Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,415
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,140
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,304
More...
View Poll Results: TOPIK PANAS: SYIRIK MENGGUNAKAN AYAT QURAN UNTUK JADI AYAT PENGASIH, PENUNDUK
Memang Syirik,....Saya tahu lama dah...tapi... 16 37.21%
Kenapa Syirik?? Saya dapat ilmu tu pun dari ustaz dan buku agama. 25 58.14%
Ada aku kisah?? yang penting ...orang tunduk kat aku,, suka kat aku.... 2 4.65%
Voters: 43. You may not vote on this poll

Reply
 
Thread Tools
  #371  
Old 01-05-2012, 02:08 AM
hamballah1996 hamballah1996 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 592
Poster Rank: #5171
Thanked 0 Times
Active Level
Default

BUKU TERBITAN DARUSSYIFA’: “IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA’-DOA’ MUSTAJAB”



Sebuah buku oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’ bertajuk “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa’-doa’ Mustajab. Dengan membeli buku ini bermakna anda juga telah menyumbang kepada Dana Pembangunan Darussyifa’. Buku ini patut dimiliki oleh semua ahli Darussyifa’ dan juga orang ramai yang sering mendapatkan rawatan di Darussyifa’. KATA PENERBIT Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. juga kepada ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana usaha untuk menerbitkan buku yang dinamakan “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab” akhirnya terlaksana juga. Buku ini disusun dengan sebegini rupa bagi memudahkan ahli-ahli Darussyifa’ untuk merujuk dan menghafal doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang menjadi asas dalam ikhtiar rawatan penyakit kepada masyarakat. Terdapat banyak doa-doa dan ayat-ayat al-Quran sebagai rawatan penyakit, bagaimanapun di dalam buku ini doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang dipilih oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din merupakan yang paling kerap diamalkan bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan dalam usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit. Buku ini dilengkapkan dengan Surah Yaasin, Bacaan Asas 10 Pertama, Bacaan Asas 10 Kedua, Rangkaian Zikir dan Doa-doa Mustajab. Disusun sebegini rupa supaya mudah untuk dibawa dan diamalkan ketika berjemaah (berkumpulan) atau seorang diri. Bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab, semua bacaan di dalam buku ini mempunyai terjemahan. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi keyakinan dan kekhusyukan apabila memahami makna doa-doa tersebut.. Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia dan saya sebagai mewakili persatuan ini sangat mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari mereka yang membaca buku ini terutamanya ahli-ahli Darussyifa’. Penerbitan buku ini adalah suatu usaha murni untuk mengumpul khazanah ilmu-ilmu pengubatan Islam yang diturunkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din kepada kita semua dengan izin Allah SWT. Ahli-ahli Darussyifa’ adalah disarankan agar mengambil peluang untuk mengamalkan semua doa-doa yang disusun di dalam buku ini. Doa-doa ini semua menjadi amalan yang berterusan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan kita sebagai anak murid sepatutnya berasa bertuah kerana dapat memperoleh ilmu-ilmu ini daripada beliau. Akhir kata saya berdoa semoga Allah SWT menurunkan rahmatNya kepada semua pembaca buku ini dan semoga Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sekeluarga dikurniakan keberkatan di dunia dan di akhirat . Amiiiiiin. Yang Ikhlas, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad Pengerusi Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’ (11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H) MUKADIMAH TUAN GURU Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar penghulu kita nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya. Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah sama-sama kita kecapi. Ilmu bukan sesuatu yang senang diperoleh dan tidak boleh dinilai dengan mata benda dunia. Hidayah bukan sesuatu yang mudah kita perolehi. Taufik daripada Allah SWT amat sukar kita dapati. Namun jikalau kena caranya dengan niat yang ikhlas kepada Allah SWT, dengan tekad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, dengan niat untuk memungkinkan kita menjadi tentera-tentera Allah, maka semua yang disebutkan tadi mudah untuk Allah SWT tunaikan kepada kita. Pengubatan Islam yang kita amalkan merupakan sedutan yang bersumber dari al-Quran, as-Sunah, amalan as-Salafussoleh, Ahluz-zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar. Kita sekali-kali tidak mencampur-adukkan yang halal dan haram. Kita juga menolak sepenuhnya semua kaedah yang mempunyai unsur syirik. Dengan itu saya mewasiatkan kepada anda kaedah pengubatan yang halal dan yang bersih daripada kemurkaan Allah. Beramallah dengannya dan bantulah masyarakat yang amat memerlukannya. Belajar ilmu pengubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh saya daripada semua guru-guru saya termasuk daripada ayahanda saya sendiri. Sebagai mengambil contoh, Imam as-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi´ mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam as-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja. Dengan ilmu yang ada melalui buku ini saya berdoa dan berharap semoga mereka yang beramal dengannya akan bersedia memenuhi seruan masyarakat kerana sangat besar ganjarannya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya; “Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang kawan yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia dan ikhlas kerana Allah, maka perbuatan ini adalah lebih baik daripada kamu pergi beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan disiang harinya berpuasa, membaca al-Quran serta sembahyang sunat.” Saya berharap anda akan berpegang kepada seruan ini sebagai satu amanat. Semoga Allah SWT mengurniakan sepenuh keberkatan dan rahmatnya kepada kita semua di dunia dan akhirat insya-Allah. Ingatlah kepada Allah nescaya Allah akan mengingatimu. Ikhlas dari saya Dato’ Dr. Haron Din Pengasas & Penasihat Darussyifa’ 11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H Berikut pula adalah isi kandungan buku ini;
ISI KANDUNGAN BUKU KATA PENERBIT MUKADIMAH TUAN GURU MEMULAKAN MAJLIS DENGAN SURAH AL-FATIHAH SURAH YAASIN & TERJEMAHANNYA BACAAN ASAS 10 PERTAMA BACAAN ASAS 10 KEDUA RANGKAIAN ZIKIR DOA-DOA MUSTAJAB SELEPAS MAJLIS ZIKIR


