BTC USD 62,848.9 Gold USD 2,380.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak lemas di Bukit Beruntung, kesemua 7 mayat ditemui

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
17357610_10154618744134582_620086680_o.jpg.transformed.jpg

BOMBA membawa seorang daripada mangsa lemas di Bukit Beruntung petang tadi.

budak18a.jpg.transformed.jpg

SEORANG mangsa yang terselamat menceritakan kepada polis kejadian petang tadi. - Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Dua beradik lemas manakala lima lagi hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang, hanya seorang daripada kumpulan lapan murid sebuah sekolah rendah berusia antara 9-12 tahun selamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul, berkata semua mereka dilaporkan memancing dari tebing sungai ketika hujan lebat, sebelum dihanyutkan arus deras.

"Seorang daripada mereka sempat menyelamatkan diri manakala dua lagi ditemui sudah meninggal dunia jam 6.44 petang, 50 meter dari tempat mereka memancing.

"Setakat ini operasi mencari dan menyelamat lima lagi mangsa sedang dijalankan menggunakan kaedah 'Surface Searching' iaitu pencarian di kawasan permukaan air," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, 15 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) kini sedang menjalankan usaha mencari dan menyelamat bersama Polis Daerah Hulu Selangor.


http://www.bharian.com.my/node/261195
 
Jenazah Ikhwan, Aiman selamat dikebumi

jnz.jpg_1489921270.jpg

Jenazah Mohd Ikwan dan Muhammad Aiman yang lemas di Sungai SKC, Bukit Beruntung selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, petang tadi. FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN

Hulu Selangor: Jenazah Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Arifin, 12, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung , di sini, 6 petang tadi.

Jenazah Ikhwan dikebumikan bersebelahan rakannya Muhammad Aiman.

Kedua-dua jenazah dikebumikan selepas Ikhwan disembahyangkan di Masjid Abu Bakar Ali Bashah dan Muhammad Aiman di Surau Taman Cempaka.

Kira-kira 100 penduduk kampung termasuk ahli keluarga serta saudara mara menghadiri upacara pengebumian itu.

Semalam, jenazah dua beradik Shahrizwan Abdullah, 10, Shahrizat Abdullah, 12, serta rakan mereka, Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, turut dikebumikan di Tanah Perkuburan sama.

Dua lagi mangsa Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, dikebumikan di Kuala Krai Kelantan manakala Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 11, di kebumikan di Kuala Selangor.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, sekumpulan lapan kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 12 tahun sedang menangguk ikan di Sungai SKC dihanyutkan arus deras akibat hujan.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka, Muhammad Shahir Azman, 12, berjaya menyelamatkan diri, manakala tujuh rakannya ditemui lemas.


http://www.hmetro.com.my/node/214756


Mangsa terakhir ditemui

jmpaa.jpg_1489906031.jpg

Mayat Muhammad Aiman Kamarul Arifin, 12, dibawa naik dari tebing sungai. - Foto HUSNI ARIFIN

Hulu Selangor: Mayat mangsa terakhir, Muhammad Aiman Kamarul Arifin, 12, ditemui orang awam yang sedang memancing di tebing Sungai Selangor pada 1 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, mayat mangsa ditemui lapan kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Kampung Timah, di sini.

Menurutnya, penemuan terbabit melebihi lingkungan jarak pencarian yang dilakukan pasukan SAR.

"Mangsa ditemui orang awam yang memancing di kawasan terbabit sebelum memaklumkan kepada polis.

"Difahamkan mayat tersangkut pada kayu di tebing sungai berdekatan pam air dan mangsa sudah dibuat pengecaman oleh keluarganya.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan dengan penemuan ini, operasi SAR akan ditamatkan pada jam 2.30 petang," katanya pada sidang media di Pusat Operasi SAR di sini, sebentar tadi.

Aiman dilaporkan hilang ketika menangguk ikan bersama lapan rakannya di Sungai SKC di sini, selepas dihanyutkan arus deras akibat hujan, kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan enam rakannya turut lemas dan hanya seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri.


http://www.hmetro.com.my/node/214727

Jenazah 2 beradik selamat dikebumikan

WhatsApp_Image_2017-03-18_at_1.04.14_PM.jpeg.transformed.jpg

JENAZAH dua beradik, Shahrizwan Abdullah 10, Shahrizat Abdullah 12, dan Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru 10, yang mati lemas di Sungai SKC, Kampung Timah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung. - Foto Sairien Nafis

WhatsApp_Image_2017-03-18_at_1.17.13_PM.jpeg.transformed.jpg

HASINAH Ibrahim, ibu kepada dua beradik, Shahrizwan Abdullah 10, Shahrizat Abdullah 12, yang mati lemas di Sungai SKC, Kampung Timah tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian anaknya.- Foto Sairien Nafis

KUALA KUBU BHARU: Jenazah dua beradik mangsa lemas, Mohd Shahrizat Abdullah, 12, dan Mohd Shahrizwan 10, serta Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, jam 12 tengah hari tadi.

Bacaan talkin dan doa dipimpin Setiausaha surau Abu Bakar Ali Bashah, Rosli Abdullah.

Ibu bapa dan keluarga mangsa turut berada di tanah perkuburan.

Dua lagi mangsa, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, akan dikebumikan di Kuala Selangor, manakala Mohd Iskandar Shah Abdullah, 12, dikebumikan di Kuala Krai, Kelantan.


http://www.bharian.com.my/node/261439

Mayat ke 5 ditemui 12.15am

WhatsApp_Image_2017-03-18_at_00.34.39.jpeg.transformed.jpg

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama anggota polis mengangkat mayat mangsa yang kelima di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Mangsa kelima, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian jam 12.15 tengah malam tadi,"


http://www.bharian.com.my/node/261303

Update 17/3 11pm : 2 lagi mayat ditemui

17373226_10154619110964582_1577954650_o.jpg.transformed.jpg

SENARAI lapan kanak-kanak yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung jam 5 petang tadi. Dalam kejadian itu, seorang dapat menyelamatkan diri manakala empat ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang.

17317syarafiq1_1489762800.jpg

BUKIT BERUNTUNG 17 Mac 2017. Dua lagi mayat kanak-kanak mangsa lemas di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung ditemui sebentar tadi. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

WhatsApp_Image_2017-03-17_at_22.37.26.jpeg.transformed.jpg

WhatsApp_Image_2017-03-17_at_22.36.46.jpeg.transformed.jpg

DUA lagi mayat kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, ditemui malam ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

BUKIT BERUNTUNG: Dua lagi mayat kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, di sini, ditemui malam ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, ditemui pasukan penyelamat pada jam 9.47 malam dan Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, ditemui 10 minit kemudian.

Identiti kedua-dua mangsa disahkan oleh ahli keluarga mereka yang turut berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa akan diteruskan hingga semua mereka ditemui.

Dalam kejadian jam 5.20 petang, hanya seorang daripada kumpulan lapan murid sebuah sekolah rendah di sini, berusia antara 9-12 tahun, selamat.

Kira-kira jam 6.40 petang tadi, mayat dua murid berkenaan ditemui 50 meter dari tempat mereka memancing.


http://www.bharian.com.my/node/261231

TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN: 17.03.2017 (1744)
ALAMAT : SUNGAI SKC BUKIT BERUNTUNG
BALAI TERLIBAT: BBP KUALA KUBU BHARU
JUMLAH ANGGOTA : 10

LAPORAN : SERAMAI 8 ORANG KANAK-KANAK LELAKI MELAYU BERUMUR 10-13 TAHUN TELAH LEMAS DIBAWA ARUS KETIKA MEMANCING DIMANA SEORANG BERJAYA MENYELAMATKAN DIRI MANAKALA 7 ORANG LAGI DALAM OPERASI PENCARIAN.

2 ORANG TELAH DIJUMPAI JAM 1844 PADA JARAK 50 METER DARI LOKASI TERAKHIR MANGSA LEMAS DAN DIPERCAYAI TELAH MENINGGAL DUNIA. 5 MANGSA LAGI MASIH DLM PENCARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SURFACE SEARCHING.

MANGSA : 1 SELAMAT, 2 MENINGGAL, 5 ORANG MASIH DICARI.

SEKIAN,TERIMA KASih.

Last edited:
Sponsored Post

TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN: 17.03.2017 (1744)
ALAMAT : SUNGAI SKC BUKIT BERUNTUNG
BALAI TERLIBAT: BBP KUALA KUBU BHARU
JUMLAH ANGGOTA : 10

LAPORAN : SERAMAI 8 ORANG KANAK-KANAK LELAKI MELAYU BERUMUR 10-13 TAHUN TELAH LEMAS DIBAWA ARUS KETIKA MEMANCING DIMANA SEORANG BERJAYA MENYELAMATKAN DIRI MANAKALA 7 ORANG LAGI DALAM OPERASI PENCARIAN.

2 ORANG TELAH DIJUMPAI JAM 1844 PADA JARAK 50 METER DARI LOKASI TERAKHIR MANGSA LEMAS DAN DIPERCAYAI TELAH MENINGGAL DUNIA. 5 MANGSA LAGI MASIH DLM PENCARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SURFACE SEARCHING.

MANGSA : 1 SELAMAT, 2 MENINGGAL, 5 ORANG MASIH DICARI.

SEKIAN,TERIMA KASih.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register