengster ni dah tahap pisau terbang haha
 
jiran aku baru pas kene kejar ngan bini dia ngan rotan....berlari duk dalam kete....:))
 
adeh.....kes macam nie pon ada...
byk lg hal lain....
 
mak aih ni bini kungfu ke ni ekeke
teringat makcik dlm kungfu hustle tu
 
Back
Top
Log in Register