(1) Selawat & Pujian-pujian kepada Allah di Permulaan Doa
(2) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan dan Tolak Bala
(3) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit
(4) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan
(5) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
(6) Doa Supaya Dilapangkan Hati
(7) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
(8) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
(9) Doa Mohon Murah Rezeki
(10) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
(11) Mendoakan Orang Yang Hilang Barang

PENDAHULUAN KEPADA IKHTIAR RAWATAN PENYAKIT BENTENG PERTAHANAN DIRI


(1) PENDINDING DENGAN SURAH AL-FATIHAH

(2) PENDINDING DENGAN AL-MUAWWIZAT

(3) PENDINDING DENGAN AYATUL KURSI (4) PENDINDING DENGAN SURAH YAASIN AYAT 1 ~ 9

(5) PENDINDING DENGAN DOA BERKUBU

(6) PENDINDING DENGAN AYAT PENGGERAK




KAEDAH RAWATAN PENYAKIT IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT



Doa Asma
Doa Bila Orang Datang Mengadu Sakit
Doa Barah
Doa Batu Karang
Doa Bisa (Bismillah Tujuh)
Doa Bismillah Lima Doa Buah Pinggang
Doa Buasir
Doa Campak Doa Darah Tinggi Doa Demam Panas Doa Gastrik Doa Gigi Sakit Doa Gusi Sakit Doa Gusi Bengkak & Bernanah Doa Gila Merian Doa Jantung Doa Kayap Doa Kenan & Kecacatan Bayi Doa Kencing Malam Doa Kencing Manis Doa Koma Doa Lumpuh & Doa Angin Ahmar Doa Sakit Mata Biasa (Merah & Berair) Doa Sakit Mata Buta Seluang Doa Sakit Mata Sebab Sihir Doa Sakit Mata Tahi Berlebihan Doa Nyanyuk Doa Penyakit Yang Sukar Diubati Doa Penerang Hati Doa Penerang Hati - Elak Lupa Doa Hutang dan Murah Rezeki Doa Keselamatan Diri & Harta Benda Doa Kolesterol Doa Mandul – Mohon Mendapat Zuriat Doa Marah & Panas Baran Doa Menghentikan Tabiat Jahat Doa Pelembut Doa Penahan Doa Pendekat Jodoh Doa Rawatan Ulangan Doa Resdung Doa Sakit Dalam Dada – Sesak Nafas Doa Sakit Dalam Dada – Dada Berdebar-debar Doa Sakit Kepala Doa Sakit Perut Doa Sawan Biasa Doa Sawan Tangis Doa Selsema Doa Selusuh Doa Sukar Bersalin Doa Tidur – Gangguan Tidur Doa Tidur – Terkejut Daripada Tidur Doa Alih Hujan Doa Bangun Tidur Mengikut Masa Yang Dihajati Doa Bayi Songsang Doa Dapat Anak Lelaki Atau Perempuan Doa Darah Gemuruh & Fobia Doa Gaut Doa Histeria Doa Istikharah Doa Kanak-kanak lambat bercakap Doa Menentang & Merawat Sihir Doa Pemutus Susu & Henti Tabiat buruk Doa Pemutus Ubat Doa Pengasih (Ayatul Mahabbah) Doa Penjaga Harta dan Ahli Keluarga Doa Penunduk Doa Putus Cinta (Untuk Mengatasi Kekecewaan) Doa Rawatan Terbakar & Melecur Doa Sakit Pinggang Doa Tahnik Doa Telepathy Doa Tercekik Tulang Doa Tiup Pada Air Doa Tulang Patah Sayyidul Istighfar Selawat Munjiyyah Ucapan Syahadah Kepada Pesakit Menderam Kaifiat Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang Pesanan Penting Tuan Guru Tambahan Doa kepada Pesakit Menderam Doa Mengatasi Masalah Cemburu & Hasad Dengki Kaifiat Bacaan Yaasin Untuk Rawatan Koma Ayat-ayat Ruqyah Untuk Pengubatan dan Perlindungan dari Sihir Doa Tahlil Arwah (Versi Tuan Guru) Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’. Harga jualan runcit buku ini ialah RM15 di Semenanjung Malayisa dan RM16 di Sabah & Sarawak. Buku ini dijual dengan harga RM13 kepada ahli-ahli Darussyifa’. jika berminat sila buat tempahan untuk diri sendiri atau hadiah : sms 016-4323101

