Perihal Pink Form Dalam Penyenaraian Saham Felda Global Ventures Berhad
Salam mesra...
Oleh sebab terdapat pertanyaan yang banyak mengenai Borang Pink dalam penyenaraian Felda Global Ventures maka kali ini FY akan terangkan pula mengenai perihal Borang Pink ini.
Kita recall balik tulisan FY tempohari dalam artikel yang menjelaskan tentang Borang Biru.
Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;
Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan kepada kakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan mereka perlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham Terbitan Awamnya.
Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkan khas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalam membangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang Merah Jambu, Borang Biru selalunya diberikan secara percuma.
Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah pelaburan minima RM 250,000.00.
Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang dipilih oleh pihak MITI.
Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.
Dalam hal borang pink ini peruntukannya akan bergantung kepada pangkat dan berapa lama dia bekerja dengan syarikat yang bakal disenaraikan itu.
Katalah kakitangan itu mendapat penruntukan atau entitlement sebanyak 10,000 unit pada harga tawaran RM5.00 maka dia perlu membayar dengan sejumlah RM50,000.00 bagi mendapatkan saham tersebut.
Kaedah 1 Bayar dengan duit sendiri.
Dalam kaedah ini maka kakitangan tadi perlu membuat bank draft sebanyak RM50,000 dan hantarkan bersama borang pink yang telah siap diisi ( Pastikan sudah ada akaun CDS) beserta salinan kad pengenalan kepada issuing house yang mana alamatnya tertera di belakang borang pink tersebut.
Kaedah 2 Memohon pinjaman Bank.
Dalam kaedah ini kakitangan yang mendapat borang pink tadi memohon pinjaman share financing dari pihak Bank dan pinjaman ini boleh diberikan antara 60% hingga 100% berdasarkan budibicara bank dan berdasarkan risiko saham yang bakal disenaraikan. Selalunya jangkamasa atau tenur pinjaman ini singkat antara 3 hingga 6 bulan sahaja. Dalam lain perkataan saham itu perlu dijual sebelum tempoh pinjaman itu tamat. Di sini pihak Bank akan menyediakan Bank Draft bagi tujuan pembayaran saham tersebut.
Pada masa yang sama Akaun CDS saham perlu dibuka untuk saham itu dimasukkan oleh pihak registar ke dalam akaun CDS kakitangan tadi beberapa hari sebelum penyenaraian.
Setelah semua ini selesai, hantarkan borang pink yang lengkap diisi dengan nama penuh, alamat, jumlah saham, no akaun CDS disertakan dengan Bank Draft dan satu salinan kad pengenalan kepada pihak Issuing house.
Setelah semuanya selesai maka tak lama kemudian Registrar syarikat akan memasukkan saham-saham itu ke dalam akaun-akaun CDS pihak-pihak yang diperuntukan saham tersebut.
Saham itu kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia untuk didagangkan. Anda boleh menghubungi remisier atau dealer anda untuk menjual saham-saham tersebut. Kalau saham itu naik maka ia akan menguntungkan tapi sebaliknya kalau saham itu turun maka ia bakal merugikan. Kenaikan dan penurunan saham itu bergantung kepada pelbagai faktor baik dari keadaan pasaran semasa, jenis industri, jenis perniagaan, asas syarikat dan sebagainya. Mungkin juga saham itu telah overvalue lantas menyebabkan penurunan harganya.
Satu masalah bagi mereka yang mengambil pinjaman, andai saham itu tidak naik maka mereka akan kena apa yang dinamakan margin call yang mana mereka terpaksa menjual saham itu secara paksa dengan kerugian dan interest yang perlu dibayar kepada pihak bank atau mereka terpaksa menambah duit kepada pembiaya bagi mengelakkan saham-saham tersebut dari dijual. Dalam hal ini membeli saham itu dengan duit sendiri adalah jauh lebih selamat.
Apa akan jadi sekiranya saham borang pink ini tidak diambil?
Sekiranya ia tidak diambil kakitangan yang diperuntukkan saham tersebut maka ia akan disalurkan ke segmen yang lain. Selalunya kepada pihak Bank Penasihat yang merupakan underwriter kepada saham syarikat tersebut. Kalau saham itu naik maka merekalah yang beruntung dan sebaliknya sekiranya saham itu turun mereka akan menyimpannya untuk satu jangkamasa yang lebih panjang menanti kenaikan harganya dimasa-masa yang mendatang.
FY harap artikel ini cukup jelas untuk menerangkan akan perihal borang pink dalam sesuatu penyenaraian. Kalau anda mendapat borang pink ini dan mahu membuka akaun CDS saham hubungi FY, FY sedia membantu. Kalau anda mendapat borang pink ini dan tak tahu samaada harga sahamny aakan naik atau turun hubungi FY, mungkin FY boleh memberikan sedikit pandangan mengenainya.
Sekian.
FY mengundur diri dahulu.
FY
__________________ http://www.faizalyusup.net Remisier Kenanga Investment Bank Berhad / Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
HP - 012 654 0130 / Email - greng70@yahoo.com / FB - Faizal Yusup / Twitter - afaizalyusup
The Following 3 Users Say Thank You to faizalyusup For This Useful Post:
__________________
"Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat."
pening i tak faham bab2 saham nih... minat tu mmg ada
Kalau duk area lembah klang, pergi jumpa bro FY je, nti dia terangkan dgn detail.

salam faizal..huhu ada gak org yg den konal join cg ni..bro ada main bola lg ke..wife tuan k.zila kat affin bnk lg ko
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE