BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perniagaan pertukaran asing (forex) difatwakan haram - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

benda ni mesti ada org atas campur tangan gak ni
 
berat ni, bro yin. tak perlu rasanya kita buka cerita tentang perbezaan pendapat ulama2 besar ni secara kritikal. kalau salah pemahaman yang membaca, letih nanti.

sebelum ni pun dah ada yang hampir melabel ibnu thaimiyah dgn ibn qayyim ni wahabi, hanya kurang pemahaman.

rasanya elokla kalau thread ni ditutup. biarkanlah ia jadi masalah khilaf.
 
mula-mula dulu memang rasa camtu juga,tapi lepas baca isi thread ni dah nampak dengan lebih jelas lagi:( takut nak lawak cakap ulama' dulu dan sekarang.siapalah kita ni kan#:-S:(

Kalau putrialya dah berpendirian macam tu. Go ahead my sis. Lebih senang macam tu. :D Kadangkala dengan kesempitan hidup, kita boleh salahkan tuhan dengan tidak sengaja, why not kalau ada jalan keluar untuk itu lebih2 lagi kalau ia lebih mendekatkan lagi kita dengan Tuhan :D

* Realitinya ramai mencaci dan mengkeji tuhan secara tidak sengaja atau di sedari bila di timpa kesusahan sedangkan bila peluang tu datang pada kita, byak alasan dan dolak dalik di keluarkan.
 
sekali lagi dinyatakan...MFK tak de kuasa utk melampaui kuasa2 eksekutif dlm negara kita ni...sbb tu dari tak buat ape2,mfk cuba beri amaran kpd trader2 individu tentang fatwa pengharaman forex... sekiranya MFK membuat pengumuman sama rata kpd banker2 terutama BNM,maka ekonomi negara akan kucar kacir kerana fx ni adalah market yg besar yg di trade oleh bank2 dlm negara kita...so itulah perkara yg terbaik yg mampu dilakukan oleh mfk...alaupun mfk xmampu nak kelyarkan fatwa haram kpd big2 palyers...sekurang2 nya mfk dah bg amaran kpd trader2 individu...itu sahaja kemampuan yg ada pd majlis fatwa kebangsaan...harap maklum...

Akum..Bro kerja dengan MFK/ BNM ke..atau bank? Ke kerja kementerian kewangan...lebih baik bro kempen kita guna sistem kewangan Islam (guna dinar dan dirham)dari kempen haramkan fx yg sebahagian je dari sistem kewangan kewangan kapitalis yg dikuasai Yahudi..:)
 
berguna yang tapi mungkin tak sesuai denga orang awam.

berat ni, bro yin. tak perlu rasanya kita buka cerita tentang perbezaan pendapat ulama2 besar ni secara kritikal. kalau salah pemahaman yang membaca, letih nanti.

sebelum ni pun dah ada yang hampir melabel ibnu thaimiyah dgn ibn qayyim ni wahabi, hanya kurang pemahaman.

rasanya elokla kalau thread ni ditutup. biarkanlah ia jadi masalah khilaf.

setuju dengan 2 pendapat di atas :)cgrock
 
menarik jugak, apa tajuk betul buku tu? boleh share apa yg sama dlm thread nih?

utk mendapat hidayah kita perlu berusaha mencarinnya begitu jg dgn lebenaran.


saya rasa ini bukunya


ribadanisukewangansemasa.jpg


Tajuk : Riba dan Isu Kewangan Semasa
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-90-5
Status Stok : ADA

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba-iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi,yang mana ia jelas menunjukan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - 'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikaji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakukan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya - 'mengikut kemampuan semasa'.
 
ketahulilan bro sapa dia imam ghazali ni...

Jadi sandaran kitab yg ko gunakan tu penuh dgn penyimpangan dan penipuan...terpulang ko nak guna ataupon x...lagipon al ghazali ni bukan nye mazhab yg berempat....ada byk lagi penulisan dia yg kontorversi...