Last edited by hamballah1996; 01-05-2012 at 02:11 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #372  
Old 01-05-2012, 02:11 AM
Jepang Jepang is offline
Super Active Member

Jepang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2011
Posts: 3,225
Poster Rank: #1193
Thanked 33 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by SOP View Post
beginilah...akhir skali sebelum nak tido ni...saya pesan kepada sedara...

Jangan letakkan imam syafie tu di bawah.....sapa tinggi ?? Sedara ke imam syafie??

Perlakuan itu tidak memuliakan beliau...kata kata beliaupun sedara kena hormati apatah lagi namanya...

ko laga kan aku dengan Imam As-Syafie pulak. bagus betul kerja ko..

Aku beramal dengan Al-Quran dan Hadith,

padahal apa yang ko syorkan di sini adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada beramal dengan al-Qur'an, dan menghina amalan Nabi SAW.
__________________
Imam Syafie berkata: "Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil. (yg degil dengan kejahilannya)" (Al-A'raf : 199)
Reply With Quote
  #373  
Old 01-05-2012, 02:22 AM
forart forart is offline
Active Member

forart's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2012
Posts: 709
Poster Rank: #4576
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by SOP View Post
kan saya dah kata taddi ...statement last saya tu bukan semua org boleh faham...

Ini bukan soal ego sedara...ini soal nak mnyelamatkan manusia daripada tipu daya syaitan..

You still did not get it ...do you???

Tak palah...saya berlepas diri dengan anda...teruskan dengan apa yg anda yakini ...dan saya kan teruskan menerangkan kepada sesiapa yg mahu berfikir sejenak tentang apa yg berlaku zaman ini...
ilmu sedara ni tinggi sgt..tak sesuai dibincangkan disini...

pada pandangan saya boleh mengelirukan ramai forumer...

KEIHKLASAN HANYA KITA DAN ALLAH SAHAJA YG TAHU
Reply With Quote
  #374  
Old 01-05-2012, 02:23 AM
hunTer hunTer is offline
Advanced Trader

hunTer's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 1,840
Poster Rank: #2135
Thanked 132 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by SOP View Post
beza dua benda ni cuba perhatikan...

1. jampi serapah bomoh:..

bismillah.... aku makan sirih tapi aku makan untuk cantik aku makan keningku lentik,,ku jentik hati manusia yang memandangku...dengan berkat doa lailahaillah.. hembuih..

confirm niat untuk jadik pemanis..confirm Syirik tambah dosa sebab gabungkan ayat bismillah dan kalimah tauhid.. Hancuss



2. ayat surah yusuf :4

bismillah.... baca ayat di atas ....niatlah kononnya h...kerana Allah.. BEtulke???

bukan ke awal awal lagi dia dah tahu...kalau baca ayat ni specific untuk jadi pemanis, penunduk...

so tang mana niat Kerana Allah nya???

cer cerita cer crita..

ini jawapan sy yer TT :

kalau aku meminati seorg perempuan..nak jugak perempuan tu kan...
niat aku kerana ALLAH...bererti kerana ALLAH aku memimpinnya ke jalan ALLAH taala...


