BTC USD 61,029.4 Gold USD 2,409.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita China bunuh kucing kerana tak mampu jaga

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,551
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,551
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
cing3.jpg_1484213889.jpg

Lan Yan bersama kucing dibelinya dan gambar kanan, bangkai haiwan malang itu yang ditemui Sheng di depan kedainya. - Foto Weibo/Sheng

Beijing: Seorang wanita mengambil keputusan membunuh kucing yang baru dibeli, melapah kulit sebelum mencampakkan bangkai haiwan itu di depan kedai haiwan peliharaan yang enggan menerima kembali kucing itu dan memulangkan wangnya.

Wanita itu membeli kucing jenis British Shorthair berumur lima bulan dengan harga 2,560 yuan (RM1,654) di sebuah kedai haiwan peliharaan di Lijiang, wilayah Yunnan, pada 3 Januari lalu, namun kemudian menyedari tidak mampu memelihara haiwan berkenaan.

Menurut laporan People's Daily Online, wanita itu dikenali sebagai Lan Yan, menyedari pendapatannya tidak cukup untuk memelihara kucing, dia kembali ke kedai berkenaan dua hari kemudian untuk memulangkannya.

Namun, pemilik kedai itu, wanita dikenali sebagai Sheng, enggan menyebabkan Lan Yan marah dan membunuh kucing berkenaan, melapah kulit dan meninggalkan bangkainya di depan kedai Sheng tiga hari kemudian.

Sheng menemui satu bungkusan plastik di depan kedainya pada 8 Januari ketika mahu menutup kedai dan terkejut mendapati ia mengandungi bangkai kucing.

Wanita itu mengecam kucing berkenaan dijual kepada Lan Yan, malah merakam gambar Lan Yan dengan kucing malang itu di dalam kedainya.

Selasa lalu, Lan Yan memohon maaf secara terbuka melalui Weibo (Twitter versi China) dengan menyiarkan surat bertulisan tangan serta video dirinya memohon maaf.

“Kepada pencinta haiwan, saya minta maaf kerana melukakan hari anda,” katnya.,

Lan Yan menjelaskan dia tidak mampu memelihara kucing itu kerana sewa rumah yang mahal dan mendakwa dua kali merayu kepada Sheng supaya mengembalikan wangnya.

Dia mengaku membunuh kucing itu namun menjelaskan seorang penyembelih yang membunuh haiwan berkenaan kerana ‘saya takut melihat darah’.

“Tolong maafkan saya, tolonglah maaf saya yang berdosa ini,” kata Lan Yan.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyiarkan kecaman terhadap Lan Yan melalui Weibo yang menganggapnya wanita kejam.


http://www.hmetro.com.my/node/196661
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register