BTC USD 62,458.1 Gold USD 2,381.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,028 termasuk pengurus hilang kerja

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,899
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
ne_05.1.jpg

SEBAHAGIAN pekerja kilang Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd. mengadakan perhimpunan aman di hadapan kilang itu di Kuching semalam

KUCHING - Seramai 1,028 pekerja kilang pembuatan komponen elektronik, Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd., di sini hilang punca pendapatan selepas diberi notis pemberhentian kerja 24 jam secara berperingkat-peringkat bermula petang kelmarin.

Kesemua pekerja yang majoritinya terdiri daripada pekerja bumiputera merangkumi jawatan pengurus, jurutera, penyelia, juruteknik dan operator ditamatkan perkhidmatan selewat-lewatnya semalam.

Wakil pekerja, James Jalai Gayau ketika ditemui Kosmo! berkata, mereka mula menerima notis pemberhentian pada pukul 6 petang kelmarin dan sehingga pagi semalam kira-kira 800 pekerja telah diberhentikan melalui notis 24 jam.

"Kami sedia maklum baki pekerja menerima nasib yang sama pada hari ini (semalam), syarikat memberikan alasan memberhentikan kami untuk tujuan penstrukturan semula.

"Masalahnya ramai antara kami bergantung hidup dengan pekerjaan ini untuk menyara keluarga," ujarnya yang juga merupakan penyelia di kilang itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
Sponsored Post

Kesilapan Malaysia ialah dari dulu lagi fokus kepada low-cost manufacturing industry dengan menjamin cheap labor cost pada syarikat-syarikat luar yang nak beroperasi dalam negara. Dengan kebangkitan China, India, Brazil dan Vietnam dalam bidang ni, Malaysia dah tak boleh nak compete dari segi harga kos buruh.

Sepatutnya kita dah lama upgrade kepada R&D atau high end manufacturing industry sesuai dengan penghasilan graduan-graduan kejuruteraan dalam negara.

Apa yang berlaku sekarang, the best engineering graduates we produced semua lari kerja di Singapore atau lain-lain negara.
 
betul tu...banyak sangat R&D dari universiti2 tempatan yg just disimpan je...padahal klu dikomersialkan dah boleh mengurangkan kadar graduan menganggur...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register