BTC USD 63,650.7 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

◄◄◄ Mari hadiahkan Al-Fatihah untuk ibu bapa kita setiap hari►►►

Sponsored Post

bagi saya islam tu mudah dan tak payah tertanya2 mcm ni..saya cuma niat dalam hati, surah alfatihah ni saya baca khusus utk dihadiahkan kpd kedua ibu bapa saya dan kedua ibu bapa mertua saya, dan terus dimulakan dgn bismillah hingga hujung surah..itu je :)

perbetulkan jika slh..tk


Kata2 Dr Asri:

Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!

Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:

“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.

Sumber: http://drmaza.com/home/?p=2349

------------------------

Marilah amal doa2 yg sabit dari Al-Quran:

1- Contoh doa yang sabit untuk ibu bapa ialah:

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Rabbi rhamhuma kama rabbayani saghira
<Tuan, rahmati mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah menjaga saya ketika kecil> [Al-Isra': 24]

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rabbana ghfir li waliwalidayya walilmu'minina yawma yaqumu l-hisab
<Tuan kami, ampunkan untuk saya, dan untuk kedua-dua ibu bapa saya, dan untuk orang-orang yang beriman pada hari yang berlangsungnya hisab> [Ibrahim: 41]

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات

Rabbi ghfir li waliwalidayya waliman dakhala baytiya mu'minan walilmu'minina wal-mu'minat
<Tuan, ampunkan untuk saya, dan untuk kedua-dua ibu bapa saya, dan untuk mereka yang telah memasuki rumah saya dalam keadan beriman, dan untuk orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman> [Nuh: 28]

Sumber: http://arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24310

------------------------

Untuk meng"claim" yg sesuatu amalan tersebut blh meng"affect" rezeki, kena ada dalil shahih, sebab yg bagi rezeki tu Allah :D.

Wallahu a'lam.
 
Kata2 Dr Asri:

Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!

Setuju ! :)

Tapi saya tak ajak hadiahkan surah ini atas sebab2 nak mudahkan rezeki. Tak ada pun dalam post saya yg pertama. Sekadar semata2 'hadiah' pahala dan manfaatnya utk kedua ibu bapa kita. :)

Perbetulkan jika slh. TK :)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register