BTW Ibnu Rusyd turut menghentam imam al ghazali dalam kitabnya yg berjodol Tahafut at-Tahafut bermaksud kontradiksi atau keruntuhan

Astaghfirullah...mengapa kamu jadi begini biadap...hanya kerana forex kamu sanggup copy dan paste pendapat yg menyesat kan imam besar al-ghazali... sungguh buta mata hati kamu ni bro...maaflah,aku tak boleh terima sikap umat islam yg terlalu kurang ajar dengan para ulama'.kamu sengaja mencari salah dan silap seorang imam besar yg kamu sendiri pun tak pasti...mengapa kamu hanya copy dan paste pendapat yg menyesatkan ini sahaja? mengapa kamu tidak tampal sekali pendapat2 lain? semoga laknat Allah utk kamu bro...bertaubatlah sblm terlambat...jika beginilah cara forumer carigold berhujjah,malu aku mengaku kamu sebagai saudara seagama... kamu heret thread ini ketempat yg tidak sepatutnya...celakalah org2 seperti kamu.

mari aku kenalkan kamu dgn siapa yg kamu cuba katakan sesat ini...walaupun kamu hanya salin dan tampal sahaja,tp aku tau niat kamu sememangnya utk menyatakan kpd para forumer betapa imam al-ghazali ini tidak boleh dipercayai dan mengarang sebuah kitab yg sesat.sungguh hina kamu memandang ketaqwaan dan keimanan seorg ulamak demi forex yg kamu sanjung....

Imam al-Ghazali

Riwayat Hidup


a.Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-
Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).

b.Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-
Ghazali.

c.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu
kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.
Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga
kini.

f.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan
jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
Peribadi

a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.

b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.

c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.

d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari
dan menuntut ilmu pengetahuan.

e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah
melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.

Pendidikan

a.Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin.
Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.

b.Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan
mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut.

c.Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Al-
Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan.

d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik
menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.

e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem
untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.

f.Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi
sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana
masih menjadi rujukan pada masa kini.

Sumbangan

a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,
seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah
S.W.T.

b.Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang
dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya.

c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah
untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.

d.Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah,
falsafah, akhlak dan tasawuf.

e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.

f.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian
pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasilhasil
karya beliau yang lain termasuklah:

1-Ihya Ulumiddin.
2-Al-Munqiz Min ad-Dalal
3-Mizanul-amal.
4-Tahafut al-Falasifah
5-Hidayah Al-Salikin
6-Jawahir Al-Quran.
7-Minhaj al-Abidin
8-Asma Allah al-Husna
9-Ayyuha al-Walad
10-Kimia as-Sa’adah.

ini pula adalah komen2 dari pembaca yang membaca web tersebut..
baru punya ilmu sedikit sudah koaar koar ,lihat ulama ulama dahulu yang sibuk memperbaiki umat bukan saling menyalahkan..
Inilah salah satu contoh orang yg jahil dengan metode nukilan
Hai.. Kamu yg bikin artikel ini bertobatlah karna kamu telah menodai ulama itu ulama terakhir dan..Solihin yg kamu ketahui hanya nama ulama tapi tidak tau rupa ulama sebenarnya. Jaman sekarang tidak ada ulama tapi orang yg mengikuti ulama.., yg bermazdhab 4. Itu ahlussunnah waljamaah.. Luar dari itu orang celaka orang **** yg hnya baca buku 2. terjemah buatan yahudi ,nasroni. Tertipu ..Hapus situs ini.. Bertobat Kembali ke ulama salafiah salah satu mazdhab yg 4.
Org yg mengatakan Kitab Ihya’ Ulumuddin ni sesat adalah wahabi..Walau mcm mn pn didtgkn kebenaran dpnnya, ia xkan percaya sekalipun didtgkn Allah dihdpnnya..Bertaubatlah segera..Sy rs Kitab ni yg pling terbaik..Sumenye brkaitan dgn kehidupan Umat Islam sedunia..Bg sape yg xsuka n xsetuju dgn buku ni, dia sendiri x mahu menerima Islam dan kebenaran..;-)
Seperti itu adalah contoh nyata ketidak jujuran dalam mengutip karya ulama.
================================================

Saya khawatir bahwa tulisan di atas adalah sama juga tulisan tulsan gunting tambal. Mengingat banyak bukti bahwa para pencela tasawuf suka melakukannya.
================================================
“Imam Ghazali telah sampai ke derajat Hujjatul Islam, sedangkan Hujjatul Islam berarti telah hafal 300.000 (tiga ratus ribu) hadits berikut sanad dan hukum matannya,

nama lengkap beliau adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Alghazaly Atthuusiy rahimahullah.

beliau diakui oleh banyak sekali para Hujjatul Islam lainnya, diantaranya Hujjatul Islam Al Imam Ibn Hajar Al Asqalaniy, beliau banyak sekali mengambil ucapan Imam Ghazali pada kitabnya Fathul Baari beliau banyak merujuk fatwa Imam Ghazali dari kitabnya AL Ihya,

demikian pula Hujjatul Islam AL Imam Nawawi, demikian pula Al Hafidh AL Imam Qurtubiy, AL Hafidh Al Imam Assuyuthiy, (Al Hafidh adalah gelar bagi mereka yg telah hafal 100.000 (seratus ribu hadits) berikut sanad dan hukum matannya,

kita memaklumi ikhtilaf para Muhaddits, namun jika muncul orang masa kini mengatakan Imam Ghazaliy sesat, hendaknya ia berfikir bagaimana orang mulia ini telah hafal 300 ribu hadits dan dirujuk oleh para hujjatul islam lainnya, hendaknya ia berhati hati,

apalagi mereka yg menuduh itu tak hafal satu hadits pun berikut sanad dan hukum matannya,

dan kita beserta sebagian besar para hujjatul islam, para Alhafidh dan para Imam mengakui Imam Ghazali dan kitabnya Ihya, kitab itu tak merujuk orang untuk masuk neraka, namun mengajak orang masuk ke dalam sorga, mengenai hadita haditsnya yg mungkin banyak ditentang, bisa saja jika yg menentang itu tak tahu sanad imam ghazali dalam haditsnya itu, karena ia sangat banyak hafal hadits, dan salah satu kekurangan Imam Ghazali adalah tak mencantumkan sanad jika menulis hadits,

barangkali di zamannya masih banyak para hujjatul islam, namun semakin bertambah zaman maka orang banyak tak lagi mengenal hadits, maka mengatakan hadits itu munkar, karena ia sudah tak tahu sanadnya,

sebagaimana Imam Ahmad bin Hanbal yg hafal 1 juta hadits dg sanad dan hukum matannya, namun Imam Ahmad hanya mampu menuliskan sekitar 20 ribu hadits saja, maka 980.000 hadits lainnya hilang dengan wafatnya Imam Ahmad,

demikian pula Imam Bukhari yg hafal 600 ribu hadits dengan sanad dan hukum matannya, sedangkan Imam Bukhari hanya mampu menuliskan sekitar 7000 hadits pada shahihnya, lalu kemana 593.000 hadits lainnya..??, hilang dengan wafatnya Imam Bukhari,

maka muncullah Ihya ulmuddin yg tak menuliskan sanad haditsnya, maka orang orang yg tak menemukan sanadnya tentunya tak mengenal hadits itu, namun sebagian besar para hujjatul Islam mengakui kebenaran Ghazali.”

(Ini adalah kutipan pendapat asli ulama yang hafal minimal 2000 hadits yang berguru kepada ulama yang hafal 100.000 hadits beserta sanad dan hukum matannya.

Ia yang berpendapat di atas memliki sanad keguruan kepada enam pengarang kutubussittah, dan 4 imam madzhab, dan imam-imam yang lainnya.

ini pula berkenaan soalan tentang kitab ihya'..
Kemusykilan tentang Kitab Ihya Ulumuddin karangan imam al-Ghazali

Salam ustaz. Apa pandangan ustaz tentang hadits-hadits maudhuk dalam kitab ihya imam al-Ghazali?

Mengapa ihya masih popular dan relevan hinga kini walaupun terdapat hadits-hadits dalamnya yang maudhu?. Mengapakah ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits muduk?.

ustaz ada mengajar atau belajar tak ilmu hadits masa dipondok. maaf ustaz bertanya hal peribadi sikit. syukran jazakumullah

Jawapan al Ustaz:

Kenapa masih relevan walaupun ada hadits-haditsnya yang maudhu? cara susunan karangan ihya sahaja sudah cukup menjadi jawapan.

Mula-mula imam ghazali akan memulakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebagai asas “Tajuk-tajuk perbincangan” yang dibincangkan. Kemudian diiringi hadits-hadits sahih yang mutawatir, jika ada. Kemudian hadits sahih yang ahad, kemudian yang hasan jika ada, kemudian dhaif jika ada, kemudian yang ikhtilaf kedhaifannya- jika ada, kemudian yang ikhtilaf maudhu’nya -jika ada, kemudian yang semata-mata maudhu,.. tetapi maknanya sahih sebab sama maknanya dengan dalil-dalil yang terdahulu samada sama makna Al-Quran atau hadits-hadits sahih atau hadits-hadits hasan atau atshar yang sahih atau dhaif. sebab hadits dhaif apabila banyak turuqnya yang berlain-lain tetapi sama kandungan maknanya maka ternaik kepada hasan ligairihi, begitu juga hadits-hadits maudhuk apabila ada turuq yang selainnya yang skalipun dhaif maka ternaik kepada martabat hadits munkar ” wal munkar min qibalil dhoif”- munkar itu dari pihak dhaif. Maka dhoif dan maudhu’ adalah dua perkara yang berlainan. Ibarat langit dengan bumi jauhnya.. bahkan jauh lagi.

Ringkasnya, setiap tajuk yang imam ghazali bincangkan dan bahaskan dalam ihya adalah sahih maknanya dan benar sebab merupakan isi kandungan Al-Quran atau hadits-hadits sahih itu sendiri , sementalahan imam ghazali pula merupakan imam mujtahid yang BERKELAYAKAN MENGALI MAKNA2 AL-QURAN, sekalipun beliau sebut atau dibawakan juga hadits-hadits yang terjadi pertikaian atau ittifaq kedhaifan atau maudhu’nya.

ana nak tanya antum .. mana dapat, semua hadits-hadits dalam ihya adalah dhaif atau maudhu’ dan ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits maudhu’ dhaif?. kalau dalam ittihaf syarah ihya, biasanya Al- zabidi seboleh-bolehnya akan mengihtimal hadits-hadits disitu kearah yang masih boleh dipertimbangkan. Tiada pula terus kata apa yang imam ghazali sebut dalam ihya tu batal atau ajaran sesat sebab hadits maudhu’, apa sebabnya ?.

Nampak ke tak masih kelabu?. abidi, s.Fattah Abu ghuddah, dan Allaknawi dan banyak lagi pakar ilmu hadits semuanya mengatakan “hadits-hadits maudhu dalam ihya adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja” mana datangnya pula “banyak maudhu’ tu”? atau ke anta mengikut mazhab orang yang kata ” hadits dhaif dan maudhu, – duanya sama saja takde beza”.

seterusnya jika kamu masih tidak puas hati juga dengan imam-al Ghazali ini demi memenuhi nafsu serakah kamu dlm membenarkan pendapat yg bertentangan dengan periuk nasi kamu,silalah baca dan faham artikel ini... Jawapan terhadap Fitnah kepada Al-Imam Al-Ghazali

akhir sekali,aku minta kamu tarik balik post yg kamu buat tu jika kamu masih seorg islam yg hormat kpd ulamak besar dlm dunia islam dan tidak berniat menyebar fitnah!!! ... jika tidak,ternyatalah kamu seorg yg telah buta mata hati lagi terlalu taksub terhadap dunia sehingga sanggup membenarkan segala fitnah terhadap ulama' besar tanpa usul periksa...
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15448
USD / JPY
160.153
GBP / USD
1.33617
USD / CHF
0.79642
USD / CAD
1.39370
EUR / JPY
184.894
AUD / USD
0.70572
Back
Top
Log in Register