tapi bagi aku...ini semua dunia...aku tak perlu semua nie..
__________________
Learning is Never Ending Process
Reply With Quote
  #375  
Old 01-05-2012, 02:23 AM
forart forart is offline
Active Member

forart's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2012
Posts: 709
Poster Rank: #4576
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Currently Active Users Viewing This Thread: 15 (9 members and 6 guests)
forart, dyiaas, hunTer, hampeh88, msapar, lelakigila, hamballah1996, muaz aag, eches

dah zzzzz bro SOP yer
Reply With Quote
  #376  
Old 01-05-2012, 02:42 AM
mynor5535101 mynor5535101 is offline
Super Active Member

mynor5535101's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 4,452
Poster Rank: #855
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by SOP View Post
Saudara menampakkan kelemahan saudara .
Itu tafsiran tok guru kamu..
Reply With Quote
  #377  
Old 01-05-2012, 02:51 AM
hamballah1996 hamballah1996 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 592
Poster Rank: #5171
Thanked 0 Times
Active Level
Default

“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia seorang mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (Al Israa’ : 19)


“Firman Allah: ‘Jika seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku
mendekat kepadaNya sehasta, dan jika mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat.’” (Bukhari)


“Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan
sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al
Ankabuut : 69)





Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwakerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.


Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita mintadilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli; “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.



jenis yang kedua

ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka

sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda; “Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah Orang ‘Alim yang jahat”.

Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.



Jenis yang ketiga

ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.

Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda; “Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.

Sabda baginda lagi; “Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”. Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh.



Jenis yang keempat

ialah mereka yang dijak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi
SAW; ‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati

mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Jadi saya (Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu Kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa Diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu Jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju Kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Reply With Quote
  #378  
Old 01-05-2012, 02:51 AM
mynor5535101 mynor5535101 is offline
Super Active Member

mynor5535101's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 4,452
Poster Rank: #855
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by SOP View Post
putar ...jaangan tak putar...sebab mungkin satu hari nanti iblis jin dan syaitan akan memutar urat darah anda, sendi sendi anda, urat mata anda...dan jantung anda ...hasil daripada amalan anda yg anda yakini bersih suci murni itu.


Sedikit pun saya tidak tergugat dgn gurauan anda itu..bahkan saya doakan semoga anda menjumpai apa yg benar disebalik kebenaran....aminn

pst: Banyak juga soalan perubatan saya tanya tak terjawab...tak pa la...lagipun saaya dah tinggalkan lama benda benda tu...


"Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Syirik kah perbuatan tersebut kalau ada manusia yang boleh pindah Objek atau telportaion itu zaman sekarang..
Siapa handal manusia ke atau Jin..????
Reply With Quote
  #379  
Old 01-05-2012, 02:56 AM
paksu1010 paksu1010 is offline
Active Member

paksu1010's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Location: Perak
Posts: 952
Poster Rank: #3676
Thanked 358 Times
Active Level
My Mood:
Default

Paksu simpati dengan sikap pengikut Darul Syifa yang buta mata hatinya.

Terang lagi bersuluh, persoalan yang dinaikkan adalah jelas.

Tebu dan daun nangka yang menggunakan nama Islam dalam rawatan jelas, tiada dalam mana-mana hadis dan riwayat Rasulullah.

Awas, sesuatu yang tidak diajarkan oleh Rasulullah MENGIKUT ISLAM, jangan kita memandai-mandai tokok tambah.

Jangan samakan perubatan moden dengan tebu dan daun nangka.

Perubatan moden mempunyai kajian sains secara ilmiah yang mempunyai rentetan bukti klinikal sehingga terhasilnya ubat.

Manakala tebu dan daun nangka? Semata-mata ia adalah bahan yang halal terus diakui oleh Darul Syifa boleh digunakan untuk perubatan.

Lalu kenapa Rasulullah tidak pernah pun gunakan epal untuk rawatan? Menggunakan anggur? Ini semua makanan halal yg kita lihat hari ini ramai doktor berjaya hasilkan ubat melalui epal mahupun anggur.

Berhati-hati dengan dakyah Darul Syifa, matlamat menghalalkan cara. Mereka mengelirukan umat Malaysia dengan hadis JAKIM.

Paksu memang tak boleh toleransi dengan manusia yang bertopengkan syaitan ini!

By the way, hambaallah1996, kamu mempunyai point point yang bagus untuk mereka yang mahu berfikir.

Hidayah dan rahmat sudah tentu milik Allah Yang Maha Esa. Berdoa dan mintalah kepadaNya.
__________________

Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Reply With Quote
  #380  
Old 01-05-2012, 02:57 AM
hamballah1996 hamballah1996 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 592
Poster Rank: #5171
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by mynor5535101 View Post
"Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Syirik kah perbuatan tersebut kalau ada manusia yang boleh pindah Objek atau telportaion itu zaman sekarang..
Siapa handal manusia ke atau Jin..????

ALLAH menunjukkan pada manusia, ilmu ALLAH ni, ALLAH boleh bagi kepada sesiapa saja yang dia suka bukan dekat nabi sahaja.

Dengan cara apa ASIF memindahkan istana Balqis tuan ?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:17 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE