aiman27
Active+ Member
- Messages
- 4,608
- Joined
- May 14, 2010
- Messages
- 4,608
- Reaction score
- 729
- Points
- 71
KOTA BHARU – Koperasi Perumahan Rakyat Kelantan Berhad (KPRKB) menjelaskan kekeliruan berhubung status projek rumah kos rendah yang dilaksanakan.
Pengerusinya, Nik Salman Nik Din berkata, ahli yang memiliki saham minimum RM1,000 sahaja yang layak memiliki harta hasil KPRKB.
Menurutnya, KPRKB mengalu-alukan rakyat Kelantan untuk berniaga secara bersama.
“KPRKB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terikat dengan undang-undang koperasi, projek yang kami laksanakan bukan projek Kerajaan Negeri dan bukan juga Kerajaan Pusat.
“Kita ada tiga aktiviti iaitu pembinaan bangunan dan prasarana, perladangan dan Industri Kecil dan Sederhana, kita beroperasi di seluruh Kelantan kecuali Gua Musang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.
Katanya, hanya ahli yang layak tahu butiran projek dilaksanakan dan rumah kos rendah itu semestinya diberi keutamaan kepada ahli membeli.
Nik Salman berkata, projek rumah kos rendah berharga RM35,000 setiap unit itu diputuskan dalam mesyuarat ahli lembaga kali ketiga.
“Projek dilaksanakan secara berperingkat dan untuk fasa pertama, sebanyak 10,000 unit bakal dibina,” katanya.
sumber: sinar harian.
Ada kawan2 ada maklumat berkenaan dgn koperasi tersebut? boleh pakai ker tak boleh pakai ni?